Thursday, September 24, 2009

Air Mata Nabi Adam

> > Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga
> > akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun.
> > Nabi Adam tidak mengangkatkepalanya ke langit kerana
> > terlampau malu kepada Allah swt.
> >
> > Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian
> > menangis lagisehingga air matanya mengalir di jurang
> > Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon
> > kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah
> > meminum air mata beliau. Burung itu berkata, 'Sedap
> > sungguh air ini..'
> >
> > Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau
> > menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan
> > derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin
> > hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang
> > bermaksud, 'Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah
> > menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air
> > mata taubatmu itu.'
> >
> > Apa Yang Akan Ditanya :-
> >
> > Dalam sehari ada 24 jam. Dalam sejam manusia bernafas
> > sebanyak 4320 kali.
> > Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara
> > semasa nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah,
> > 'Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar
> > dan masuk ?
> >
> > Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
> >
> > Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
> > * Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
> > * Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
> > * Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
> >
> > Apabila ditanya cahaya apakah ini ?. Lalu dijawab :
> > 'Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia
> > yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan
> > dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila
> > terdengar azan.
> >
> > Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil
> > air sembahyang sebelum azan.
> >
> > Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.
> > Mereka di
> > dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan
> > lagi.'
> >
> > Kala Jengking Neraka
> >
> > Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka
> > jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak
> > kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke
> > barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
> >
> > Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak
> > ke mana dan
> > siapa yang kau cari ?' Huraisy pun menjawab, 'Aku
> > mahu mencari lima
> > orang. Pertama, orang yang ninggalkan sembahyang. Kedua,
> > orang yang
> > tidak mahu keluarkan zakat.. Ketiga, orang yang derhaka
> > kepada
> > ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di
> > dalam
> > masjid. Kelima, orang yang suka minum arak.'
> >
> > Simpanlah baik2 email ini dan sebagai peringatan kita
> > setiap hari.
> > Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain
> > semoga menjadi
> > pedoman hidup hingga keakhir hayat, Insya'Allah .
> >
> >
> > Wassallam.

Tuesday, September 22, 2009