Monday, November 28, 2011

Allahu Rabbi, aku minta izin
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya engkau
Allahu Rabbi, aku punya pinta
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang
tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh
Allahu Rabbi, izinkanlah
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan cinta-Mu
Dan membuatku semakin mengagumimu
Allahu Rabbi
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pertemukanlah kami
Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu
Allahu Rabbi, pintaku yang terakhir
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu Amiiinnn.......
Setiap nafas yang dihembus Setiap degupan jantung Aku selalu memikirkanmu Dalam sedar dibuai angan Dalam tidur dan khayalan Aku selalu memikirkanmu Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang Barulah terasa ku bernyawa Kasihku.. Ku amat mencintai kamu Kerana kau beri erti hidup Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas
selamanya Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan Ku bersyukur adanya kamu Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia Asal masih adanya kamu.. Utk ak hassanul pgo

Saturday, November 26, 2011

Marilah berHijrah....
Dari kegelapan kepada cahaya Ilahi,
Dari kejahilan kepada ilmu yang bermanfaat,
Dari mengejar kesempitan dunia kepada keluasan akhirat,
Dari mengejar redha manusia kepada redha Allah,
Dari mengejar cinta sementara kepada cinta abadi,
Dari sibuk menerima kepada sibuk memberi,
Dari sibuk dengan dunia kepada sibuk dengan akhirat,
Dari sikap pentingkan diri sendiri kepada sikap toleransi,
Dari sifat mengeji kepada sifat memuji,
Dari kemalasan kepada istiqomah walau sedikit,
Dari yang buruk kepada yang baik,
Dan dari yang baik kepada yang lebih baik.
Sesaat PRTEMUAN menitikkan PERKENALAN
Seminit PERKENALAN menerbitkn KEMESRAAN
Sejam KEMESRAAN" mengukuhkan PERSAHABATAN
sehari PERSAHABATAN selamanya dlm ingatan....

Kenapa putus cinta kalau masih cinta?

pertama mengalah
kedua halangan keluarga
ketiga orang ketiga
keempat rendah diri
kelima inda sedarjat macam lagu aku semut merah
keenam inda tahan
ketujuh ego tinggi
kelapan memikirkan masa depan
kesembilan bertindak awal
kesepuluh inda serasi
kesebelas jalan terbaik contoh awda yakin ia akan dapat pasangan yang lebih baik daripada awda,kalau ia malar bersedih ketika sama awda lagi awda rasa awda bukan yang terbaik untuknya copy paste dari fyippl :)

doa akhir tahun dan doa awal tahun

salam maal hijrah 1433


Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa kesalahan kita pada tahun sebelum ini dan juga yang akan datang.

Mulakan tahun baru dengan penuh keazaman untuk memperbaiki hubungan kita kepada Allah SWT dan juga sekalian saudara seIslam seluruh dunia

Friday, November 25, 2011

♥•♥•♥ NASIHAT BUAT ADAM ♥•♥•♥ ★═══════ ●❤● ═══════★★══════ ●❤●
══════★★══════●❤●
(¯`•.¸ღ Wahai kaum ADAM sekalian, kalau nak
merempit pun merempit lah seperti Khalid al-
Walid...merempit bersama kudanya dalam
memperjuangkan Islam. (¯`•.¸ღ kalau nak jadi samseng pun nak bergusti
pun, boleh je tapi jadilah samseng yang
"bermaruah" seperti saidina Umar yang menjadi
samseng menentang samseng2 kufar. (¯`•.¸ღ kalau nak jadi lelaki romantis pun, boleh
je tapi janganlah beromantis dengan yang bukan
mahram..jadilah romantik seperti Rasululllah s.a.w..
Romantiknya baginda bersama Aisyah dan isteri
baginda yang lain2. (¯`•.¸ღ kalau nak menangis pun,janganlah
menangis disebabkan perempuan yang tiada kaitan
denganmu..menangislah kerana Allah, kerana tidak
mampu menjalankan tanggungjawab menjadi
mukmin sejati..wallahua'lam..
★═══════ ●❤● ═══════★★══════ ●❤● ══════★★══════●❤●
salam morning 2 hari aku inda buat blog windu plg,hm msa 2 ari ato i spend with my love n then alhamdulilah rezeki Allah ia terima so usai keta n then hm shopping ala kadar n then liat maharajalawak mega so bored nda lawak uh tapi akhirnya hiro keluar,i have many group 2 join n i am admin cinta kita tak akan pernah berubah blhlah kalau ku free ada ku post mun nda,nda tah 2,bh bz ku mengamas umah ari ani as usual,n malam ani nini ku tambah darah g huhu now my eyes want to sleep so esok g update ye

Wednesday, November 23, 2011

salam morning hari ani hari rabu,hm buat kaja umah n then mudahan jua ada rezeki ku krg amin hm tanpa duit nyamu payah kan berhdup ahai,tapi iatah selagi ada berusaha ada 2 rezeki,utk my love hassanul "Engkau tersenyum malu
Bila ku bertanya
Adakah diriku ada di hatimu Aku amat terasa
Lirikan manjamu
Membuat diriku terus terlena Indahnya rasa bila dicintai
Hidup ini terasa di syurga
Tak sabar menunggu hari esok
Umpama mawar yang sedang mekar Oh kasihku
Cintailah diriku
Sayangilah hatiku
Sepenuh jiwamu Indahnya rasa bila dicintai
Hidup ini terasa di syurga
Tak sabar menunggu hari esok
Umpama mawar yang sedang mekar Indahnya rasa bila dicintai
Hidup ini terasa di syurga
Tak sabar menunggu hari esok
Umpama mawar yang sedang mekar Oh kasihku
Cintailah diriku
Sayangilah hatiku
Sepenuh jiwamu.."love u alot abg

Tuesday, November 22, 2011

Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat
mewujudkan perselisihan.
Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu
kehidupan.
Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat
meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan
dan memberkati. Abu Hurairah melaporkan, dia pernah mendengar
Nabi Muhammad bersabda, “Hamba yang
mengucapkan kata-kata tanpa berfikir baik
buruknya boleh menyebabkan dia tergelincir ke
arah neraka lebih jauh dari jarak antara timur &
barat. (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)
Kadang kala apabila kegusaran hati dan
keserabutan fikiran melanda, dengan melihat Maha
Indah ciptaan Allah seperti alam menghijau di
sekeliling dan kecomelan binatang peliharaan yang
tidak jemu bertasbih padaNYA buat hati menjadi
lebih TENANG. Cintailah ciptaan-ciptaanNYA, 'mereka' akan
mendoakan dirimu ^^
.
Bila kita jatuh cinta pada seseorang kerana
Allah,redhalah jika ia bukan
untuk kita.Redhalah dia bersama pilihan hatinya.
Kerana,jika kita percayakan Allah, kita akan terima
apa saja yang telah ditakdirkan pada
kita.Bersangka baiklah dengan Allah. Jangan bersedih kerana kehilangan orang yang kita
cintai itu,tapi, gembiralah, kerana Allah ada
perancangan yang lagi baik buat kita sebenarnya
Cinta ditunjangkan pada rupa… rupa hilang,
pecinta
terseksa,
Cinta ditunjangkan pada harta… harta habis,
pecinta
merana, Cinta ditunjangkan pada keturunan… hilang
gahnya,
pecinta sesal selamanya. Cinta ditunjangkan pada
agama… membawa bahagia di
dunia dan di sana.
♥ Berterima kasihlah pada yang kalah, kerana
mereka
kita menjadi juara..
♥ Berterima kasihlah pada yang menegur, kerana
mereka
mungkin kita di syurga. ♥ Berterima kasihlah pada yang menyokong,
kerana
mereka kita punya sumber kekuatan. ♥ Berterima
kasihlah pada yang memberi, kerana mereka
kita menjadi seperti sekarang.
♥ Berterima kasihlah pada yang berjasa, kerana mereka
kita merasa sebuah kehidupan.
♥ Berterima kasihlah pada Allah, kerana setiap
ujian yang
datang menjadikan kita lebih baik!!
salam morning,hm dady told kakak,mama nangis sampai pkl 3 pagi,aiya pisan mood g huhu,hope inda g mama sakit,to my love ak hassanul sory hp lupa charging semalam huhu jgn marah nanti lakas 2ua,gud luck ur bft,n then kereta my love break down again,hm pisan mood,ahai2 ada2 je dugaan,n tdi mcm biasa my love hassnul suruh ambil bju,then me surprise bnyk jua hutang bank uh hm pisan mood ahai just worried about it,now udah maghrib mandi n continue buat kaja time table my love hassanul n tawakal ja kepada mu ya allah,now i want go to sleep,hm berulah jualah perangainya 2 mcm ketanya jua ahai2,wish tomorrow is better one
hm what a day ari ani,my mom kambuh again dlm keadaan sadar or inda 50 50 hm hari 6 bbh bwa ke darulsyifahm what a day ari ani,my mom kambuh again dlm keadaan sadar or inda 50 50 n alhamdulilah my mom sadar n kajap g mamam with my kids,lapas mamam 2 i heard hari ani nini tambah darah,esok nini berterupung,hm semoga nini sehat walafiat amin
sebab mengapa pasang skandal 1)kurang kasih sayang 2) sumber kewangan 3) Just have fun 4) Balas dendam 5) Tukang recharge 6) Boring 7) Pengaruh kawan 8) suka 9)Nafsu P/s:Berskandal umpama racun,sekali d cuba mahu lagi.Seperti mana racun,ia menular,merosakkan diri.Memang benar berskandal menyeronokan dan merasangkan tapi fikirlah adakah ia berbaloi sehingga meruntuhkan harapan pasangan you.Bahkan meruntuhkan rumahtangga?Ingatlah,jangan berskandal,jika mahu,putuskan dan carilah yang baru.Itu betul copy paste arah fyippl :) its so trueee

Janji Allah Untuk Mereka Yang Ingin Berkahwin.

Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.

Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…

1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)

Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga.

Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.

Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih.

Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?

3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)

Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)

5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)

Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.

Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.

Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah.

Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,

Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.

Sebahagian orang apabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam.

Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).

Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).

6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)

Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.

7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)

Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.

8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)

Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.

9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.
˙♥●•·˙**˙♥●•·˙*•·˙˙DUHAI SAHABAT
·˙♥●•·˙**˙♥●•·˙*•·˙˙* ♥ JANGAN bermimpi mencipta KEBAHAGIAAN,
Jika TIDAK mampu memupuk SABAR melalui
KEKECEWAAN..
♥ JANGAN terlalu mengharap akan
KESEMPURNAAN,
Jika TIDAK mahu berusaha MEMPERBAIKI DIRI melalui KESALAHAN..
♥ JANGAN mendamba dan meminta BERLEBIH-
LEBIHAN,
Jika TIDAK tahu untuk BERSYUKUR dan
BERTERIMA KASIH di atas PEMBERIAN..
♥ JANGAN selalu MERUNGUT d atas setiap UJIAN, Kerna itu tanda kita d SAYANGI TUHAN
♥ JANGAN pernah persoalkan apa yg DI
TIMPAKAN,
Kerna ada HIKMAHnya d setiap sesuatu
KEJADIAN... ·˙♥●•·˙**˙♥●•·˙*•·˙˙·˙♥●•·˙**˙♥●•·˙*•·˙˙·˙♥●•·˙**˙♥●•·˙*•·˙
DOA UNTUK SUAMI DARI ISTERI SOLEHAH: Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang
tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala
cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus
bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan
membimbing tanganku dititianMu Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala
perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di
Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan
tawaduk akan segala perintahnya Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik
untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari
menyakiti perasaannya Sekiranya..
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala
kerenah dan ragamnya Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk
diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku
harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus
membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang
melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik
untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan
dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan.. Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku
sebagai
isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat
Mu Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku
petunjuk kearah rahmat Mu Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa
petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Hargailah pasangan anda...Mengapa di cari
secantik Balqis, andai diri tidak sehebat
Sulaiman...Mengapa mengharapkan teman
setampan Yusof, jika kasih tidak setulus
Zulaikha...Mengapa mengharapkan teman seteguh
Ibrahim, andai diri tidak sehebat Siti Hajar...Mengapa didamba teman sehidup yg
sempurna Muhammad, jika ada keburukan pada
diri sendiri... Bimbinglah dirinya dan terimalah
kekurangan itu
sebagai keunikan...CARILAH KEBAIKAN ITU PADA
DIRINYA...BERSYUKURLAH DIPERTEMUKAN DENGANNYA DAN BERDOALAH DIA MILIKMU
DUNIA AKHIRAT...
aku rindu dgn ak hassanul pgo,ahai aku letih dgn perangai dia,kajap2 romantik kajap2 hm pemarah tapi aku syg kat dia,antahlah maybe Allah menguji aku tahap kesabaran aku,kdg2 aku nangis krana dia ialah dia tak layan aku,asyik2 fb,tapi kalau d pikirkan aku pun ada juga silap,harap aku betulkan diri ku,hm msa ani sakit pinggang ku dua2 tapi tahan jugalah tak tahulah sejak kebelakangan ni maybe aku tak bnyk berehat kot memanjang bz kat umah mcm amah sabor je lah
Seorang bapa bertanya kepada bakal
menantunya: "Mengapa engkau nak cepat kahwin
dengan anak pakcik? Bagi 7 alasan engkau." 1. dah jumpa pasangan, harus dicepatkan kahwin
(hadith)
2. nak jaga mata, hati dan kemaluan
3. nak ikut sunnah, kahwin, ajal bila2 masa sahaja
4. nak ada zuriat yg dapat bahagia dan doakan
kami, mati bila2 masa aje 5. dapat beribadat dengan pahala yang berganda
bila sudah punya isteri, sedangkan memandangnya
sahaja sudah perolehi pahala
6. dapat merasa tanggungjawab sebagai suami dan
menjadi seorang yg lebih berfikir lebih matang
serta bijaksana bagaimana nak menyara keluarga 7. nak ambil amanah ibu dan ayahnya dan
jaganya serta didiknya dengan kehidupan agama
8. saya sayang dan cintakan anak pakcik fuyooo...^,^

Sunday, November 20, 2011

me,ak hassanul pgo,my son n his family love u forever

Apa dia cinta?

pa dia 'cinta'? mengikut fahaman ana ialah ikatan perasaan dua ketul hati menjadi satu. diselumbungi dengan nafsu atau kerana Allah? memang ana pilih kerana Allah supaya mendapat keberkatan yang berkekalan duniawi ukhrawi selamanya. disini ana ingin memberi nasihat dan teguran buat mana-mana insan atau pasangan yang masih tercari-cari atau sudah memiliki ikatan cinta atau yang baru berpisah,carilah sebuah hati dengan ikhlas bukan kerana nama,bukan kerana harta,bukan kerana paras wajah,bukan kerana pangkat malah bukan kerana kebaikkan.

'bukan kerana kebaikkan'? terkejut? hehe okey maksud ana disini ialah sepatutnya kita mencari atau memiliki sebuah cinta bukan kerana kebaikkan hati atau sifat seseorang kerana sudah pasti jika seseorang tersebut berubah kepada keburukkan,suatu hari ana pasti akan timbul pertanyaan "mengapa aku bersama nya?","kemana pergi sifatnya yang ku cintai?" atau persoalan selainnya.

Seharusnya patut tanya pada diri sendiri "kenapa aku mencintai kebaikkannya? walhal dia juga adalah seorang insan iaitu makhluk ciptaan Allah memiliki sifat-sifat yang tidak kekal...". Apa yang patut dibuat ialah cintailah seseorang kerana Allah,kerana Allah adalah sebaik-baik pencipta dan sifat Allah kekal selamanya.

Jika 'mindset' kitani menyatakan kita mencintai seseorang kerana Allah,jika suatu hari berlaku perpisahan yang tidak diduga tidak dirancang malah tidak diingini,ana pasti hati insan tersebut tidak akan terluka tidak akan menyesal dan terima Qada dan Qadar Allah S.W.T dengan tabah dan rela hati.

Ana ada terjumpa dan ambil satu artikel mengenai 'bercinta kerana Allah' iaitu:

"Di dalam keadaan lain, ada yang sayang menyayang kerana Allah. Bercinta sesama makhluk kerana Allah adalah lebih selamat. Ia tidak melukakan hati, tidak meresahkan jiwa, tidak merosakkan akhlak, tidak perlu risau tentang “frust”, tidak perlu melayan perasaan cemburu. Menurut Rasulullah, menyayangi seseorang kerana Allah dapat mendatangkan kemanisan iman.[1] Namun, tidak ramai yang mengetahui caranya.

Menurut Imam Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin, kecintaan seseorang yang hakiki kepada insan lain kerana Allah bukanlah bermaksud mencintai insan itu kerana dzatnya (sifatnya), sebaliknya adalah kerana insan itu dapat mendekatkan diri sendiri dengan akhirat.

Menurut beliau lagi, bahawa seorang lelaki mengahwini seorang wanita soleh supaya terpelihara dari gangguan syaitan, supaya terjaga agamanya, supaya memperolehi anak-anak yang soleh dari wanita itu dan seterusnya anak-anak itu mendoakan untuknya. Lalu apabila lelaki berkenaan mencintai wanita itu kerana semua sebab-sebab di atas, maka dia adalah tergolong sebagai salah seorang pencinta kerana Allah.[2] Perkara ini dinukilankan oleh Al-Ghazali lebih kurang 1000 tahun yang lalu.

Selepas ini, apabila anda mencari cinta, carilah cinta yang wujud kerana Allah. Apabila anda menemui cinta, tanya diri sendiri kenapa anda mencintainya? Apakah kaitan cinta itu dengan akhirat anda?"

bestkan keterangan diatas yang ana ambil...sahih lagi oleh Imam Al-Ghazali. Okey seterusnya mengenai 'jenis-jenis jodoh' yang ana baca satu artikal ani:

1) Jodoh dari Syaitan laknatullah: Kamu berdua berkenalan,lalu berpegang tangan,terus berbuat maksiat,mengandung lalu kamu berdua pun berkahwin.

2) Jodoh dari Jin: Kamu berdua berkenalan tetapi hanya salah seorang yang benar-benar suka. lalu yang suka akan menyihir yang sorang lagi supaya menyukainya. kemudian kamu mengahwininya.

3) Jodoh dari Allah S.W.T: Kamu berdua berkenalan lalu menusuk ke kalbu. Yang lelaki akan terus meminang yang perempuan,lalu pinangannya diterima. kamu berdua pun berkahwin. Insya Allah dengan nawaitu yang betul dan benar kerana Allah akan berkekalan hingga ke akhir hayat bersama.

Firman Allah didalam Surah An-Nur ayat 26 bermaksud:

"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”

Itulah yang dikatakan Syurga cinta. jadi,jodoh manakah yang menjadi pilihan? Berilah cinta dan kasih sayang pada orang yang benar-benar berhak. Lelaki yang ikhlas dan jujur. Pernahkah pasangan anda mengingatkan tentang solat setiap waktu anda leka? Pernahkah pasangan anda mengajar anda sepotong ilmu Agama? Hanya anda yang tahu jodoh yang macam mana anda dapat. Ingat,jangan salah langkah... "

Rasullullah juga pernah bersabda kurang labih bermaksud:

“Ketika di­tiupkan ruh pada anak manu­sia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetap­kan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat”.

manakala Firman Allah ada menyebutkan kurang labih bermaksud:

“Boleh jadi kamu rnencintai sesuatu padahal se­suatu itu amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu. Kamu tidak menge­tahui sedangkan Allah Maha Mengetahui” (QS. 2:216)

seperti yang ana katakan dari awal tadi,pasang niat ikhlaskan hati bercintalah kerana Allah agar sentiasa mendapat Rahmat serta Keberkatan sepanjang menjalani hubungan cinta sesama insan sehingga digelar pasangan 'suami isteri' yangmana jodohnya dikekalkan duniawi ukhrawi sanggup menerima kekurangan serta menutup keaibannya sehingga menuju keSyurga yang kekal abadi didalamnya. Insya Allah.

Disini ana sertakan 'Doa pendekat Jodoh':

1) Baca Surah Al-Fatihah sebagai pembuka.

2) Doa nya:

bermaksud: "Ya Allah,jadikanlah dia (sebut nama orang yang inginkan jodoh) dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman dan gembirakanlah dia (sebut nama orang yang inginkan jodoh) dengan kekayaan sehingga seratus dua puluh kebaikan. Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala-galanya."

Akhir kalam ana buat semua,semoga urusan jodoh serta niat ikhlas kitani akan mendapat Rahmat serta Keberkatan dari Illahi,duniawi ukhrawi selamanya. Amiin Ya Allah Hu Ya Rabb. Maaf jika terdapat sebarang kekurangan didalam notes ana ani yee... =)

'Berjumpa dan berpisah kerana Allah. Jaga diri,Jaga solat,Jaga Iman serta Jagalah 'amanah Allah' semoga di lindungi selalu...'

والله أعلمُ بالـصـواب

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

=) ©Muhammad Rifa'ie bin Zaini 2011

Pohon semalu & Wanita

Pada suatu hari, Rasulullah s. a. w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r. a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.

Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

orang-orang yang di doakan malaikat

Oleh : Syaikh Dr. Fadhl Ilahi

Allah subhanahu wa ta'ala berfirman, “Sebenarnya (malaikat – malaikat itu) adalah hamba – hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah – perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa’at melainkan kepada orang – orang yang diridhai Allah, dan mereka selalu berhati – hati karena takut kepada-Nya” (QS Al Anbiyaa’ 26-28)

Inilah orang–orang yang didoakan oleh para malaikat :

Orang yang tidur dalam keadaan bersuci

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar rådhiyallåhu 'anhu, bahwa Rasulullah shållallåhu 'alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci’” (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

Orang yang duduk menunggu shalat

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah rådhiyallåhu 'anhu, bahwa Rasulullah shållallåhu 'alaihi wa sallam bersabda, “Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu shalat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia’” (Shahih Muslim no. 469)

Orang–orang yang berada di shaf bagian depan di dalam shalat

Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra’ bin ‘Azib rådhiyallåhu 'anhu, bahwa Rasulullah shållallåhu 'alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada (orang – orang) yang berada pada shaf – shaf terdepan” (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)

Orang–orang yang menyambung (dan merapatkan) shaf (yang tidak membiarkan sebuah kekosongan dan kelonggaran di dalam shaf)

Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah rådhiyallåhu 'anha, bahwa Rasulullah shållallåhu 'alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu bershalawat kepada orang – orang yang menyambung shaf–shaf” (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)

Orang-orang yang mengucapkan "aamiin" bersamaan dengan imam, setelah imam membacakan al-fatihah

Para malaikat mengucapkan ‘Amin’ ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah rådhiyallåhu 'anhu, bahwa Rasulullah shållallåhu 'alaihi wa sallam bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, karena barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu” (Shahih Bukhari no. 782)

Orang yang duduk di tempat shalatnya setelah melakukan shalat

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah rådhiyallåhu 'anhu, bahwa Rasulullah shållallåhu 'alaihi wa sallam bersabda, “Para malaikat akan selalu bershalawat kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat shalat dimana ia melakukan shalat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia’” (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadits ini)

Orang–orang yang melakukan shalat shubuh dan ‘ashar secara berjama’ah

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah rådhiyallåhu 'anhu, bahwa Rasulullah shållallåhu 'alaihi wa sallam bersabda, “Para malaikat berkumpul pada saat shalat shubuh lalu para malaikat ( yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga shubuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu shalat ‘ashar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga shalat ‘ashar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, ‘Bagaimana kalian meninggalkan hambaku ?’, mereka menjawab, ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan shalat dan kami tinggalkan mere ka sedangkan mereka sedang melakukan shalat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat’” (Al Musnad no. 9140, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ rådhiyallåhu 'anhu, bahwasannya Rasulullah shållallåhu 'alaihi wa sallam bersabda, “Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan’” (Shahih Muslim no. 2733)

Orang–orang yang berinfak

Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah rådhiyallåhu 'anhu, bahwa Rasulullah shållallåhu 'alaihi wa sallam bersabda, “Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak’. Dan lainnya berkata, ‘Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit’” (Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)

Orang yang makan sahur

Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayaatkan dari Abdullah bin Umar rådhiyallåhu 'anhumaa, bahwa Rasulullah shållallåhu 'alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada orang – orang yang makan sahur” (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)

Orang yang menjenguk orang sakit

Imam Ahmad meriwayatkan dari ‘Ali bin Abi Thalib rådhiyallåhu 'anhu, bahwa Rasulullah shållallåhu 'alaihi wa sallam bersabda, “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan bershalawat kepadanya di waktu siang kapan saja hingga sore dan di waktu malam kapan saja hingga shubuh” (Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, “Sanadnya shahih”)

Orang 'alim yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily rådhiyallåhu 'anhu, bahwa Rasulullah shållallåhu 'alaihi wa sallam bersabda, “Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain” (dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)

Antara sebab-sebab doa tidak dimakbulkan....

Pada suatu ketika dahulu, seorang ulama tasauf pernah ditanya mengapa doa mereka tidak dimakbulkan Allah sedangkan mereka sering berdoa. Beliau menjawab, antara sebab-sebab doa tidak dimakbulkan ialah:

  1. kamu mengenal Allah, tetapi tidak melaksanakan haknya
  2. kamu sangka kamu cintakan Rasulullah, tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
  3. kamu telah membaca al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
  4. kamu telah makan nikmat2 Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukurnya.
  5. kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
  6. kamu telah berkata syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
  7. kamu telah berkata neraka itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
  8. kamu telah berkata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
  9. kamu bangun dari tidur, lalu kamu menceritakan keaiban orang lain yang mana kamu lupa tentang keaiban kamu sendiri.
  10. kamu kuburkan mayat tetapi kamu tidak mengambil ikhtibar daripada peristiwa tersebut.

wahai sahabtku yang kecewa

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.

Wahai sahabatku,

Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

Wahai sahabatku,

Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?

Wahai sahabatku,

Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.

Wahai sahabatku,

Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?

Wahai sahabatku,

Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.

Wahai sahabatku yang kecewa,

Bersabarlah…

FRUST’ Dalam Bercinta

Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Benarlah kata pujangga,“sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas.” Aneh sekali derita sakit putus cinta ini… benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam.

Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai. Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah pesan bijak pandai:

“Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.”

Sesetengahnya hilang kewarasan berfikir. Hilang semangat juang. Malah ada yang sanggup bunuh diri. Benarlah kata orang:

“Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya.” Justeru, yang minta mati, akibat frust cinta ramai sekali.

(Ingat senikata lagu: Oh, Tuhanku kau cabutlah nyawaku). Buruk sekali keadaan orang yang ‘frust’ dalam bercinta. Inilah salah satu akibat cinta nafsu. Jika kita berani ‘memperkosa’ kesucian cinta, awas ia akan menuntut balas dengan cara yang paling kejam.

Ketahuilah, seseorang pernah gagal dalam percintaan, kemungkinan dia akan terus melihat kebahagiaan itu laksana pelangi. Tidak pernah di kepalanya sendiri, selamanya di atas kepala orang lain. Pesimis. Prejudis. Bagaimana hendak dihadapi segalanya?

Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah. Cubalah anda fikirkan, apakah punca pihak sana atau pihak sini memutuskan cintanya? Mungkin kerana hadirnya orang ketiga? Mungkin dihalang oleh orang tua? Mungkin kerana sudah jemu? Macam-macam alasan diberikan. Ketika itu lupa segala sumpah setia, akujanji, lafaz janji yang dimetrai sewaktu sedang ‘syok’ bercinta. Hingga dengan itu mereka yang dikecewakan seolah-olah tidak pernah mengenal orang yang dicintai itu. Dia benar-benar berbeza (seolah-olah dia tidak pernah kita kenali!).

Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah… kita tetap ada Allah. Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas. Sesuatu yang kita cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita.

Sebagai hamba Allah, renungilah maksud firman Allah dalam surah Al Baqarah,

” Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui.”

Kita inginkan orang yang kita cintai itu terus setia bersama kita. Biar sampai menempuh alam perkahwinan, beranak cucu hingga ke akhir hayat. Segala kata pengukuhan telah diberikan.

Kita rasa dialah terbaik untuk kita (you are the answer of my prayer). Tetapi entah macam mana, dia berpaling tadah. Waktu itu kita terhenyak lalu berkata, “mengapa aku terpaksa menanggung derita ini.”Kita frust kerana merasakan dialah yang terbaik, tercantik, ter… ter… segala-galanya. Sukar membayangkan ada orang lain seumpama dia. Cinta diberikan seluruhnya. Ketika si dia pergi tanpa berpaling, kita berkata, “ya Tuhan, kenapa aku yang terpaksa menerima nasib ini?”

Harga diri orang yang putus cinta selalu rendah. Penilaian diri terhadap dirinya sendiri menjunam ke paras terendah. Rasa hina (gagak di rimba) berbanding kekasihnya yang pergi (merak kayangan). Sedangkan jika masih ada iman bersemi di dada… kita masih boleh berfikir dan berhenti seketika, lalu berkata, “Tuhan ada!” Pujuklah hati dengan apa yang telah Allah tegaskan bahawa yang baik pada pandangan kita belum tentu baik dalam realitinya. Katakan, dia yang pergi itu bukan yang terbaik. Mungkin dia terbaik, tapi untuk orang lain. Dan yang terbaik untuk kita pasti datang sebagai gantinya!

Jangan katakan kenapa aku yang kena? Jangan labelkan aku yang malang. Tetapi katakan, aku yang terpilih. Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya ‘terpaksa’ bercinta dengan Allah. Memang begitulah rahmat Tuhan, kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan. Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah. Inilah hikmah di sebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan, dan termasuklah putus dalam bercinta. Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah.

Alangkah indahnya jika orang yang frust cinta itu kembali kepada Allah secara sihat – maksudnya, bukan sekadar merintih, mengadu, merayu atau minta mati segera. Tetapi tersentak oleh satu kesedaran bahawa cinta Allah itulah yang sejati.

Allah tidak pernah mengecewakan seperti kekasih mengecewakan. Seorang filosof Barat, Hendrick berkata,

mencintai seorang yang tidak mencintai kamu adalah sia-sia, menyia-nyiakan orang yang mencintai adalah berbahaya.”

Cubalah fikirkan… siapa yang paling mencintai kita? Siapakah yang kita sia-siakan selama ini?Fikir…

Dan tersentak oleh hakikat itu, kita mula berfikir… barangkali putus cinta ini adalah rahmat yang tersirat, “Allah menjemput aku untuk mencintai-Nya!” Sedarlah, bahawa Allah adalah Tuhan yang sentiasa mengasihi kita. Tetapi DIAlah Tuhan yang sering kita sia-siakan. Frust cinta itu hakikatnya untuk menyambungkan cinta kepada-Nya. Ketika itulah orang yang frust cinta akan benar-benar terasa bahawa dia terpilih, bukan tersisih!

Saya punya banyak cerita betapa ramai pasangan suami-isteri yang bahagia bersama ‘orang’ yang mereka tidak sangka apalagi harapkan sebelumnya. “Rugi, buang masa mengenang kekasih dulu.” “Allah ganti yang lebih baik.” “Tak sangka, kami akan serasi begini.” Begitulah suara-suara ‘testimonial’ daripada orang yang frust bercinta tetapi akhirnya berjaya melalui kehidupan berumah-tangga dengan orang yang lebih baik (untuk mereka).

Ya, pada waktu ‘terkena’ dulu belum nampak lagi, sebab itu terasa marah, kecewa, dendam dan benci. Tetapi apabila masa berlalu, segalanya bertukar menjadi syukur, beruntung dan terselamat. Mujur putus dengan dia. Beruntung tidak jadi dengan dia!

Begitulah ilmu kita yang terbatas dibandingkan dengan ilmu Allah yang Maha Luas. Yang penting dalam apa jua keadaan sekalipun, iman mesti diperkukuhkan dalam dada. Ingat Tuhan. Cintailah DIA, pasti Allah akan mendorong orang yang dicintai-Nya untuk mencintai kita. Cinta itu bagai ‘mata rantai’ yang sambung menyambung sesama manusia yang akhirnya bersambung kepada cinta Allah.

Percayalah frust dalam bercinta itu satu ujian. Ujian dalam kehidupan. Ingatlah bahawa alam adalah sebuah ‘sekolah’ yang besar. Setiap manusia adalah para pelajarnya. Dan kita terpaksa belajar berterusan. Hidup adalah satu siri pelajaran yang tersusun rapi untuk difahami dan dihayati sepanjang hayat.

Frust dalam cinta jika ditakdirkan berlaku kepada anda, adalah satu pelajaran juga. Kita perlu faham ‘pelajaran’ yang dibawa bersamanya. Jika difahami, pelajaran-pelajaran ini akan memberi panduan dan suluhan untuk menjalani hidup dengan lebih tenang dan bahagia pada masa akan datang. Tetapi sekiranya pelajaran ini gagal difahami, maka hidup akan huru-hara dan kita akan selalu menghadapi keadaan yang tidak menentu. Kemungkinan besar kita akan ‘frust’ berkali-kali.

Semasa kita di peringkat remaja ada ‘pelajaran-pelajaran’ tertentu yang perlu difahami benar-benar sebelum menghadapi usia dewasa yang jauh lebih mencabar. Apakah ‘pelajaran-pelajaran’ itu dan apakah cara sebaik-baiknya mempelajarinya? Inilah salah satu persoalan penting yang mesti dijawab oleh setiap remaja. Jangan sampai pelajaran yang sepatutnya ‘selesai’ di alam remaja terpaksa dibawa ke peringkat tinggi. Kalau begitu rugilah, sama seperti siswa atau siswi yang terpaksa ‘refer’ atau ‘repeat’ akibat gagal dalam peperiksaan mereka.

Remaja adalah kelompok manusia yang sedang melalui satu proses transisi. Mereka telah meninggalkan alam kanak-kanak tetapi belum mencapai alam dewasa sepenuhnya. (I’m not a girl but not yet a women) Keadaan transisi ini tidak stabil. Umpama air yang hendak bertukar menjadi wap, maka molekul-molekulnya terlebih dahulu bergerak dengan cepat dan tidak menentu.

Samalah dengan remaja, jiwa, akal, nafsu, emosi dan lain-lain elemen-elemen mereka sedang bergolak. Takah usia ini paling tidak stabil – tercari-cari identiti diri, krisis pemikiran, perubahan biologi dan macam-macam lagi. Dan di tahap ini juga remaja akan menemui pelbagai situasi dan kondisi – suka dan duka, kejayaan dan kegagalan, permusuhan dan kasih-sayang, sempadan dan teladan. Muncul pelbagai individu dengan pelbagai kelakuan dan sikap. Terjadi bermacam-macam peristiwa dengan membawa pelbagai kesan. Salah satunya frust dalam bercinta.

Semua ini tidak berlaku sia-sia melainkan ada ‘pelajaran’ yang dibawanya untuk difahami dan dihayati. Remaja mesti dapat membaca ‘mesej’ yang dibawa oleh setiap peristiwa, individu dan keadaan yang berlaku ke atas mereka. Jika tidak, mereka terpaksa mengulangi pelajaran itu berkali-kali. Sebab itu kita pernah temui orang tertentu yang sentiasa berdepan dengan masalah yang sama berulang-ulangkali.

Jadi langkah pertama supaya remaja‘lulus’ dalam pelajaran mereka ialah mereka perlu akur bahawa setiap yang berlaku di alam remaja ada unsur pengajaran dan didikan buat mereka. Frust cinta hakikatnya adalah ‘guru’ yang mengajar kita. Setiap guru mengajar sesuatu yang baik, walaupun kadangkala pahit, pedih dan sakit kita menerimanya.

Untuk itu, apabila putus cinta, hendaklah ditanyakan pada diri, “apakah pelajaran yang disebalik semua itu.” Pandanglah semua yang berlaku ke atas kita ada tujuan yang tertentu, maka barulah hidup kita sentiasa bertujuan. Kata ahli-ahli sufi, setiap yang berlaku dalam hidup ialah ‘mehnah’ – maksudnya didikan terus dari Allah.

Mereka berpendapat bahawa apa sahaja yang berlaku dalam hidup adalah ujian dan ujian itu hakikatnya adalah didikan terus daripada Tuhan. Ahli sufi menambah lagi bahawa jika manusia tidak mampu dididik melalui didikan terus dari Allah (mehanah) maka manusia tersebut tidak akan dapat dididik lagi oleh sebarang manusia lain. Inilah yang ditegaskan oleh Ibnu Attoillah, seorang sufi yang terkenal dalam buku-buku karangannya.

Jika seorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah ‘guru’ yang hendak mengajar kita erti sabar. Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap. Begitulah seterusnya dalam apa jua situasi dan masa, kita hakikatnya sedang belajar dan dididik.

Memang pada lahirnya, manusia, peristiwa dan kejadian yang sedang bertindak ke atas kita tetapi sedarilah hakikatnya semua itu adalah datang dari Allah. Semuanya berlaku dengan izin Tuhan, yang dengan itu DIA hendak mendidik kita. Maka terimalah didikan itu dengan baik.

Apakah sebenarnya yang menjadi ‘tujuan’ di sebalik pelajaran-perlajaran yang datang dalam hidup kita? Tujuan utamanya ialah untuk mengubah kita. Perubahan tidak dapat dielakkan justeru hidup adalah satu proses perubahan yang berterusan. Yang tidak berubah dalam hidup adalah perubahan itu sendiri. Perubahan sentiasa berlaku dan ia diluar kawalan kita. Kita tidak dapat mengawal hati ‘kekasih hati’ agar dia sentiasa setia.

Apa yang boleh kita ubah ialah diri kita sendiri. Jadi, berubahlah mengikut haluan dan kawalan kita sendiri. Jangan izinkan orang lain hatta kekasih kita mengawal hidup kita. Sehubungan itu, bijak pandai pernah berkata, “we cannot direct the wind but we can adjust our sail.” Ertinya, walaupun kita tidak boleh menentukan takdir yang menimpa tetapi kita diberi kuasa oleh-Nya untuk mentadbir diri kita.

Malangnya, ramai manusia yang ingin memegang takdirnya sendiri. Dia seolah-olah ingin jadi ‘Tuhan”. Dia ingin semua keinginannya tercapai. Mustahil, manusia hakikatnya lemah. Dia tidak boleh mengawal hati kekasihnya. Dia tidak boleh memastikan kesetiaan kekasihnya. Ingat, mencintai seseorang bukanlah bererti mengatur segala langkah dan perbuatannya demi cinta. Kita tak akan mampu!

Ringkasnya, ujian hidup datang dengan pelajaran, dan pelajaran itu datang bersama tuntutan perubahan. Jika sudah berkali-kali pelajaran disampaikan, tetapi masih tidak ada perubahan, maka itu bermakna remaja gagal dalam ‘sekolah’ kehidupan mereka. Frust cinta, hakikatnya adalah ujian yang ingin merubah kita untuk mula mencintai Allah.

Ingat, setiap kali sesuatu menimpa anda, samada baik atau buruk. Itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Maka ubahlah diri kita selalu, ke arah yang baik, lebih baik dan cemerlang. Setiap detik, setiap ketika, ada sahaja peristiwa yang akan anda hadapi… maka belajarlah secara berterusan, dan berubahlah secara berterusan… Nanti anda akan mencapai kebaikan secara berterusan pula. Jangan sekali-kali menangguhkan pelajaran, nanti anda akan menangguhkan perubahan dan akhirnya menangguhkan datangnya kebaikan.

Belajarlah dari sekolah kehidupan semasa remaja lagi, supaya anda tidak diburu penyesalan apabila mencapai usia tua. Kata pepatah, “belajar sewaktu muda bagai melukis di atas batu, belajar sewaktu tua bagai melukis di atas air.” Teringat kata Dale Carnargie dalam bukunya Stop Worrying and start living, “jangan gergaji abuk kayu!” Dan itulah nasib orang tua yang tidak belajar semasa mudanya!

Kita perlu sedar, hidup ini bagaikan satu siri gelombang yang datang secara bergilir-gilir. Ada ketikanya, gelombang kecil dan tenang dan ada ketikanya gelombang itu besar dan ganas. Pada ketika gelombang itu ganaslah, semuanya terasa serba tidak kena. Tuhan menetapkan bahawa setiap manusia itu tidak akan mendapat kesenangan sahaja atau kesusahan sahaja.

Masing-masing daripada kita akan mengalami pasang-surut dalam hidup – ada masa senang, ada masa susah. Justeru dalam kehidupan ini, kita tidak boleh terlalu gembira kerana selepas kegembiraan itu mungkin muncul kesusahan. Begitu juga kita tidak boleh terlalu sedih bila kesusahan kerana mungkin selepas itu Allah swt datangkan perkara-perkara yang menggembirakan.

Kesedaran tentang hukum Sunnahtullah ini akan memberi ketenangan dalam hidup. Apabila kita ditimpa kesusahan, rasakan dalam hati… ya, selepas ini akan datang kesenangan.

Sabarlah sebentar. Dan apabila datang kesenangan, kita tetap tidak alpa… ya, selepas ini akan datang kesusahan. Bersiap-sedialah. Hakikatnya, tidak ada kesenangan dan kesusahan yang abadi di dunia ini. Kehidupan adalah satu pergiliran antara senang dan susah yang berterusan…

Cabaran kita bukan untuk mengawal perubahan ‘cuaca’ kehidupan itu tetapi mengubah diri bagi menyesuaikan diri dalam setiap keadaan yang berubah-ubah itu. Fahamilah hakikat ini. Apabila kita frust dalam bercinta terimalah bahawa itu adalah hakikat hidup. Hidup bukanlah yang serba kena, serba senang dan serba mudah. Hidup tidak selalu indah, kerana di situlah keindahan hidup!

Maksiat Batin Yang Berjangkit ke Maksiat Zahir

Bercakap banyak terutamanya perkara-perkara yang haram dan syubhah.

Gemar marah-marah sehingga mengeluarkan perkataan yang membawa penyesalan.

Berhasad dengki apabila melihat kebaikan orang lain sehingga menimbulkan dendam dan sakit hati .

Bakhil terhadap harta yang dipinjamkan oleh ALLAH kepadanya . Tetapi murah dan mudah pula digunakan ke jalan yang tidak diredai ALLAH .

Gemar bermegah-megah . Ada orang yang terlalu bermegah terhadap harta , pangkat , dan kuasanya . Namun ada pula orang terlalu bermegah dengan anak dan keturunan .

Sombong dan takbur dengan diri sendiri . Menganggap dirinya yang paling baik . Belum tentu kebaikan diterima ALLAH .

Cintakan dunia dan berlebih-lebihan terhadapnya sehingga melalaikannya daripada mengigati ALLAH.

Suka memfitnah terutamanya apabila fitnahnya itu ditujukan kepada orang-orang yang alim dan baik.

Ujub dan sering menyangka bahawa dirinya terlalu sempurna berbanding orang lain . Bahkan sering merasakan dirinya terlalu hebat .

Riak dan sering melakukan sesuatu perkara hanya semata-mata kerana inginkan pujian serta sanjungan daripada orang lain

khutbah rasulullah menyambut ramadhan

WAHAI MANUSIA,sudah datang kepada kalian bulan Allah dengan membawa keberkatan rahmat dan keampunan.Bulan yang paling mulia di sisi Allah Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama.Malam-malamnya adalah malam yang paling utama.Jam demi jamnya adalah jam-jam yang paling utama.

Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan olehNya.Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih,tidurmu menjadi ibadah,amal-amalmu diterima dan doa-doamu dimakbulkan. Mohon kepada Allah,Tuhanmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu bagi melaksanakan puasa dan membaca kitab-Nya.

Malang bagi orang yang tidak mendapat keampunan daripada Allah di bulan yang agung ini.Kenang dengan rasa lapar dan hausmu,kelaparan dan kehausan di hari kiamat.Bersedekahlah kepada fakir miskin.muliakan orang tuamu,sayangi yang muda,sambungkan tali persaudaraanmu,peliahara lidahmu,kawal pandanganmu dari apa yang tidak halal bagi kamu memandangnya dan kawal pendengaranmu dari apa yang tidak halal bagi kamu mendengarnya.Kasihi anak-anak yatim,nescaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu.Angkat tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu kerana itu adalah saat yang paling utama ketika Allah memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih sayang:Dia menjawab permintaan mereka ketika mereka menyeru-Nya,menyambut mereka ketika memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai kerana amal-amalmu,bebaskan ia dengan Istighfar.Belakangmu berat kerana beban dosamu,ringankan dengan memanjangkan sujudmu.

Ketahuilah ,Allah Taala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya,Dia tidak akanmengazab orang yang solat dan sujud,dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Tuhan seluruh alam.

Wahai manusia! Siapa diantara kamu memberi jamuan berbuka puasa kepada orang Islam yang berpuasa pada bulan ini,di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi keampunan atas dosa-dosa yang lalu.

Seorang sahabat bertanya,”Ya Rasulullah,Tidaklah kami mampu berbuat demikian,”

Rasulullah meneruskan khutbahnya,”Pelihara dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma.Pelihara dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air,”

Wahai manusia! Siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini,ia akan berhasil melewati Sirat al-Mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir.siapa yang meringankan pekerjaan orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai @pembantu) di bulan ini,Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat.Siapa menahan sikap buruknya di bulan ini,Allah akan menahan kemurkaan-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Siapa memuliakan anak yatim pada bulan ini,Allah memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa menyambungkan tali persaudaraan pada bulan ini,Allah akan menghubungkannya dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Siapa melakukan solat sunat di bulan ini,Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka .Siapa yang melakukan solat fardhu,baginya ganjaran seperti melakukan 70 solat fardhu pada bulan yang lain.

Siapa memperbanyakkan selawat kepadaku di bulan ini,Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan menjadi ringan.ganjarannya sama seperti mengkhatamkan al-Quran pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu,mohon kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupnya bagimu.Pintu-pintu neraka tertutup ,mohon kepada Tuhanmu agar ia tidak dibukakan bagimu.Syaitan-syaitan terbelenggu,mintalah agar ia tidak lagi menguasaimu.

Ali bin Abi Thalib yang meriwayatkan hadis ini ,berdiri dan berkata,”Wahai Rasulullah,amal apakah yang paling utama di bulan ini?” Jawab Nabi, “Wahai Abu al-Hassan,amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah.”

Inilah Khutbah Rasulullah yang boleh kita jadikan panduan untuk dilaksanakan pada bulan Ramadhan yang bakal menjelang,berdoalah agar kita diizinkan untuk melalui Ramadhan kali ini dan ambillah peluang untuk merapatkan diri dan bertaubat kepadaNya serta memperbaiki segala kekurangan dalam diri agar menjadi mukmin sejati…

“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat),janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah,kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa,Sesungguhnya Dia lah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”.(az-Zumar 39:53)

Bercerita Tentang Jodoh

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.

Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.

Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.

“Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya,” kata seorang abang yang sangat saya hormati.

“Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?”

“Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya,” jawabnya pendek.

“Mengapa tidak mahu melihat wajahnya? Kan itu dibenarkan oleh syariat? Barangkali sebab waktu itu tidak ada ruangan sosial seperti Facebook dan Twitter?” gurau saya.

“Memang belum ada. Tetapi ada cara lain. Gambar dan cara-cara yang lain ada, tetapi sebenarnya ada sebab lain…”

Dalam diam, saya rasa hairan. Wajahnya saya tenung. Dia orang yang sangat saya hormati. Sahsiah dan kepimpinannya sangat menawan hati. Tentu ada sebab yang solid untuk dia bersikap demikian.

“Sebelum aktif sebagai aktivis Islam seperti sekarang, saya pernah menjalin hubungan cinta. Dia teman lama sejak di sekolah rendah lagi,” jelasnya dengan tenang.

“Habis mengapa putus?”

“Kami putus kerana dia ada jalan tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia selesa dengan gayanya. Lepas, bebas. Jadi kami berpisah setelah 10 tahun bercinta.”

Wah, ini kisah cinta yang dramatik! Saya tidak sangka sama sekali dia yang selama ini kelihatan begitu iltizam, tegas dan berwibawa pernah melalui tragedi cinta.

Isteri Amanah

“Itu kisah sebelumnya. Tetapi bagaimana dengan kisah pertemuan dengan isteri abang sekarang?” kata saya beralih kepada maksud asal pertanyaan.

“Setelah putus, abang terus pinta guru agama carikan jodoh. Ingin fokus kepada gerakan dan amal Islami tanpa diganggu gugat lagi oleh emosi cinta.”

“Tetapi mengapa abang tidak mahu melihat bakal isteri pilihan guru? Tidak dibenarkan?”

“Itu keputusan personal saya. Guru memberi kebebasan. Mahu melihat dulu, silakan. Tidak mahu, tidak mengapa.”

“Dan abang memilih untuk tidak melihat. Kenapa?”

“Eh, kamu masih tegar dengan soalan asal? Begini, bekas kekasih abang dulu sangat cantik. Abang takut perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan. Takut-takut, bakal isteri tidak secantik kekasih lama. Jadi abang tekad, nikah terus tanpa melihat wajahnya.”

Saya terkesima sebentar dan dengan pantas saya bertanya kembali, “Tetapi abang akan terpaksa juga membuat perbandingan setelah bernikah bukan? Setelah nikah, abang akan melihat wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang juga.”

Sekali lagi dia senyum. Matanya bersinar-sinar dengan keyakinan. Jauh di lubuk hati, saya mengakui, dia memang bercakap dari hatinya.

“Amat jauh bezanya antara membandingkan wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dengan wanita yang telah kita nikahi…”

Pendek dia menjawabnya, namun terus menusuk ke hati saya. Tanpa saya pinta dia menyambung, “Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua.”

Cantik Itu Relatif dan Subjektif

“Abang tidak takut, kalau tiba-tiba wajah atau keadaannya tidak serasi dengan cita rasa abang? Maksudnya, er… er… kita masih manusia bukan?” saya menduga hatinya.

Dia ketawa tiba-tiba.

“Ya, kita masih manusia. Tetapi kita bukan sekadar manusia. Kita hamba Allah dan khalifah. Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah dua misi berat itu. Untuk melaksanakannya, kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita, tetapi ilmunya, akhlaknya, sifat pengorbanannya dan kesetiaannya.”

“Jadi, untuk itu kecantikan tidak penting?”

“Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik, bukan begitu?”

“Bukan yang cantik?” jolok saya lagi.

“Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya,” balasnya dengan yakin.

“Maksud abang?”

Dia diam. Termenung sebentar. Mungkin mencari-cari bahasa kata untuk menterjermahkan bahasa rasa.

“Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual.”

Ketika saya ingin menyampuk, dia menambah lagi, “Cantik juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merampus. Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami.”

“Oh, betul juga tu!” kata saya. Teringat betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya, “Sedap di mata tetapi sakit di hati…”

Wasilah Memilih Jodoh

“Bagaimana sebaik selepas berkahwin? Tak terkilan?” ujar saya dengan soalan nakal.

“Memang dari segi kecantikan, isteri abang sekarang biasa-biasa sahaja.”

“Maksudnya yang dulu lebih cantik?”

“Kamu ni, fikirannya masih berkisar dan berlegar-legar di situ juga. Ingat, yang biasa-biasa akan jadi luar biasa cantik apabila makin lama kita bersama dengannya. Itulah pengalaman abang. Hari ke hari, kecantikan isteri semakin terserlah. Entahlah, apa yang Allah ubah. Wajah itu atau hati ini?”

Wah, dia seakan berfalsafah! Kata-katanya punya maksud yang tersirat.

“Apa kaitannya dengan hati?” layan lagi. Ingin saya terus mencungkil mutiara hikmah daripadanya.

“Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!”

‘Ah, tentu dia bahagia kini!’ bisik hati saya sendiri.

“Apa panduan abang jika semua ini ingin saya tuliskan?”

“Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.”

Jadi Orang Baik dan Pilihan Orang Baik

“Tapi bang, ramai yang menolak kaedah kedua. Kata mereka, mana mungkin kita menyerahkan hak kita memilih jodoh sendiri kepada ibu bapa, guru atau individu-individu lain sekalipun mereka orang yang baik-baik.”

“Tak mengapa. Kalau begitu, cuna cara pertama, jadilah orang yang baik.”

“Itu susah bang. Bukan mudah hendak menjadi orang yang baik. Ia satu proses yang panjang dan sukar menentukan apakah kita sudah jadi orang yang baik atau belum.”

Abang tersenyum lantas berkata, “Kamu menyoal bagi pihak orang lain bukan?”

Saya diam. Dalam senyap saya akui, inilah soalan yang sering diajukan oleh para remaja di luar sana.

“Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak. Maksudnya, jika kita berusaha menjadi orang yang baik, insya-Allah, Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik!”

Wah, kedengaran berbelit-belit ayatnya, namun jika diamati ada kebenarannya.

“Tetapi ada juga mereka yang menolak pilihan orang yang baik bukan?”

“Kerana mereka bukan orang baik,” jawabnya pendek.

“Bukan, bukan begitu. Bolehkah terjadi orang baik menolak pilihan orang yang baik?”

“Ya, tidak mengapa. Tetapi mereka tetap menolaknya dengan cara yang baik. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang bertanyakan haknya untuk menerima atau menolak jodoh yang dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah s.a.w.”

“Apa hikmah di sebalik kisah itu bang?”

“Kita boleh melihat persoalan ini dari dua dimensi. Pertama, mungkin ada anak-anak yang tidak baik menolak pilihan ibu bapa yang baik. Hikmahnya, Allah tidak mengizinkan orang yang baik menjadi pasangan orang yang tidak baik. Bukankah Allah telah berjanji, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya?”

Saya terdiam. Benar-benar tenggelam dalam fikiran yang mendalam dengan luahan hikmah itu.

Jodoh Urusan Allah

“Dan mungkin juga anak itu orang baik tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik sebagai pasangannya. Maka pada waktu itu syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya. Ya, itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat.”

“Bagaimana pula jika anak itu baik, dan ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik, tetapi urusan pernikahan masih terbengkalai. Apa maknanya?” tanya saya inginkan penjelasan muktamad.

“Itulah takdir! Mungkin Allah menentukan ‘orang baik’ lain sebagai jodohnya. Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula!”

Tiba-tiba saya teringat bagaimana Hafsah yang dicadangkan untuk menjadi calon isteri Sayidina Abu Bakar oleh ayahnya Sayidina Umar tetapi ditolak. Akhir Hafsah bernikah dengan Rasulullah s.a.w. Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang yang baik!

“Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah.”

“Apa hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?”

“Eh, abang bukan pakar hikmah! Tetapi mungkin Allah hendak meninggikan lagi darjah dan darjat orang baik ke tahap yang lebih tinggi.”

“Hikmah untuk kita?”

“Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya pasangan kita bermasalah… bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah.”

Tok, tok, tok. Tiba-tiba pintu bilik tulis saya diketuk. Wajah watak “abang bayangan” saya pergi tiba-tiba. Tersedar saya daripada lamunan yang panjang. Wajah isteri terserlah di sebalik pintu. Sebalik melihatnya terdetak dalam hati sendiri, apakah aku telah menjadi insan yang baik untuk memperbaikinya?

Ah, hati dilanda bimbang mengingatkan makna satu ungkapan yang pernah saya tulis dahulu: “Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. Jadi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!”

Cuba lihat

kalendar untuk tahun 2012... 1

Ramadhan pada tahun 2012 jatuh

pada 20 Julai iaitu hari Jumaat,

jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15

Ramadan juga pada hari Jumaat.

Sama dengan satu hadis Nabi SAW

tentang huru hara besar yang

akan terjadi pada tengah malam

pertengahan Ramadhan iaitu hari

Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini.

Huru hara yang akan

mengejutkan semua orang yang

sedang tidur... Satu suara yang

amat dahsyat akan kita dengar

dari langit, bukan kiamat tetapi

huru hara tersebut akan

melenyapkan umat manusia di

atas muka bumi ini sebanyak 2/3,

yang tinggal hanya 1/3 shj.

( Menurut kajian NASA, pada

21-12-2012 satu planet yg yang

dikenali planet X akan melintasi

bumi ) Adakah kita semua ni

tergolong dalam 1/3 itu? Adakah

peristiwa itu akn berlaku pada

2012?? Hanya ALLAH yang Maha

Mengetahui.. Yang penting kita

perbanyakkan ibadat dan berdoa

agar kita termasuk dlm golongan

yg dilindungi Allah, jika mati

biarlah kita mati dlm Islam dan

beriman.. Apa pun, peristiwa itu

pasti akan berlaku mengikut

hadis Nabi SAW di bawah.. Dari

Nu'aim bin Hammad

meriwayatkan dengan sanadnya

bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Bila telah muncul suara di bulan

Ramadhan, maka akan terjadi

huru-hara di bulan itul...". Kami

bertanya: "Suara apakah, ya

Rasulullah? " Beliau menjawab:

"Suara keras di pertengahan

bulan Ramadhan, pada malam

Jumaat, akan muncul suara keras

yang membangunkan orang tidur,

menjadikan orang yang berdiri

jatuh terduduk, para gadis keluar

dari pingitannya, pada malam

Jumaat di tahun terjadinya banyak

gempa. Jika kalian telah

melaksanakan solat Subuh pada

hari Jumaat, masuklah kalian ke

dalam rumah kalian, tutuplah

pintu-pintunya, sumbatlah

lubang-lubangny a, dan

selimutilah diri kalian, sumbatlah

telinga kalian. Jika kalian

merasakan adanya suara

menggelegar, maka bersujudlah

kalian kepada Allah dan

ucapkanlah: " Mahasuci Al-

Quddus, Mahasuci Al-Quddus,

Rabb kami Al-Quddus ", kerana

barangsiapa melakukan hal itu

akan selamat, tetapi barangsiapa

yang tidak melakukan hal itu akan

binasa". (Al Hadis)

Wallahualam samada benar atau

tidak.Minta pada mana2 yg alim

hadis dpt

merungkai persoalan samada

benar atau tidak.

harga sebuah cinta

Oh indahnya cinta,

Berkenalan dengannya pasti membuatkan seorang insan berasa dirinya agung,

Anugerah yang merupakan lengkapan azali untuk sebuah kehidupan.

Dengan cinta, kita belajar mengenal perasaan, kita belajar mendidik jiwa, kita belajar menahan sabar.

Cinta juga membawa manusia kepada sebuah kemuncak keindahan.

Ketinggian taraf sebuah cinta tiada bandingan.

Kita berkenalan dengan cinta kerana ketentuanNya.

Kita dianugerahkan dengan nilai sebuah kasih-sayang juga kerana telah ditetapkan oleh Nya.

Bermula dengan perasaan kasih, menyemai sebuah ikatan ukhwah, dan seterusnya menguntumkan bunga-bunga cinta. Oh, alangkah indahnya.

Tapi, kadangkala cinta membuatkan kita lalai, lupa pada hakikat sebenar makna sebuah cinta.

Kita lelap dipangkuan dan belaian cinta. Kita tewas dengan alunan-alunan rentak kemungkaran. Semuanya berlaku kerana kita belum punya Cinta Yang Maha Esa.

Cinta abadi bukan letaknya pada rangkulan cinta manusia, juga bukan letaknya pada hebat cinta seorang insan.

tapi tunduknya kita pada keihklasan sebuah ikatan yang ditengah-tengahnya terletak sebuah cinta yang paling agung.

Hormatilah cinta kerana itu adalah anugerah yang paling indah yang telah dikurniakan oleh Allah kepada hambaNya. Muliakan cinta yang kita miliki biar menjadi sebuah hamparan indah untuk menjadi sokongan di kala melalui jalan-jalan kehidupan.

jangan jadikan diri kita hamba kepada sebuah cinta.

Jadikanlah cinta itu sahabat kepada seorang manusia yang bergelar si pencinta. Sentiasalah berdoa agar cinta yang kita miliki ini mempuyai harga yang paling tinggi nilainya di sisi Allah.

Biarkan ia bergemerlapan di waktu kegelapan. Tapi awas,walau sehebat manapun cinta manusia, percayalah bahawa cinta yang lebih agung dari cinta-cinta lain adalah apabila kita kecewa kerana cinta, kita luahkan kekecewaan kita kepada si pendengar yang setia iaitu Allah.

Dialah adalah tuan empunya segala cinta. Dia juga takan abaikan semua hamba-hambaNya. betull so trueeeeeee

Lelaki Mudah Jatuh Cinta?

Apa itu cinta?

Setiap insan memiliki definisi cinta yang berlainan. Kalau ikut kebiasaan, apabila kita sebut sahaja cinta, cinta itu adalah salah satu perasaan yang menggambarkan sayang yang amat mendalam terhadap seseorang atau sesiapapun.

Tapi apakah itu cinta? Sayangkan seseorang mengikut rupa paras adalah pencinta kecantikan. Sayangkan seseorang mengikut harta benda adalah pencinta kekayaan. Sayangkan seseorang mengikut hati budi adalah pencinta kesejahteraan.Yang mana satu cinta yang dicari?

Mungkin ialah cinta adalah janji yang mengikat dua unsur di antara satu sama lain. Tidak kira cinta antara manusia dengan manusia, manusia dengan Pencipta, manusia dengan haiwan, haiwan dengan haiwan, manusia dengan tumbuhan, haiwan dengan tumbuhan, tumbuhan dengan tumbuhan.

Apa pula janji itu?

Janji pula ada pelbagai jenis. Janji untuk menyayangi selamanya, janji untuk menjaga, janji untuk mengambpromiseil berat, janji sehidup bersama, dan pelbagai lagi janji yang terlampau banyak untuk diceritakan.

Jadi definisi cinta itu sahaja amat luas. Jadi apakah seorang lelaki mudah jatuh cinta?

Sebab mengapa? Sebab mungkin lelaki sendiri sangat susah mencari cinta. Memang orang ramai berkata perempuan itu sangat ramai berbanding lelaki.

Tapi adakah setiap perempuan itu berani menerima cinta seorang lelaki? Menjaga cinta itu sendiri adalah sangat susah. Bagaikan menjaga kunci yang menguci peti hati. Bagi yang mudah jatuh cinta itu ialah lelaki yang masih tidak kenal apa itu cinta.

Cinta yang sebenar tidak mudah lahir dalam diri seorang lelaki. Dan seorang lelaki sukar untuk sedar apakah dia telah bersedia untuk bercinta atau tidak. Bagi sesetengah pendapat kalau seorang lelaki meluahkan ingin berkenalan dengan perempuan dengan lebih rapat masih belum cukup syarat bahawa lelaki itu sudah kenal cinta.

Apa pula pendapat anda?

Kisah Cinta Ali dengan Fatimah Azzahra

Ada rahsia terdalam di hati ‘Ali yang tak dikisahkannya pada siapapun. Fathimah. Karib kecilnya, puteri tersayang dari Sang Nabi yang adalah sepupunya itu, sungguh memesonanya.

Kesantunannya, ibadahnya, kecekapan kerjanya, parasnya. Lihatlah gadis itu pada suatu hari ketika ayahnya pulang dengan luka memercik darah dan kepala yang dilumur isi perut unta. Ia bersihkan hati-hati, ia seka dengan penuh cinta. Ia bakar perca, ia tempelkan ke luka untuk menghentikan darah ayahnya.

Semuanya dilakukan dengan mata gerimis dan hati menangis. Muhammad ibn ’Abdullah Sang Tepercaya tak layak diperlakukan demikian oleh kaumnya! Maka gadis cilik itu bangkit. Gagah ia berjalan menuju Ka’bah.

Di sana, para pemuka Quraisy yang semula saling tertawa membanggakan tindakannya pada Sang Nabi tiba-tiba dicekam diam.Fathimah menghardik mereka dan seolah waktu berhenti, tak memberi mulut-mulut jalang itu kesempatan untuk menimpali.

‘Ali tak tahu apakah rasa itu bisa disebut cinta. Tapi, ia memang tersentak ketika suatu hari mendengar khabar yang mengejutkan. Fathimah dilamar seorang lelaki yang paling akrab dan paling dekat kedudukannya dengan Sang Nabi. Lelaki yang membela Islam dengan harta dan jiwa sejak awal-awal risalah. Lelaki yang iman dan akhlaknya tak diragukan; Abu Bakar Ash Shiddiq, Radhiyallaahu ’Anhu.

”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali.Ia merasa diuji karena merasa apalah ia dibanding Abu Bakr. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakr lebih utama, mungkin justru karena ia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakr menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.

Lihatlah juga bagaimana Abu Bakr berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakr; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab.. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali.

Lihatlah berapa banyak budak Muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakr; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud.. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali? Dari sisi finansial, Abu Bakr sang saudagar, insya Allah lebih bisa membahagiakan Fathimah.

’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin. ”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali.”Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fathimah atas cintaku.”Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Ia mengambil kesempatan atau mempersilakan. Ia adalah keberanian, atau pengorbanan.

Beberapa waktu berlalu, ternyata Allah menumbuhkan kembali tunas harap di hatinya yang sempat layu.Lamaran Abu Bakar ditolak. Dan ’Ali terus menjaga semangatnya untuk mempersiapkan diri. Ah, ujian itu rupanya belum berakhir.

Setelah Abu Bakar mundur, datanglah melamar Fathimah seorang laki-laki lain yang gagah dan perkasa, seorang lelaki yang sejak masuk Islamnya membuat kaum Muslimin berani tegak mengangkat muka, seorang laki-laki yang membuat syaithan berlari takut dan musuh- musuh Allah bertekuk lutut.

’Umar ibn Al Khaththab. Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fathimah. ’Umar memang masuk Islam belakangan, sekitar 3 tahun setelah ’Ali dan Abu Bakr. Tapi siapa yang menyangsikan ketulusannya? Siapa yang menyangsikan kecerdasannya untuk mengejar pemahaman? Siapa yang menyangsikan semua pembelaan dahsyat yang hanya ’Umar dan Hamzah yang mampu memberikannya pada kaum muslimin? Dan lebih dari itu, ’Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan ’Umar..”

Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fathimah. Lalu cuba bandingkan bagaimana dia berhijrah dan bagaimana ’Umar melakukannya. ’Ali menyusul sang Nabi dengan sembunyi-sembunyi, dalam kejaran musuh yang frustasi karena tak menemukan beliau Shallallaahu ’Alaihi wa Sallam.

Maka ia hanya berani berjalan di kelam malam. Selebihnya, di siang hari dia mencari bayang-bayang gundukan bukit pasir. Menanti dan bersembunyi.’Umar telah berangkat sebelumnya. Ia thawaf tujuh kali, lalu naik ke atas Ka’bah. ”Wahai Quraisy”, katanya. ”Hari ini putera Al Khaththab akan berhijrah. Barangsiapa yang ingin isterinya menjanda, anaknya menjadi yatim, atau ibunya berkabung tanpa henti, silakan hadang ’Umar di balik bukit ini!” ’Umar adalah lelaki pemberani. ’Ali, sekali lagi sadar. Dinilai dari semua segi dalam pandangan orang banyak, dia pemuda yang belum siap menikah. Apalagi menikahi Fathimah binti Rasulillah! Tidak. ’Umar jauh lebih layak. Dan ’Ali ridha.

Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Ia mengambil kesempatan. Itulah keberanian. Atau mempersilakan. Yang ini pengorbanan.Maka ’Ali bingung ketika khabar itu meruyak. Lamaran ’Umar juga ditolak.

Menantu macam apa kiranya yang dikehendaki Nabi? Yang seperti ’Utsman sang miliarderkah yang telah menikahi Ruqayyah binti Rasulillah? Yang seperti Abul ’Ash ibn Rabi’kah, saudagar Quraisy itu, suami Zainab binti Rasulillah? Ah, dua menantu Rasulullah itu sungguh membuatnya hilang kepercayaan diri.Di antara Muhajirin hanya ’Abdurrahman ibn ’Auf yang setara dengan mereka.

Atau justru Nabi ingin mengambil menantu dari Anshar untuk mengeratkan kekerabatan dengan mereka? Sa’d ibn Mu’adzkah, sang pemimpin Aus yang tampan dan elegan itu? Atau Sa’d ibn ’Ubaidah, pemimpin Khazraj yang lincah penuh semangat itu?”

Mengapa bukan engkau yang mencuba kawan?”, kalimat teman-teman Ansharnya itu membangunkan lamunan. ”Mengapa engkau tak mencuba melamar Fathimah? Aku punya firasat, engkaulah yang ditunggu-tunggu Baginda Nabi.. ””Aku?”, tanyanya tak yakin.”Ya. Engkau wahai saudaraku!””Aku hanya pemuda miskin. Apa yang bisa kuandalkan?””Kami di belakangmu, kawan! Semoga Allah menolongmu!”’Ali pun menghadap Sang Nabi.

Maka dengan memberanikan diri, disampaikannya keinginannya untuk menikahi Fathimah. Ya, menikahi. Ia tahu, secara ekonomi tak ada yang menjanjikan pada dirinya. Hanya ada satu set baju besi di sana ditambah persediaan tepung kasar untuk makannya. Tapi meminta waktu dua atau tiga tahun untuk bersiap-siap? Itu memalukan! Meminta Fathimah menantikannya di batas waktu hingga ia siap? Itu sangat kekanakan. Usianya telah berkepala dua sekarang.”Engkau pemuda sejati wahai ’Ali!”, begitu nuraninya mengingatkan. Pemuda yang siap bertanggungjawab atas cintanya. Pemuda yang siap memikul risiko atas pilihan- pilihannya. Pemuda yang yakin bahwa Allah Maha Kaya.

Lamarannya berjawab, ”Ahlan wa sahlan!” Kata itu meluncur tenang bersama senyum Sang Nabi.Dan ia pun bingung. Apa maksudnya? Ucapan selamat datang itu sulit untuk bisa dikatakan sebagai isyarat penerimaan atau penolakan. Ah, mungkin Nabi pun bingung untuk menjawab. Mungkin tidak sekarang. Tapi ia siap ditolak. Itu risiko.

Dan kejelasan jauh lebih ringan daripada menanggung beban tanya yang tak kunjung berjawab. Apalagi menyimpannya dalam hati sebagai bahtera tanpa pelabuhan. Ah, itu menyakitkan.”Bagaimana jawab Nabi kawan? Bagaimana lamaranmu?””Entahlah..””Apa maksudmu?””Menurut kalian apakah ’Ahlan wa Sahlan’ berarti sebuah jawapan!””

Dasar tolol! Tolol!”, kata mereka,”Eh, maaf kawan.. Maksud kami satu saja sudah cukup dan kau mendapatkan dua! Ahlan saja sudah berarti ya. Sahlan juga. Dan kau mendapatkan Ahlan wa Sahlan kawan! Dua-duanya berarti ya !”Dan ’Ali pun menikahi Fathimah. Dengan menggadaikan baju besinya. Dengan rumah yang semula ingin disumbangkan ke kawan-kawannya tapi Nabi berkeras agar ia membayar cicilannya. Itu hutang.Dengan keberanian untuk mengorbankan cintanya bagi Abu Bakr, ’Umar, dan Fathimah. Dengan keberanian untuk menikah. Sekarang. Bukan janji-janji dan nanti-nanti.

’Ali adalah ‘gentleman’ sejati. Tidak hairan kalau pemuda Arab memiliki yel, “Laa fatan illa ‘Aliyyan! Tak ada pemuda kecuali Ali!”

Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggung jawab. Dan di sini, cinta tak pernah meminta untuk menanti. Seperti ’Ali. Ia mempersilakan. Atau mengambil kesempatan. Yang pertama adalah pengorbanan. Yang kedua adalah keberanian.

Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Putri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan bahwa suatu hari (setelah mereka menikah) Fathimah berkata kepada ‘Ali, “Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali jatuh cinta pada seorang pemuda ”

‘Ali terkejut dan berkata, “kalau begitu mengapa engkau mahu manikah denganku? dan Siapakah pemuda itu?”Sambil tersenyum Fathimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah dirimu.”

Kemudian Nabi saw bersabda: “ Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla memerintahkan aku untuk menikahkan Fatimah puteri Khadijah dengan Ali bin Abi Thalib, maka saksikanlah sesungguhnya aku telah menikahkannya dengan maskawin empat ratus Fidhdhah (dalam nilai perak), dan Ali ridha (menerima) mahar tersebut.”

Kemudian Rasulullah saw. mendoakan keduanya:“ Semoga Allah mengumpulkan kesempurnaan kalian berdua, membahagiakan kesungguhan kalian berdua, memberkahi kalian berdua, dan mengeluarkan dari kalian berdua kebajikan yang banyak.”

(Kitab Ar-Riyadh An-Nadhrah 2:183, Bab 4).