Sunday, November 20, 2011

Hakikat mimpi menurut islam

PENGENALAN

Sesungguhnya Nabi SAW mengadap sahabat-sahabatnya selepas

solat Subuh seraya bertanya, “Adakah terdapat salah seorang dari

kamu yang telah bermimpi pada malam tadi.”

Riwayat Muslim

Apa itu mimpi?

Mimpi adalah gambaran yang dicipta Allah dan dilihat manusia di dalam tidur mereka.

Apakah jenis mimpi?

Mimpi mempunyai 3 jenis:

1. Gambaran yang diciptakan Allah sebagai alamat kepada perkara lain sama ada

yang akan datang ataupun yang sudah berlalu.

2. Gambaran terhadap yang berlaku ke atas si empunya diri sebelumnya sehingga

terbawa-bawa di dalam tidur.

3. Gambaran yang dimasukkan syaitan ke dalam tidurnya bertujuan menakut atau

menyedihkannya.

Apa

Apa dalilnya?

Nabi SAW bersabda: “Mimpi tiga jenis:

1) Mimpi yang benar sebagai berita gembira dari Allah.

2) Mimpi menyedihkan daripada syaitan.

3) Mimpi yang berkaitan dengan apa yang berlaku kepada dirinya.”

Riwayat Syaikhani

Apakah beza mimpi yang benar dan mimpi biasa?

Mimpi yang benar berasal dari Allah manakala mimpi biasa terutamanya mimpi buruk

datang dari syaitan.

Bilakah waktu yang paling benar mimpinya?

Malam: Pada waktu sahur. Ini kerana waktu tersebut rahmat dan keampunan dari

Allah dan diamnya syaitan.

Siang: Pada waktu ‘qailulah’ (waktu yang disunatkan tidur sebelum tergelincir

matahari; bermakna masuknya waktu solat Zuhur).

Apakah dia mimpi buruk a.k.a nightmare?

Semuanya adalah angkara gangguan syaitan.

Nabi SAW bersabda bahawa: Mimpi ada tiga jenis: “Antaranya permainan syaitan untuk

menyebabkan anak Adam menjadi sedih.”

Siapakah yang mimpinya paling benar?

1. Para nabi: Semua mimpi mereka benar-benar belaka.

2. Orang soleh: Selalunya benar.

3. Selain mereka: Kadang-kadang benar dan kadang-kadang sebaliknya.

Mimpi mu’min lebih benar dari kafir.

Mimpi alim lebih benar dari si jahil.

Mimpi orang tua lebih benar dari orang muda.

Setiap manusia mimpi mereka bergantung kepada jiwa agama mereka. Akhlak mereka.

Keadaan dan sifat mereka!!!

Apakah adab-adab jika bermimpi mimpi yang benar?

1. Pertamanya, hendaklah mengucap “Alhamdulillah” dan memuji Allah.

2. Mengkhabarkan berita gembira tersebut kepada orang yang berautoriti untuk

mentafsirnya.

3. Menghebahkan kepada mereka yang menyayangi anda dan bukan yang memusuhi

anda.

Apakah adab jika bermimpi buruk?

1. Anda mesti ber’istia’zah’: Mengucapkan ‘A’uzubillah…dari sebarang kejahatan

mimpi itu.

2. Istia’zah dari gangguan syaitan sebanyak tiga kali.

3. Ludah ke sebelah kiri (syarat sahaja). Untuk menghalau dan menghina syaitan

yang datang mengacau. Kiri,kerana ia tempat yang tidak baik dan tiga kali kerana

menggambarkan kesungguhan….

4. Tukar posisi tidur. Dari kanan ke kiri atau sebaliknya. Bila kita mengubah posisi

bermakna kita mengubah gambaran yang terdapat di dalam mimpi. WAllahu

a’lam!!

5. Terus bersolat. Untuk mendekatkan diri kepada Allah.

6. Jangan menghebahkan kepada orang ramai.

7. Jangan cuba mentafsir sendiri mimpi tersebut. Rujuk kepada ahlinya.

Apakah hukum bertanya berkenaan mimpi?

Hukumnya adalah sunat. Sekiranya bertanya dapat pahala. Kalau tak tanya pun tak dapat

dosa…Jadi apa lagi…bertanyalah anda jika tidak tahu! Ini kerana mengikut perbuatan

nabi SAW!

Apakah hukum orang yang menipu apa yang dimimpinya?

Haram dan berdosa.

1 comment:

Unknown said...

Assalam, sy ada satu mimpi iaitu bermimpi Rasulullah, tetapi Rasulullah yang sy mmpikan itu tidak sempurna fizikalnya, saya xpasti mimpi itu benar atau daripada syaitan yg menyamar, tapi dalam mimpi ada org yg berkata, Nabi Muhammad nak jumpa dengan kau, dan situasi saya ketika itu berada di kubur dan 2 3 orang Arab yg berpakaian zaman dahulu jika saya xsilap, sy xpnh ceritakan pada sesiapa sebab mengenangkan keadaan Rasulullah, jadi adakah benar mimpi saya ataupun sekadar gangguan syaitan sahaja? dan utk pengetahuan sy nie masih lagi seorang pendosa dan masih lagi jahil..