31- "Jika kita bukan pelita yang menerangi malam, memadailah kita menjadi kunang-kunang yang akan menemani malam"
32- "Hidup adalah komedi bagi sesiapa yang hidupnya dengan akal. Dan merupakan tragedi bagi sesiapa yang hidup dengan emosi"
33- "Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan"
34- "Sesiapa yang dapat menahan marahnya, padahal dia berkuasa untuk melepaskan marahnya itu maka Allah memenuhi hatinya dengan iman dan rasa aman ketenangan"
35- "Yang bernama perwira bukanlah yang banyak menjatuhkan lawan, tetapi perwira sejati ialah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah"
36- "Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur"
37- "Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"
38- "Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat"
39- "Seorang guru yang jujur harus berniat agar muridnya lebih pintar daripadanya, manakala seorang murid yang jujur harus pula mengakui kepintaran gurunya"
40- "Cintailah yang memberi nikmat dan jangan engkau cintai nikmat yang diberikan"
41- "Dengan hatilah seseorang itu melihat dengan betul, apa yang penting tidak dapat dilihat dengan mata" Antoine de Saint-Exupery The Little Prince.
42- "Kerana anda dapat mengawal kehidupan anda. Jangan sesekali lupa bahawa anda adalah diri anda setelah pilihan yang anda buat secara sedar atau tidak sedar" Barbara Hall.
43- "Cara yang paling cepat melakukan banyak perkara ialah dengan melakukan satu perkara dalam satu masa" Samuel Smiles
44- "Sokong mereka yang kuat, galakkan mereka yang pemalu, ingatkan mereka yang cuai, dan beri amaran kepada mereka yang menentang" Whitney W Young
45- "Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga" Dr. Mahathir Mohamad.
www.familiazam.com
46- "Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit" Allen Tate
47- "Kegagalan hari Ini beerti pendorong, namun kejayaan semalam bukan beerti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi"
48- "Manusia yang berhati suci adalah manusia yang banyak menangis daripada ketawa. Didiklah hati dengan keihklasan dan kesucian agar liku-liku kehidupan ini menjadi lebih bermakna dan mengikuti arus perubahan kedewasaan"
49- "Tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri"
50- "Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintalah pilihan anda itu"
51- "Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan"
52- "Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu"
53- "Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya"
54- "Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya"
55- "Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri"
56- "Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA"
57- "Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan"
58- "Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki, menghadiri persidangan sebagai persediaan menjadi lelaki yang sebenar & menulis menjadikan anda lelaki sejati"
59- "Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripada dikesani oleh orang lain"
60- "Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama"
No comments:
Post a Comment