Showing posts with label dari pakar diari hati. Show all posts
Showing posts with label dari pakar diari hati. Show all posts

Wednesday, December 28, 2011

5 Rahsia Besar Lelaki Dibongkar!

Adakah anda sebagai wanita merasakan bahawa pasangan anda sudah terlalu jujur untuk menceritakan segala rahsia? Pasti tidak!! ini kerana lelaki biasanya akan menyimpan sedikit rahsia yang terlalu peribadi bagi mereka. Jadi apakah rahsia terbesar yang selalu disimpan oleh lelaki?

(1) Cerita xxx- Hasil daripada kajian yang telah dilakukan, boleh dikatakan hampir keseluruhan lelaki pernah menonton cerita xxx secara langsung ataupun tidak langsung. Ini berkemungkinan disebabkan sifat keinginan seks lelaki adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan wanita.

(2) Lelaki adalah pengintip!- Salah satu perkara yang lelaki suka lakukan adalah dengan mengintip maklumat peribadi seseorang wanita yang mereka gemari. Tidak kira samaada mereka sudah berpasangan ataupun tidak, kegiatan ini adalah merupakan satu perkara wajib bagi kebanyakan lelaki.

(3) Lelaki sukar menolak peluang- Sekiranya ada wanita lain yang cuba menggoda seorang lelaki, tambahan pula wanita tersebut mempunyai wajah yang menarik dan ciri wanita idaman, agak sukar untuk lelaki menolak pelawaan mereka. Ini menyebabkan lelaki akan melayan wanita tersebut tanpa pengetahuan anda!

(4) Lelaki mudah bosan- Kebiasaannya, lelaki akan bersifat seromantik mungkin pada permulaan hubungan. Tetapi apabila hubungan telah menjangkau usia lebih dari setahun, sifat romantik akan terhakis sedikit demi sedikit.

(5) Penggoda adalah sifat lelaki- Tidak bermakna sekiranya seseorang lelaki tersebut sudah mempunyai pasangan, mereka akan berhenti daripada cuba menggoda wanita lain.

SUMBER : top5reason.com

7 fakta hubungan cinta terjalin

(1) Kebanyakan lelaki atau wanita lebih gemar untuk memilih pasangan yang tidak mempunyai latar belakang yang sama tetapi masih boleh berkongsi minat yang sama.

(2) Walau bagaimana baik sekalipun sesuatu hubungan tersebut, 70% daripada masalah didalam hubungan pasti tidak akan diselesaikan. Pasangan akan terus diselubungi permasalahan yang berulang-ulang. Pada peringkat ini, komunikasi antara pasangan adalah amat penting.

(3) Perhubungan sebagai kekasih adalah 30% lebih mudah terputus berbanding perhubungan sebagai rakan.

(4) Lebih daripada 90% pasangan yang sudah berkahwin bersetuju bahawa cinta pertama pasti tidak akan berhasil.

(5) Jangka masa hubungan tanpa ikatan perkahwinan biasanya hanya mampu bertahan sekitar setahun berbanding pasangan yang telah berkahwin dimana perhubungan mereka akan bertahan lebih lama.

(6) Risiko pasangan yang menjalinkan hubungan jarak jauh untuk berpisah adalah 20% lebih tinggi berbanding pasangan yang menjalinkan hubungan jarak dekat.

(7) Apabila sesuatu hubungan telah terputus, masa yang diambil untuk lelaki mencari pasangan yang baru kebiasaannya lebih singkat berbanding wanita.

SUMBER : top5reason.com

Dalam perhubungan, ibaratkanlah ia seperti kaca. Jika terlalu erat digengam ia akan pecah dan melukakan diri. Jika pecah, walau dicantum kembali, ia tidak seperti asal lagi.

Maka berhati-hatilah dalam bercinta, wanita ini dari rusuk kiri yang bengkok. Jika terlalu keras memaksa ia akan patah, dengan hikmah sahaja ia dapat dibentuk. Terciptanya bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan jua dari kaki untuk dialasi.Tetapi dekat di bahu untuk dilindungi, dekat di hati untuk dicintai, dekat di sisi untuk menjadi teman sejati.

Tuesday, November 22, 2011

Janji Allah Untuk Mereka Yang Ingin Berkahwin.

Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.

Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…

1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)

Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga.

Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.

Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih.

Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?

3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)

Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)

5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)

Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.

Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.

Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah.

Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,

Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.

Sebahagian orang apabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam.

Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).

Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).

6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)

Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.

7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)

Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.

8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)

Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.

9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.