Showing posts with label dari pakar cinta. Show all posts
Showing posts with label dari pakar cinta. Show all posts

Sunday, November 20, 2011

Lelaki Mudah Jatuh Cinta?

Apa itu cinta?

Setiap insan memiliki definisi cinta yang berlainan. Kalau ikut kebiasaan, apabila kita sebut sahaja cinta, cinta itu adalah salah satu perasaan yang menggambarkan sayang yang amat mendalam terhadap seseorang atau sesiapapun.

Tapi apakah itu cinta? Sayangkan seseorang mengikut rupa paras adalah pencinta kecantikan. Sayangkan seseorang mengikut harta benda adalah pencinta kekayaan. Sayangkan seseorang mengikut hati budi adalah pencinta kesejahteraan.Yang mana satu cinta yang dicari?

Mungkin ialah cinta adalah janji yang mengikat dua unsur di antara satu sama lain. Tidak kira cinta antara manusia dengan manusia, manusia dengan Pencipta, manusia dengan haiwan, haiwan dengan haiwan, manusia dengan tumbuhan, haiwan dengan tumbuhan, tumbuhan dengan tumbuhan.

Apa pula janji itu?

Janji pula ada pelbagai jenis. Janji untuk menyayangi selamanya, janji untuk menjaga, janji untuk mengambpromiseil berat, janji sehidup bersama, dan pelbagai lagi janji yang terlampau banyak untuk diceritakan.

Jadi definisi cinta itu sahaja amat luas. Jadi apakah seorang lelaki mudah jatuh cinta?

Sebab mengapa? Sebab mungkin lelaki sendiri sangat susah mencari cinta. Memang orang ramai berkata perempuan itu sangat ramai berbanding lelaki.

Tapi adakah setiap perempuan itu berani menerima cinta seorang lelaki? Menjaga cinta itu sendiri adalah sangat susah. Bagaikan menjaga kunci yang menguci peti hati. Bagi yang mudah jatuh cinta itu ialah lelaki yang masih tidak kenal apa itu cinta.

Cinta yang sebenar tidak mudah lahir dalam diri seorang lelaki. Dan seorang lelaki sukar untuk sedar apakah dia telah bersedia untuk bercinta atau tidak. Bagi sesetengah pendapat kalau seorang lelaki meluahkan ingin berkenalan dengan perempuan dengan lebih rapat masih belum cukup syarat bahawa lelaki itu sudah kenal cinta.

Apa pula pendapat anda?

Doa mustajab sang pencinta

Menurut Ibn `Atha (Daripada Ibn ‘Athailah, pengarang al Hikam), doa itu mempunyai beberapa rukun yang kuat menyebabkan naik ke langit untuk diterima Allah s.w.t . Rukun yang paling utma ialah hadir hati dan memohon dengan tawaduk. Sayap-sayap doa itu adalah berdoa dengan penuh keikhlasan dari hati dan bertepatan dengan waktu yang dimakbulkan doa, iaitu :

Ketika hendak solat

Pada waktu tengah malam terutama sepertiga akhir malam . Sabda Nabi s.a.w

“ Allah s.w.t turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata : Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Kumakbulkan , ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan , ada sesiapa yang beristighfar memohon keampunan untuk Kuampunkan?” ( HR Bukhari dan Muslim )

Waktu diantara azan dan iqamah . Sabda Nabi s.a.w

“ Tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah .” ( HR Al-Tirmizi)

Ketika sujud dalam solat . Sabda Nabi s.a.w

“ Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud , maka perbanyakkanlah berdoa .” ( HR Muslim )

Selesai solat fardu. Sabda Nabi s.a.w ketika ditanya tentang waktu mustajab doa :

“ Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu .” (HR Al-Tirmizi)

Ketika berpuasa . Sabda Nabi s.a.w

“ Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah , doa ibu bapa terhadap anak , doa orang yang berpuasa dan doa orang bermusafir .” (HR Al-Baihaqi)

Malam Lailatu Al-Qadar . Malam Al-Qadar berlaku pada bulan Ramadhan . Kemungkinan besar ia berlaku pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan berdasarkan kepada beberapa hadis yang menggesa para sahabat mencari malam Al-Qadar pada sepuluh malam terakhir .

Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w “ Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar , apakah yang perlu say abaca? Jawab Rasulullah s.a.w sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia . Kamu sukakan kemaafan . Jesteru , maafkanlah aku .” (HR Al-Tirmizi, Ibn Majah & Al-Nasa’ie , lihat sahih Al-Tirmizi )

Ketika khatam 30 juzuk Al-Quran . Allah s.w.t berfirman dalam surah Fatir ayat ke-29 maksudnya :

“ Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan daripada apa yang kami kurniakan kepada mereka secara tertutup atau terbuka , mereka ( dengan amalan yang demikian ) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian , supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan mereka daripada limpah kurnia-Nya . Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya ( akan orang-orang yang bersyukur kepada-Nya )

Sepanjang hari Jumaat dengan harapan bersua dengan waktu mustajab doa . Sabda Nabi s.a.w

“ Pada hari Jumaat itu , ada satu waktu yang apabila seseorang hamba memohon sesuatu kepada Allah , maka akan diberikannya .” (HR Bukhari & Muslim )

Sepanjang perjalanan semasa bermusafir . Sabda Nabi s.a.w

“ Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah , tidak syak padanya iaitu : Doa orang yang teraniaya , Doa orang yang bermusafir dan Doa ibu bapa terhadap anaknya.” ( HR Abu Dawud)

Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadah haji atau umrah . Hal ini berdasarkan sebuah hadis :

“ Orang yang berjihad pada jalah Allah dan orang yang mengerjakan haji serta umrah merupakan tetamu Allah , mereka berdoa kepada Allah lalu diterimanya.” (HR Ibn Majah)

Ketika iman meningkat kerana mentaati Allah . Sabda Nabi s.a.w.

“ …dan adalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan ibadah yang sunat sehingga aku mencintainya. Jika aku sudah mencintainya , aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar dan penglihatannya yang dengannya dia melihat dan tangannya yang dengannya dia menyentuh dan kakinya yang dengannya dia melangkah, dan jika dia meminta akan ku berikan , dan jika dia meminta perlindungan nescaya akan kulindungi …” (HR al-Bukhari ) .

Hadis ini menjadi bukti jaminan mustajabnya doa hamba tatkala keimannya memuncak . Ini boleh berlaku dengan beriltizam dengan ketaatan mengerjakan amal ibadah kepada Allah . (Fiqhud Du’a , Bab siapa yang Mustajab Doanya )

Waktu menerima ujian . Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Naml ayat 62 , yang bermaksud

“ Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya , dan yang menghapuskan kesusahan , serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu ) mendiami dan menguasai bumi ? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah ? Amat sedikit antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu ).”

Menurut pandangan ulama , dijamin penerimaan doa orang yang menghadapi bebanan ujian kerana biasanya bala yang berlaku menyebabkan timbulnya pasrah dan ikhlas berdoa meminta diselamatkan . (Tafsir al-Qurtubi ,tafsir ayat 62 surah al-Naml)

Ketika tentara Islam berhadapan dengan tentera musuh . Dalilnya ialah Nabi s.a.w bersabda

“ Dua jenis doa yang tidak akan ditolak oleh Allah s.w.t atau jarang sekali ditolak : doa sewaktu azan dan doa ketika berlakunya peperangan.” (HR Abu Dawud,hadis hasan )

Ketika ayam berkokok . Nabi s.a.w. bersabda

“ Apabila kamu mendengar ayam berkokok, maka mohonlah anugerah-Nya kerana ayam itu melihat malaikat .” (HR al-Bukhari , Muslim )

Sumber: http://adeqshah.multiply.com/journal/item/97

Tambahan,

Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa

Dari Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash Radhiyallahu ‘anhu bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak”. (Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da’watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17)

Ketika Saat Sedang Hujan

Dari Sahl bin a’ad Radhiyallahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda.

“Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan”. (Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114).

Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).

Doa Ketika Hari Arafah

Dari ‘Amr bin Syu’aib Radhiyallahu ‘anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”. (Sunan At-Tirmidzi, bab

Jamiud Da’waat 13/83)

Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.

Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu.

Bila Dia tak makbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

Bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan.

Kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya

mencintai lima lupa yang lima

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya.

Maka dia pun berkata, “Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya.”

Berkata Nabi Isa a.s, “Wahai saudaraku, kamu tidak akan berdaya untuk seberat Jarrah itu.”

Berkata pemuda itu lagi, “Wahai Isa a.s, kalau aku tidak berdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah.” Oleh karena keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, “Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu.” Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.

Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahwa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, “Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu.” Selesai Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-gunung dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, “Aku ini Isa a.s.”Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, “Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya.”

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.

2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.

3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.

2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.

3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.

4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.

5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur.”

Baiklah adapun hikmah yang dapat kita petik dari cerita diatas adalah mari bertaqwalah kepada Allah SWT semampu kita, kerana ia mendambakan ketaatan dan ketaqwaan dari hambanya.Bukan rasa ujub dalam beribadah kepadanya, dan ingatlah bahwa Allah SWT tidak rugi jika kita ingkar kepadanya, melainkan kita yang sangat merugi jika semakin hari kita lupa akan tujuan hidup kita di dunia ini.

Semoga kisah singkat ini dapat kita fahami dan kita ambil hikmahnya.

5 Amalan Kecintaan Ramadhan

Berbagai macam ibadah diajarkan di bulan ini yang akhirnya adalah untuk menumbuhkan semangat hidup baru.

Marilah kita renungkan beberapa perkara berikut ;

PERTAMA : WAKTU SAHUR

Di Bulan Ramadhan, Allah swt mengajarkan hambaNya untuk melakukan sahur. Waktu sahur adalah waktu yang sangat mustajab.

Allah swt meletakkan kemuliaan yang sangat besar pada waktu tersebut. Sayang sekali, kebanyakan manusia hanya memanfaatkannya untuk makan sahur tanpa meluangkan waktu untuk bermunajat kepadaNya.

Mengapa mereka melalaikan sabda Rasulullah saw seperti berikut?

“Rabb kita (Allah) swt turun pada setiap malam ke langit dunia, pada sepertiga malam terakhir, lalu berfirman, ”Siapa yang berdoa kepadaKu maka aku akan kabulkan baginya, siapa yang meminta kepadaKu, maka aku beri kepadanya, Siapa yang meminta ampunan maka Aku akan mengampuninya” (HR Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya kita sangat memerlukan waktu-waktu seperti ini untuk :

a. Memohon kebaikan hidup di dunia dan akhirat kepada Allah swt.

b. Memohon keselamatan hati kita.

c. Memohon supaya hidup kita sentiasa bermakna.

KEDUA : SOLAT SUBUH DI MASJID

Ramai manusia yang meninggalkan solat subuh (fajar) dengan berjamaah di masjid. Kita boleh saksikan ketika solat Jumaat, masjid pasti sentiasa penuh tetapi jamaah Subuh tidak pernah mencapai ¼ dari jamaah Jumaat.

Lalu datanglah bulan Ramadhan, untuk menyedarkan bahwa di sana ada solat yang disaksikan oleh para malaikat.

Firman Allah swt :

“Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan (oleh malaikat)”. (QS Al-Isra’ : 78)

Rasulullah saw menambahkan :

“Berikan khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan menuju masjid di kegelapan dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat kelak.” (HR Tirmizi dan Abu Dawud)

Sayangnya betapa ramai kaum muslimin yang meninggalkan solat jamaah subuh di bulan Ramadhan hanya kerana tertidur setelah bersahur. Alangkah ruginya meninggalkan aktiviti yang boleh memupuk semangat hidup yang hakiki.

KETIGA : BERDOA

Rasulullah saw memberitahu kita bahwa doa orang yang berpuasa akan mendapatkan keutamaan pengabulan dari Allah swt.

Ini sebagaimana disebutkan di dalam hadis Nabi saw :

“Tiga golongan yang doanya tidak akan ditolak, di antaranya adalah orang yang berpuasa sehingga ia berbuka, di dalam riwayat lain dikatakan, orang yang puasa ketika hendak berbuka.” (HR At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Demikian juga Allah swt meletakkan ayat tentang berdoa di antara ayat-ayat yang menjelaskan tentang puasa iaitu ayat 186 surah Al Baqarah :

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran”.

Para ulama’ menjelaskan bahwa rahsia perletakan ayat ini adalah untuk mengisyaratkan bahwa doa orang yang berpuasa itu tidak tertolak.

Namun berapa ramai di antara kita yang memperhatikan perkara ini?

Padahal doa inilah inti ibadah di dalam Islam atau dengan kata lain, doa ini akan memberikan semangat baru dalam kehidupan seorang muslim.

KEEMPAT : MEMBACA AL QUR’AN

Di bulan Ramadhan, Rasulullah saw memerintahkan untuk memperbanyakkan qira’at al-Qur’an atau membaca Al-Quran kerana bulan ini adalah bulan Al-Qur’an.

“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil). (QS Al-Baqarah : 185)

Selama bulan Ramadhan ini, hedaklah setiap muslim berusaha untuk mengkhatamkan Al- Qur’an meskipun hanya sekali.

Tentu sahaja membaca di sini bukan sekadar membaca tetapi bacaan yang disertai dengan tafakkur dan tadabbur.

a. Al-Qur’an bagi seorang mukmin adalah panduan hidup.

b. Al-Qur’an juga penawar hati dari segala penyakit jiwa.

Oleh itu membaca Al-Qur’an yang disertai dengan tadabbur akan membuatkan jiwa kita semakin hidup.

KELIMA : MEMPERBANYAKKAN SEDEKAH

Di bulan Ramadhan, Rasulullah saw memberikan contoh tauladan untuk memperbanyakkan sedekah.

Sedekah adalah sebuah amal yang menjanjikan pahala yang sangat besar.

Allah swt berfirman;

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui. (QS Al-Baqarah : 261)

Dengan sedekah ini, maka akan terciptalah silaturrahim dan akan diperolehi makna ‘ukhuwwah fillah’ serta akan terjaga persatuan kaum muslimin.

Memulakan suatu kebiasaan baik adalah sebuah langkah yang berat tetapi Allah swt dan RasulNya saw telah mengajarkan kita untuk memulakan langkah pertama itu di bulan Ramadhan.

Sayang, kebanyakan manusia menganggap bahwa Ramadhan adalah waktu untuk melakukan kewajiban ini semua, bukan untuk memulakan amal soleh.

Akibatnya mereka menghentikannya semua amal soleh itu setelah selesai Ramadhan. Inilah yang menjadikan kita sentiasa kembali ke titik permulaan semula.

Ramadhan semestinya dijadikan garis permulaan yang mesti sentiasa diteruskan dengan tindakan selanjutnya dan ditingkatkan, bukan dianggap sebagai suatu musim ibadah seperti musim-musim yang lain, bersemangat ketika tiba dan berhenti ketika ramadhan berakhir.

Ramadhan adalah waktu terapi intensif untuk memperbaiki dan menjernihkan hati. Ibadah puasa, sahur, solat tarawih, berdoa, membaca Al-Quran, infak dan sedekah serta segenap ibadah yang diperintahkan dan disyariatkan didalamnya merupakan rangkaian program pembaikan diri dan masyarakat.

Saat-saat Ramadhan ini juga adalah waktu yang tepat untuk membuktikan kekuatan :

  1. Menahan keinginan dan perasaan.
  2. Kesetiaan dalam ucapan.
  3. Kebenaran dalam sikap.
  4. Ketabahan dalam melaksanakan komitmen yang sudah diputuskan.

Bila kita mampu meneruskan segala amal soleh yang telah dimulai pada bulan Ramadhan, maka selepas dari bulan Ramadhan, kita akan merasakan hidup baru iaitu hidup yang lebih menyegarkan namun jika kita kalah di bulan Ramadhan, maka bersedialah untuk kalah di bulan-bulan selepasnya.

Ya Allah, kurniakanlah kekuatan jiwa kepada kami supaya kami mampu jadikan Ramadhan sebagai medan permulaan kepada kami untuk kami laksanakan amal-amal soleh yang boleh menyegarkan kembali iman dan keyakinan kami kepadaMu sehingga ianya boleh merubah orientasi dan cara hidup kami ke arah yang lebih baik dan menyegarkan.

Ameen Ya Rabbal Alameen

Tahukah Kamu Kecantikan Itu Bagaimana?

Tidak cantik = rendah diri dan jarang disukai orang.

Cantik = Berkeyakinan , terkenal dan disukai banyak orang

Itulah sekelumit formula yang ada dalam fikiran wanita. Sebuah formula yang simple namun amat berbahaya. Dari manakah asal muasal formula ini? Mungkin dari media mahupun pandangan masyarakat yang telah diracuni bahawa, kecantikan hanya terbatas pada luaran sahaja. Yang cantik adalah yang berkulit putih, tinggi, hidung mancung, bibir merah dan sebagainya.

Akibatnya banyak kaum hawa yang ingin kelihatan cantik seperti yang digambarkan. Mereka tergoda untuk membeli kosmetik yang dapat mewujudkan mimpi-mimpi. Mereka lalai tentang syariat yang telah mengatur batasan-batasan untuk tampil cantik.

Mereka ingin kelihatan secantik model dan bintang filem. Perkataan cantik telah disalah erti sedemikian rupa oleh media, sehingga menukarkan hakikat cantik yang sebenarnya. Mereka sibuk mencalit bedak pada kulit tanpa peduli pada hati mereka yang kian gersang.

Tujuannya?

Jelas, untuk menambah deretan peminat dan agar lebih mudah mencari pasangan hidup. Alangkah naifnya. Fakta menunjukkan perkahwinan yang berjaya adalah bukan dari wanita yang cantik tetapi, dan kebanyakkan perkahwinan yang berakhir ditengah jalan adalah dari wanita – wanita yang cantik. Jadi, kaitan antara cantik dan kejayaan hidup!.

Orang yang berjaya dalam perkahwinan, walaupun tidak cantik tetapi keperibadiannya amat menyenangkan. Mereka tidak hanya fokus pada luaran sahaja tetapi mereka lebih peduli pada recovery iman yang nampak jelas dalam sikap dan prinsip hidup mereka, kukuh tidak goyah. Pun, jika ada yang berwajah elok, mereka menutupinya supaya kecantikannya tidak menjadi fitnah dan hanya dipersembahkan untuk suami sahaja

prinsip hidup mereka, bersyukur pada apa yang telah Allah berikan tanpa meminta lebih lagi. Ridha dengan bentuk tubuh dan wajah yang dianugerahkan Allah. Kerana inilah bentuk terbaik menurut-Nya, bukan menurut fikiran dangkal kita. Kalau kita boleh memilih, mempunyai wajah dan keperibadian yang cantik itu memang lebih baik, tetapi tidak semua orang dianugerahkan seperti itu. Itulah mahakeadilan Allah, ada kelebihan dan kekurangan pada diri setiap orang.

Dan satu perkara yang pasti, Tingkahlaku seseorang itu mencerminkan pemahaman mereka. Jika kita rajin menuntut ilmu agama, insyaallah gerak-geri kita sesuai dengan ilmu yang kita miliki. Begitu juga yang terjadi pada wanita-wanita yang terpaku pada kecantikan fizik semata – mata.

“Siapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, Allah akan fahamkan ia dalam agamanya”(Sahih, Muttafaqun ‘alaihi).

Hadist diatas dijelaskan oleh Syaikh Ibnu Baz bahwa ia menunjukkan keutamaan ilmu. Jika Allah menginginkan seorang hamba memperoleh kebaikan, Allah akan memahamkan agamaNya sehingga dia dapat mengetahui mana yang benar dan mana yang batil, mana petunjuk mana kesesatan. Dengannya pula dia dapat mengenal Rabbnya dengan nama dan sifat-sifatNya serta tahu keagungan hakNya.

Apalah gunanya cantik tetapi hati tidak tenteram. Cantik tetapi dilaknat oleh Allah dan rasulNya. Kecantikan fizikal tidak akan bertahan lama, ia hanya palsu sahaja.

Ada yang lebih cantik dihadapan Allah, Rabb semesta alam, iaitu kecantikan hati yang akan nampak pada mulianya akhlak. Banyakkan muhasabah, kenali apa-apa yang masih kurang dan lekas diperbaiki.

Faham Syari’at = CANTIK

Tidak Faham Syari’at = Tidak CANTIK sama sekali!

Bagaimana? setuju?

“Sesungguhnya Allah tidak melihat luaran kalian dan rupa kalian akan tetapi Allah melihat hati kalian” (HR.Muslim)

Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum

Kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga

Tidak sedikit lebah meninggalkan bunga yang harum kerana sedikitnya madu

Banyak lelaki tampan yang tertarik dan terpesona oleh wanita yang kurang cantik

Kerana memiliki hati yang cantik

Dan tidak sedikit pula wanita cantik ditinggalkan lelaki kerana keburukan hatinya

Karena kecantikan yang sejati bukanlah cantiknya wajah tetapi apa yang ada didalam dada

Maka percantiklah hatimu agar dicintai dan dirindukan semua orang.

siapakah yang patut menjadi suami anda

Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Bila datang seorang laki-laki yang kamu redhai agama dan akhlaknya, hendaknya kamu nikahkan dia. Kerana kalau engkau tidak mahu menikahkannya, nescaya akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang luas”. ~ (HR. Tirmidzi dan Ahmad)

.

Hadis diatas merupakan bimbingan bagi calon mertua dalam memilih menantu atau wanita dalam memilih suaminya iaitu dengan melihat agama dan akhlaknya.

.

Bagaimana caranya agar kita dapat mengetahui agama dan akhlak calon suami sebelum kita menjadi isterinya?

.

Islam memberikan tuntunan kepada kita, untuk menganalisa atau mengamati kehidupan calon suami kita.

Mungkin dengan mengamati sendiri atau dengan bantuan rakan-rakan..

Selanjutnya, kita juga dianjurkan untuk melakukan solat istikharah, iaitu solat untuk memohon kepada Allah agar ditunjukkan calon suami yang baik untuk kehidupan dunia dan akhirat kelak.

Seorang laki-laki pernah bertanya kepada Hasan bin ‘Ali:

“Saya punya seorang puteri. Siapakah yang patut menjadi suaminya menurut anda?”

Jawabnya:

“Seorang laki-laki yang bertaqwa kepada Allah. Sebab jika dia senang, dia akan sudi menghormatinya, dan jika dia sedang marah, dia tak suka berbuat zalim kepadanya”.

Titipan Buat Wanita

“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya..” [QS. An-Nur (24):31]

بسم الله الرحمن الرحيم

“Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki.”

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.

Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.

Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.

Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.

Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.

Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu.

Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.

Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.

Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.

Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.

Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.

Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.

Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.

Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.

Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.

Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..

Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian..

semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.

Antara 10 Pahala & 5 Dosa

Rasulullah SAW bersabda dalam satu hadisnya yang bermaksud: “Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat di sebelah kanan lebih berkuasa dari sebelah kiri.

Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan. Katanya, “Apakah yang harus aku catit?”

Kata malaikat di sebelah kanan, “Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan lima kesalahan. Malaikat yang di sebelah kiri bertanya lagi, “Kalau ia telah melakukan lima kesalahan,apa yang harus aku catitkan?”

Jawab malaikat kanan, “Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah SWT bahawa satu kebaikan akan mendapat sepuluh pahala. Oleh itu, hapuskanlah lima kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan padanya lima pahala lagi.”

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, “Jika begini, sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam?”.

Demikianlah Rahmat Allah SWT pada hamba-Nya, kasih sayang-Nya mlimpah ruah tiada terbatas. Hanya hamba-Nya sahaja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.

Allah Mengajarkan Cinta

Pernahkah hatimu merasakan kekuatan mencintai

Kamu tersenyum meski hatimu terluka karena yakin ia milikmu,

Kamu menangis kala bahagia bersama karena yakin ia cintamu

Cinta melukis bahagia, sedih, sakit hati, cemburu, berduka

Dan hatimu tetap diwarnai mencintai, itulah dalamnya cinta

Pernahkah cinta memerahkan hati membutakan mata

Kepekatannya menutup mata hatimu memabukkanmu sesaat di nirwana

Dan kau tak bisa beralih dipeluk merdunya nyanyian bahagia semu

Padahal sesungguhnya hanya kehampaan yang mengisi sisi gelap hatimu

Itulah cinta karena manusia yang dibutakan nafsunya

Cinta adalah pesan agung Allah pada umat manusia

DitulisNya ketika mencipta makhluk-makhlukNYA di atas Arsy

Cinta dengan ketulusan hati mengalahkan amarah

Menuju kepatuhan pengabdian kepada Allah dan Rasulnya

Dan saat pena cinta Allah mewarnai melukis hatimu,

satu jam bersama serasa satu menit saja

Ketika engkau memiliki cinta yang diajarkan Allah

Kekasih menjadi lentera hati menerangi jalan menuju Illahi

Membawa ketundukan tulus pengabdian kepada Allah dan RasulNya

Namun saat cinta di hatimu dikendalikan dorongan nafsu manusia

Alirannya memekatkan darahmu membutakan mata hati dari kebenaran

Saat kamu merasakan agungnya cinta yang diajarkan Allah

Kekasih menjadi pembuktian pengabdian cinta tulusmu

Memelukmu dalam ibadah menuju samudra kekal kehidupan tanpa batas

Menjadi media amaliyah dan ketundukan tulus pengabdian kepada Allah

Itulah cinta yang melukis hati mewarnai kebahagiaan hakiki

Agungnya kepatuhan cinta Allah bisa ditemukan dikehidupan alam semesta

Seperti thawafnya gugusan bintang, bulan, bumi dan matahari pada sumbunya

Tak sedetikpun bergeser dari porosnya, keharmonisan berujung pada keabadian

Keharmonisan pada keabadian melalui kekasih yang mencintai

Karena Allah adalah kekasih Zat yang abadi

Cintailah kekasihmu setulusnya maka Allah akan mencintaimu

Karena Allah mengajarkan cinta tulus dan agung

Cinta yang mengalahkan Amarah menebarkan keharmonisan

Seperti ikhlas dan tulusnya cinta Rasul mengabdi pada Illahi

Itulah cinta tertinggi menuju kebahagiaan hakiki

Karya : Eko Jalu Santoso, Cibubur

Cinta bukan sebuah noktah

Cinta adalah sesuatu yang indah dan unik anugerah dari Ilahi. Kita diberi peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yang diberi dengan sebaik-baiknya untuk melahirkan satu larian cinta yang indah. Seindah waktu ia diciptakan.

Cinta itu tiada noktah. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.

Manusia kadang kala lupa, cinta adalah syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan. Malah, tanpa cinta, perkahwinan itu akan mati, ibarat rumah kosong tanpa penghuni.

Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita.

Cinta..

Jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yang lain. Dan jika anda tidak memilikinya,apa pun yang lain yang anda miliki tidak banyak bererti.

Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.

Cinta antara dua jiwa telah dikatakan boleh membakarkan semangat seseorang itu untuk memeliharakan akhlak yang mulia, memperbaiki pergaulan antara manusia dan menjaga adab dan keperibadiaan.

Selain daripada itu, ia juga dipercayai dapat menghilangkan kekhuatiran dan ketakutan dalam hati, menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita. Tetapi, cinta juga merupakan ujian, godaan dan cubaan kepada manusia kerana ia merupakan pertarungan dan pertimbangan di antara akal dan rasa.

Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta,mengapa cinta itu semakin sukar utk dimiliki? Cinta umpama kota kristal, indah di penglihatan, derita di perasaan

Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama.

Jika Kamu Mencintai Seseorang

Jika engkau mencintai seseorang

Maka ingatlah kepada Yang Maha Menciptakan kekasihmu,

Ialah Allah SWT

Jika engkau mencintai seseorang,

Maka ingatlah kepada Yang Maha menggenggam hati kekasihmu,

Ialah Allah SWT

Jika engkau mencintai seseorang,

Maka ingatlah Kepada Yang Maha menguasai kekasihmu,

Ialah Allah SWT.

Dan Jika engkau mencintai seseorang ,

Maka ingatlah kepada Yang Maha menanamkan rasa cinta dalam hatimu itu,

Ialah Allah SWT

Kerana jika Engkau mencintai seseorang,

Dan hanya kepada Allah SWT ingatanmu tertuju,

Ertinya engkau telah memahami makna cinta dan menjauhi syahwat

Sudahkah kita mencintai seseorang dengan cara seperti ini?

- Annisa Mutiara Hati

Berani Mencintai, Berani Menikah

Jika Anda Berani Mencintai, Anda Juga Harus Berani Menikahi..”

♥ Sedar atau tidak, selama ini kita mudah untuk saling mencintai.. Namun kita sendiri tak berani untuk mengambil langkah yang pasti kan?

♥ Berbeza dengan sepasang kasut yang hanya mempunyai aspek dari segi kiri dan kanan, berkahwin merupakan penyatuan dua manusia, lelaki dan wanita. Dari segi anatomi sahaja sudah tidak sebangun, apatah lagi urusan jiwa dan hatinya. Keserasian, minat dan latar belakang keluarga bukanlah jaminan segalanya akan lancar..

♥ Kalau kita berani mencintai, sesungguhnya kita sedang belajar untuk bertindak dewasa. Mengapa? Kerana berkahwin adalah proses pendewasaan. Dan untuk memasukinya, diperlukan calon yang kuat dan berani. Berani menghadapi masalah yang akan terjadi dan mempunyai kekuatan untuk mencari jalan keluarnya.

♥ Kedengaran indah, tetapi kenyataannya? Haruslah ada ‘komunikasi dua arah’, ‘ada kerelaan mendengar kritikan’, ‘ada keikhlasan meminta maaf’, ‘ada ketulusan melupakan kesalahan‘ dan ‘keberanian untuk mengemukakan pendapat’.

♥ Sekali lagi, apakah sudah selesai sampai disini sahaja dalam hal cinta-mencintai kemudian putus di tengah jalan begitu sahaja? Tidak, jangan buat begitu..

♥ Ketika kita memutuskan untuk mencintai, kita harus bersiap-sedia memasuki pintu gerbang cinta yang sebenarnya. Ya, gerbang itu bernama PERNIKAHAN. Pernikahan bukanlah upacara memakai gaun pengantin ala ‘cinderella’, apatah lagi rangkaian kenderaan tetamu jemputan yang mensesakkan jalan.

♥ BERKAHWIN adalah satu sikap dan tindakan yang berani untuk memutuskan berlabuhnya cinta, ketika ribuan kapal pesiaran yang gemerlap memanggil-manggil..

♥ BERKAHWIN adalah proses penggabungan dua orang berkepala batu dalam satu ruangan, dimana mereka akan diuji sejauh mana pembuktian cinta mereka yang sebenarnya.

♥ Kerana MENIKAH adalah proses pengenalan diri sendiri mahupun pasangan kita. Tanpa mengenali diri sendiri, bagaimana kita boleh memahami orang lain? Tanpa boleh memerhatikan diri sendiri, bagaimana kita boleh memerhatikan pasangan hidup?

♥ Kerana PERKAHWINAN sangat memerlukan keberanian tinggi, toleransi sedalam samudera, serta jiwa besar untuk ‘menerima’ apa yang ada dan apa adanya.

♥•♥ Jika Anda Berani Mencintai ♥•♥

♥•♥ Anda Harus Berani Menikahi ♥•♥

♥•♥ Khususnya Kepada Kaum Lelaki ♥•♥

♥•♥ Jangan Hanya Pandai Menabur Janji ♥•♥

♥•♥ Di Sana dan Sini Banyak Terluka ♥•♥

♥•♥ Akhirnya Memupuk Rasa Sakit Hati ♥•♥

Ku Pinang Dirimu Dengan Al-Quran betul tapi sekarang hmm mcm nak jual anak alahaii dunia duniaaaa :S

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ السَّاعِدِيِّ يَقُولُ: إِنِّي لَفِي الْقَوْمِ عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صلى الله عليه وسلم إِذْ قَامَتِ امْرَأَةٌ فَقَالَتْ: يَا رَسُولَ اللهِ، إِنَّهَا قَدْ وَهَبَتْ نَفْسَهَا لَكَ فَرَ فِيهَا رَأْيَكَ. فَلَمْ يُجِبْهَا شَيْئًا، ثُمَّ قَامَتْ فَقَالَتْ: يَا رَسُولَ اللهِ، إِنَّهَا قَدْ وَهَبَتْ نَفْسَهَا لَكَ فَرَ فِيهَا رَأْيَكَ. فَلَمْ يُجِبْهَا شَيْئًا ثُمَّ قَامَتِ الثَّالِثَةَ فَقَالَتْ: إِنَّهَا قَدْ وَهَبَتْ نَفْسَهَا لَكَ فَرَ فِيهَا رَأْيَكَ، فَقَامَ رَجُلٌ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ، أَنْكِحْنِيهَا. قَالَ: هَلْ عِنْدَكَ مِنْ شَيْءٍ؟ قَالَ: لاَ. قَالَ: اذْهَبْ فَاطْلُبْ وَلَوْ خَاتَمًا مِنْ حَدِيدٍ. فَذَهَبَ فَطَلَبَ ثُمَّ جَاءَ فَقَالَ: مَا وَجَدْتُ شَيْئًا وَلاَ خَاتَمًا مِنْ حَدِيدٍ. فَقَالَ: هَلْ مَعَكَ مِنَ الْقُرْآنِ شَيْءٌ؟ قَالَ: مَعِي سُورَةُ كَذَا وَسُورَةُ كَذَا. قَالَ: اذْهَبْ فَقَدْ أَنْكَحْتُكَهَا بِمَا مَعَكَ مِنَ الْقُرْآنِ

Dari Sahl bin Sa’id As-Sai’di, ia berkata: Sesungguhnya aku berada pada suatu kaum di sisi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tiba-tiba berdirilah seorang wanita seraya berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya dia telah menghibahkan dirinya untukmu, perhatikanlah dia, bagaimana menurutmu.”Beliau pun diam dan tidak menjawab sesuatupun.

Kemudian berdirilah wanita itu dan berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya dia telah menghibahkan dirinya untukmu, perhatikanlah dia, bagaimana menurutmu.” Beliaupun diam dan tidak menjawab sesuatupun. Kemudian ia pun berdiri untuk yang ketiga kalinya dan berkata: “Sesungguhnya ia telah menghibahkan dirinya untukmu, perhatikan dia, bagaimana menurutmu.”

Kemudian berdirilah seorang laki-laki dan berkata: “Ya Rasulullah, nikahkanlah saya dengannya.” Beliaupun menjawab: “Apakah kamu memiliki sesuatu?” Ia berkata: “Tidak.” Kemudian beliaupun berkata: “Pergilah dan carilah (mahar) walaupun cincin dari besi.”

Kemudian iapun mencarinya dan datang kembali kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam sambil berkata: “Saya tidak mendapatkan sesuatupun walaupun cincin dari besi.” Maka Rasulullah bersabda: “Apakah ada bersamamu (hafalan) dari Al-Qur`an?” Ia berkata: “Ada, saya hafal surat ini dan itu.” Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Pergilah, telah aku nikahkan engkau dengan dia dengan mahar berupa Al-Qur`an yang ada padamu.”

Beginilah Hawa Di Mata Saidina Umar

Pada pandangan Saidina Umar Al-Khatab. Wanita sebenarnya ada 3 jenis:-

Pertama:

Wanita yang lemah lembut, iffah (menjaga kesuciannya), muslimah, penyayang dan selalu membantu suami. Jarang kita boleh mendapatkan wanita seperti ini.

Kedua:

Wanita yang hanya menjadi tempat mengandung anak, tidak lebih daripada itu.

Dan yang ketiga:

Wanita yang seperti dibelenggu. Sesungguhnya Allah kalungkan kepada orang yang Dia kehendaki dan mencabutnya jika Dia mengkehendakinya. Tiada apa-apa kelebihan sebagai wanita.

Jadi.. Di mana anda? Adakah anda hanya wanita yang menjadi tempat mengandung semata-mata atau lebih dari itu? Renung-renungkanlah

Al-Quran Mahakarya Cinta

Mencintai Al-Quran merupakan satu nikmat yang tidak akan dirasakan oleh orang yang belum pernah merasakannya. Jika hati telah jatuh cinta, ia akan merasakan nikmat bersamanya. Sebaliknya, apabila seseorang itu belum ada cinta di hatinya, maka hati akan sukar menerima Al-Quran, terasa berat untuk tunduk kepada ajarannya.

Dalam Al-Quran Allah S.W.T berfirman:

Sesungguhnya telah datang kepada kau cahaya kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata kebenarannya dengan itu Allah menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan denganya Tuhan keluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang dengan izinNya dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang betul dan harus.

(Surah Al-Maidah: 14 &15)

Kita dikehendaki membaca, mendalami dan menghayati isi kandungan Al-Quran kerana ia diturunkan bukan untuk dijadikan perhiasan sahaja, dengan itu kita mendapat faedah yang besar bukan sahaja pahala da keredhaan Allah tetapi juga kegunaan lain dalam kehidupan sehari-hari.

Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa’at kepada pembacanya”.

( Hadith Riwayat Muslim )

Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda :

“Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah A-li ‘Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya”.

( Hadith Riwayat Muslim )

Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda :

“Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya kepada orang lain”.

Keberkatan Nuzul Quran diraih dengan memperbanyakkan amalan membaca al-Quran.Semoga Ramadhan kali ini dapat kita khatam Mahakarya Cinta Teragung - Al-Quran Al-Karim.

Mengapa Wanita Islam Perlu Bertudung?

1) Tuntutan agama Islam yang suci.

- Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka diseksa dengan teruk dalam keadaan itu?

Rasulullah menjawab, “Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya.

Respons Pakar Cinta: Pakar Cinta banyak melihat wanita islam yang tidak menutup aurat sekarang? Jadi inilah balasan sebenarnya.

2) Mengurangkan dosa daripada terus dimurkai ALLAH

-Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? Dan tahukah berapa ribu lelaki yang akan anda temui hampir siap hari.

Respons Pakar Cinta: Banyak pemimpin-pemimpin yang tidak menutup aurat akan menerima balasan dosa dan azab yang pedih.

3) Lebih cerdik,selesa dan sihat

-Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.Pemakaian tudung juga akan mengelakkan kepala dihinggap oleh serangga-serangga yang akan merosakkan rambut dan kepala.

4) Tidak membazir

- Tak perlu lagi ke kedai rambut atau salun untuk mencantikkan rambut dan membuang masa dengan meluruskan rambut dan mewarnakan rambut serta tidak membazir wang!

5) Lebih sopan dan manis

-Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi korang yang paling penting pilih wanita yang bertudung dahulu )

Respons Pakar Cinta: Pihak kami di sini akan melihat wanita yang bertudung dahulu dengan betul untuk dijadikan calon isteri. Insyaallah..

6) Rambut lebih tahan lama dan sihat

-Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan dan menggalakkan keguguran rambut. Walaupun anda memakai pelbagai bahan kosmetik pelindung, hakikatnya bahan itu mengandungi bahan kimia yang berbahaya untuk rambut!

7) Menjadikan diri anda “Mahal”

- Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal manis yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal-epal lain.

8 ) Lebih dihormati dan dihargai

- Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi

9.) Lebih disayangi oleh ALLAH

- Wanita yang bertudung dengan cara yang betul serta melaksanakan perintah ALLAH akan terus dilindungi oleh ALLAH sehingga akhirat.

10.) Calon Isteri

- Kebanyakan statisitik yang diambil di Asia Tenggara. Ramai lelaki yang menjadikan wanita islam yang bertudung sebagai pilihan utama mereka sebagai isteri. Jadi jom pikat wanita yang bertudung dan jadikan ia sebagai wanita yang solehah ye. Insyaallah..

Tawakal Dan redha Dalam Cinta

Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita?

Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih.

Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…

Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…

Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, janganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia.

Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…

Penting untuk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita tapi.. yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…

mengapa cinta Allah

Cintaku hanyalah padamu,

Sejak dari pertamaku memandangmu,

Cintaku tak pernah hilang, dan sentiasa terus membunga dalam diri ini.

Aku tahu kadang-kadang cintaku diragui….

Aku fahami itu, namun cintaku hanya untuk padamu

Dalam jiwa ini hanya cintaku padamu,khas hanya untukmu

Walaupun nafasku ini akan terhenti kelak pasti cintaku hanya untukmu..

Demi kerana Cintaku padamu setiap waktu yang ada akan aku luangkan untukmu, kerna Dikau Maha suci Allah, Maha mengawasi, Maha Melihat lagi Maha Mendengar, Maha Mulia lagi Maha Bijaksana,



Walau dimana saja aku berada aku tahu Dikau memerhatikan aku,
Kerana Dikau senantiasa memerhatikan makhlukmu, dan Dikau Maha Pemberi kurniaan Rahmatmu pada siapa saja yang Dikau mahu, kerna dikau Maha Pemurah dan Maha Memenuhi segala keperluan makhlukmu



Keranamu Ya Rabb, cukuplah bagiku hanya adanya MU Ya Allah. Aku memperhambakan diriku hanya untukmu Ya Allah, ya Rahman ya Rahim.

Amin.. Insyallah..

jatuh Cinta Kerana Allah Atau Nafsu

Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta.

.

Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta.

.

Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?

.

Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.

Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu. Termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.

Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan.

Begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.

Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta. Dari surat menyurat, telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan..

Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.

Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami

Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.

Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan. Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik.

Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa. Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang padanya.

Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul datang rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci. Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami.

Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tengah membara. Maka doktor yang menulis pun dituduh merendahkan wanita, jangan marah tau. Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia lagi.

Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.

Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan Tuhannya.

Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi.

Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah kenal atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup susah-susahkan dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.

Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka akan mendapat perlindungan ‘arasy Allah di padang mahsyar nanti, hari di amana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari

kepala.

Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami, berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu. Sama ada waktu suami tunjukkan sayang atau masa suami marah-marah.

Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi, cinta isteri pada suami tidak belah bagi. salah satu contohnya penderitaan mengundang bahagia. Kerana cintanya pada suami datangnya dari Allah hasil dari ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin putting beliung melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan cintanya yang utuh dan teguh.

Begitu juga suami, cinta pada isteri tidak kira isteri itu muda atau tua. Samada pada hatinya. Selagi isteri taat pada Allah, isteri tetap dikasihinya. Kalau dia ada empat isteri, tentulah isteri-isteri akan tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling cinta?

Kalau cinta itu bersumber dari Allah, tentu isteri yang paling taqwalah yang paling layak dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri lain. Sebagaimana Rasulullah lebih mencintai Aisyah kerana taqwa Aisyah lebih tinggi dari istei-isteri lain. Rasulullah saw akui sendiri hanya bersama Aisyah saja, dalam satu selimut baginda pernah diberi wahyu. Tapi tidak pernah berlaku semasa baginda satu selimut dengan isteri-isteri yang lain.

Sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta pada makhluk maka cinta Allah dimenangkan. Misalnya seorang isteri yang cinta suaminya.

Tiba-tiba suami larang isteri melakukan ketaatan pada Allah dalam hal tutup aurat, walhal tutup aurat itu Allah tuntut. Maka kecintaan pada Allah itu akan mendorongnya untuk laksanakan perintah-Nya walaupun suami tidak suka ataupun terpaksa kehilangan suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada Allah. Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta pada Allah hanya pura-pura, cintanya bukan lagi bersumberkan Allah tapi datang dari nafsu.

Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya.

Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.

Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf.

Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya.

Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya.

Terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zilaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.

Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah. Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.

Cinta pada Allah akan lahir bagi orang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya, tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah.

Ibu bapa, suami, isteri, sahabat handai dan siapa saja yang mengasihi dan mencintai kita, hakikatnya itu semuanya datang dari Allah. Kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas Allah pada kita. Sehingga Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta pada kita. Walhal Allah boleh bila-bila masa menarik balik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau Allah mahu.

Allah yang menciptakan kita makhluk-Nya, kemudian diberinya kita berbagai-bagai nikmat seperti sihat, gembira, dan macam-macam lagi. Samada masa kita ingat pada-Nya ataupun masa kita lalai, tetap diberi-Nya nikmat-nikmat itu. Begitulah, kebaikan Allah pada kita terlalu banyak sebagaimana firman-Nya: yang bermaksud:

“Kalau kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tak terhitung.”

Besar sungguh jasa Allah dari menciptakan, menghidupkan dan memberi rezeki, suami, isteri, rumah dan macam-macam lagi yang dengannya kita boleh lalui kehidupan dengan aman bahagia. Alangkah biadapnya kita kalau segala pemberian Allah itu kita ambil tapi lupa untuk ucapkan terima kasih, lupa pada yang memberi. Walhal, Allah boleh saja menyusah dan menyenangkan kita dengan kehendaknya.

Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada Allah. malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari Allah. Cintanya tertumpu pada Allah, dan penyerahan diri pada Allah sungguh-sungguh. Setiap saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan untuk berbisik-bisik dengan kekasihnya.

Sehingga kerana terlalu mendalam cinta pada Tuhan ada hamba Allah yang berkata, “Wahai Tuhan, aku mencintai Engkau bukan kerana takutkan neraka-Mu. tapi kerana Zat-Mu, ya Allah. Aku rela masuk neraka kalau itulah kemahuan-Mu.”

Itulah rintihan hati seorang wali perempuan Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya dengan Allah. Dia menyatakan dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati. Bila cinta Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu.

Ada orang mangatakan: “Jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya . tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan- Nya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat.”

Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita pada Allah swt yang patut kita letakkan.

di mana jejaka romantik?

Ya Allah! Romantiknya suami dia! Dah beranak 5 tapi masih berjalan memimpin tangan isteri dia. Tambah lagi minggu lepas saya ada nampak mereka ‘dating’ kat tepi pantai berdua-duaan. So sweet, kalau lah dapat suami macam tu..”

ROMANTIK MEMANG TERUJA

Apabila hari kekasih ataupun besday si dia makin tiba, bermain persoalan di minda, hadiah buat si dia? Dimana hendak bertemu dengannya? Suasana romantik yang menghangatkan cinta? Nak pakai baju apa?Haruman?

Si gadis rasa terharu, makin bertambah kasih kepada si jejaka. Baju couple, gelang ikatan, tali handset, cincin sepasang, menunjukkan diri mereka sehati sejiwa.

“Tiada wanita sehebatmu di dunia, mampu menggetarkan jiwa tatkala terpandang wajah, kekal cinta berkasih di hari membahagiakan. Dirimulah lelaki idaman wanita, setiap detik bersama memancarkan sinar bahagia, terima kasih wahai cinta. Sungguh..aku mendambakan cintamu. Ikhlas dari hatiku.”

Sweetnya, namun romantik itu hanya sia-sia, tanpa tujuan yang nyata. Hanya mengisi hati yang kosong dan sepi. TIdak pernah puas menagih kasih dan rindu. Cinta oh cinta!

Sifat romantik sememangnya menjadi kegilaan dan mengkhayalkan sesiapa. Membuatkan hati seseorang cair dan mudah terpikat. Kadang-kadang senyuman atau jelingan matanya sudah cukup menjadi igauan mimpi. Bak kata orang-orang tua tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah tapi paling menakutkan sembahyang tak khusyuk!

Panahan mata si dia adalah panahan dari syaitan yang terus menerus menggoda anak Nabi Adam untuk turut sama berpimpinan tangan, menemani dia di Neraka jahannam (naudzubillah).

ANUGERAH KEHIDUPAN

Tataplah hidup ini dengan penuh cinta dan harapan…

Hidup adalah anugerah Allah kepada makhlukNya. Justeru, terimalah hadiah dari yang Maha Esa, ambillah dengan senang dan bangga. Hadiah Allah ini lebih bernilai daripada hadiah si dia, membuktikan betapa romantiknya, hangatnya cinta Allah sepanjang masa.

Allah tidak memberi hadiahnya pada masa tertentu, malah sepanjang masa.

Cinta Allah tidak pernah berhenti, mengajuk, sakit hati atau sekejap cuma.

Dia sentiasa dekat dengan hambaNya walaupun hambaNya tidak mahu menyembah dan mengesakan Allah

Hamba sedemikian tetap merasai kehadiran Allah dengan nikmat yang berada di sekeliling. Kerana sifat Allah ar-Rahman ar-Rahim. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sifat Maha Pemurah Allah, maknanya Dia memberi rezeki dan nyawa kepada semua hambaNya sama ada yang beriman atau tidak, Melayu atau Cina, jahat atau baik, gila atau tidak. Manakala Sifat Maha Pengasih Allah hanyalah dikhususkan untuk hamba yang beriman.

Lihatlah betapa baiknya Allah. Betapa romantiknya Allah!

MENIKMATI KEHANGATAN ROMANTIKNYA ALLAH

Sambutlah waktu pagi yang cerah dengan senyum yang indah. Sambutlah malam yang tenang dan sunyi. Sambutlah siang yang bercahaya dan bersinar. Minumlah air yang jernih sambil memuji dan bersyukur. Hisaplah harum bunga dengan bertasbih. Dan renungkanlah alam raya sambil mengambil pengajaran yang berharga darinya.

Nikmatilah anugerah apa sahaja yang ada di bumi, di kelopak mawar, di panasnya matahari dan lain-lain. Jadikan anugerah itu sebagai penyokong untuk taat, bersyukur dan memuji Allah.

Namun, di sebalik itu Allah berpesan berhati-hatilah, janganlah sampai kita diliputi oleh kedukaan, kebingungan dan keadaan yang tidak menentu kerana nikmat-nikmat ini, sehingga kita menjadi orang yang keras kepala dan bongkak.

Ketahuilah bahawa Allah tidak menciptakan nikmat-nikmat ini kecuali dijadikan sebagai cara untuk menyembahNya, merasai kehadiranNya, bercinta denganNya.

SEMOGA ADA SINAR KEBAHAGIAAN

“Ya Allah..

kurniakanlah kebaikan bagiku dalam beragama, yang merupakan kunci kehormatan bagiku.

Kurniakanlah kebaikan bagiku di dunia yang merupakan tempat aku menjalani hidup. Kurniakanlah kebaikan akhirat bagiku yang merupakan tempat aku kembali.

Jadikan kehidupanku senantiasa lebih baik. Jadikan kematian sebagai kebebasan aku dari segala keburukan..

Ya Allah..

Jadikan umur terbaikku di penghujungnya,

Jadikan amal terbaikku di penutupnya

dan jadikan hari-hari terbaik ku saat bertemu dengan Mu..

Amin