Monday, August 24, 2009

Kekuatan Sedekah‏

> Assalamualaikum,
>
> Sebagai renungan bersama mudah-mudahan kita semua mendapat Rahmat dan di
> Restui...
>
> Amin.....
>
> Pahala sedekah dibahagikan kepada empat jenis :
>
> Pertama sedekah yang mendapat pahala sepuluh
> Kedua, sedekah yang mendapat pahala tujuh puluh
> Ketiga, sedekah yang mendapat pahala tujuh ratus
> Keempat, sedekah yang memperolehi pahala tujuh ribu
>
> Sedekah pertama yang mendapat sepuluh pahala ialah pemberian makan kepada
> fakir miskin
> Sedekah kedua yang mendapatkan pehala sampai tujuh puluh adalah sedekah yang
> diberikan kepada keluarga terdekat.
> Sedekah ketiga yang mendapat pahala tujuh ratus ialah sedekah yang diberikan
> kepada kawan-kawan dan sahabat
> Sedekah keempat sampai mendapat pahala tujuh ribu ialah sedekah yang diberikan
> kepada orang yang mencari ilmu.
>
> Rasulullah s.a.w. bersabda :
>
> 'Barangsiapa yang mempunyai harta maka bersedekahlah dengan kekayaannya, dan
> barangsiapa yang mempunyai ilmu maka bersedekahlah dengan ilmunya dan
> baangsiapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya.'
>
> Rasulullah s.a.w. pula bersabda :
>
> *'Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh pintu kejahatan'*.
>
>
> *Kekuatan Sedekah *
>
>
> Diceritakan dalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad,
> seperti berikut :
>
> Tatkala Allah Ta'ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu
> Allah menciptakan
> gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun
> terdiam. Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut.
> Kemudian mereka
> bertanya 'Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat
> daripada gunung ?'
>
> Allah menjawab, 'Ada, iaitu besi' (kita mafhum bahawa gunung batupun boleh
> menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya
> yang dibuat dari besi),
>
> Para malaikat bertanya lagi 'Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu
> yang lebih kuat daripada besi ?'
>
> Allah yang Maha Suci menjawab, 'Ada, iaitu api' (besi walau sekeras manapun
> boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api),
>
> Para malaikat kembali bertanya 'Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu
> yang lebih kuat daripada api ?'
>
> Allah yang Maha Agung menjawab, 'Ada, iaitu air' (api membara sedahsyat apapun
> niscaya akan padam jika disiram air),
>
> Para malaikatpun bertanya kembali 'Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu
> yang lebih kuat daripada air ?'
>
> Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, 'Ada, iaitu angin' (air
> disamudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan
> menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan
> angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat),
>
> Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi 'Ya Allah, adakah sesuatu
> dalam penciptaan-Mu
> yang lebih dahsyat dari itu semua ?'
>
> Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, 'Ada, iaitu
> amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara
> tangan kirinya tidak mengetahuinya '.
>
> Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah
> orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah
> yang dilakukannya bersih , tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk
> ataupun supaya diketahui orang lain. Berkaitan dengan ikhlas ini,
> RasulAllah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah
> pada waktu hijrah dari Makkah : 'Wahai segenap manusia ! Sesungguhnya amal
> itu tergantung kepada niat , dan
> seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya'.
>
> Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat
> yang ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji, dianggap
> dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.
>
> Ganjaran bersedekah
>
> RasulAllah Shollallahu Alaihi Wa Sallam menganjurkan kepada kita umatnya untuk
> memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan
> kepada kita menjadi bertambah berkah. Allah memberikan jaminan kemudahan
> bagi orang yang berdekah, ganjaran yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai
> ganti, sebagaimana firman-Nya dan sabda RasuluAllah SAW, sbb :
>
> Allah Ta'ala berfirman, 'Adapun orang yang memberikan (hartanya dijalan
> Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka
> Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah' .{Qs. Al Lail (92) :
> 5-8}
>
> Allah Ta'ala berfirman, 'Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh )
> orang-orang
> yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih
> yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah
> melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha
> luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui'. {Qs. Al Baqarah (2) : 261}
>
> RasulAllah SAW bersabda, 'Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua
> malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, 'Ya Tuhan,
> karuniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah '.
> Yang satu lagi menyeru ' musnahkanlah orang yang menahan hartanya '.
> Tolak Bala dengan Sedekah
> Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak
> bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda RasulAllah
> SAW , sbb :
> ' Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului
> sedekah ' .'Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah '. 'Ubatilah penyakitmu
> dengan sedekah '. Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami
> perihal anjuran bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat
> susah untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi,
> sebagai contoh kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang
> kita temui ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka
> (pengemis/peminta tsb) menjadikan
> meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dll. Padahal sesungguhnya
> prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang
> tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah), sebaiknya mulai saat ini
> hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian kerana seharusnya
> sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan
> rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu bersedekah,
> Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang kita
> beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan
> kita, kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah
> yang bertakwa. Pengemis/peminta/fakir miskin lainnya adalah ladang amal bagi
> orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkan andaikata tidak ada lagi
> orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah) ???
>
> Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberian
> sedekah Atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah
> (kepada pengemis/peminta/fakir miskin) dengan berbagai alasan dan
> pertimbangan maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang
> sebelum sholat Jum'at dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia
> dan biasakan dengan memberi sejumlah minima setiap Jum'at, misalnya Jum'at ini
> kita menyumbang $5 kekotak amal tersebut maka sebaiknya Jum'at berikutnya
> harus dengan jumlah yang sama, syukur jika boleh diberi lebih dan yang
> terpentingnya harus diiringi dengan keikhlasan. Sedekah anda, walaupun kecil
> tetapi amat berharga disisi Allah Azza Wa Jalla.
>
> Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya
> akan rugi didunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi,
> sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab
> menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya
> menahannya adalah celaka. Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah
> diibaratkan orang yang melabur (invest) dan menabung disisi Allah dengan
> jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya
> berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka
> kehilangan sesuatu. Sedekah yg pahalanya terus mengalir
> Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda:
> 'Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus , kecuali tiga
> hal : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo'akannya'
> (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad). Berikut contoh konkrit, sadaqah (amal)
> jariah, yang pahalanya terus mengalir walaupun si pemberi sadaqah telah
> wafat :
>
> SADAQAH JARIAH - KEBAIKAN YANG TAK BERAKHIR
> AL SADAQAT AL JARIYAH -THE ACTIONS WHICH OUTLIVES YOU !
>
> 1. Berikan Al-Quran pada seseorang, setiap saat Al-Quran tersebut dibaca,
> anda mendapatkan kebaikan.
> Give Quran to someone and each time they read from it, you will gain
> hasanaat.
> 2. Ajarkan seseorang sebuah do'a . Pada setiap bacaan do'a itu, anda
> mendapatkan
> kebaikan.
> Teach someone to recite a dua. With each recitation, you will gain
> hasanaat.
>
> 3. Sumbangkan kerusi roda ke Hospital dan setiap orang sakit menggunakannya,
> anda mendapatkan kebaikan.
> Donate a wheel chair to a hospital and each time a sick person uses it, you
> will gain hasanaat.
>
> 4. Tanam sebuah pohon . Setiap seseorang atau hewan berlindung dibawahnya
> atau makan buahnya, anda dapat kebaikan.
> Plant a tree. Each time any person or an animal sits under its
> shade or eats
> from the tree, you will gain hasanaat.
>
> 5. Tempatkan pendingin air di tempat awam .
> Place a water cooler in a public place.
>
> 6. Edarkan bacaan yang membangun dengan seseorang.
> Share constructive reading material with someone.
>
> 7. Libatkan diri dalam pembangunan masjid .
> Participate in the building of a mosque.
>
> 8. Edarkan CD Quran atau Do'a .
> Share a dua or Quran CD.
>
> 9. Bantulah pendidikan seorang anak .
> Help in educating a child.
>
> 10. Edarkan pengetahuan ini dengan orang lain . Jika seseorang menjalankan
> salah satu dari hal diatas, Anda dapat kebaikan sampai hari Qiamat.
> Share this with someone. If one person applies any of the above you
> will receive your hasanaat until the Day of Judgment.
>
> Jadilah dai 'sejuta artikel' dengan meneruskan artikel ini kepada
> saudara-saudara
> kita sesama muslim yang barangkali belum mengetahuinya, sehingga kita tidak
> dilaknat Allah dan seluruh mahluk kerana tidak menyampaikan (menyembunyikan)
> apa yang telah kita ketahui, sebagaimana dinyatakan dalam Al-Quran surah
> Al-Baqarah Ayat 159 :
> 'Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan
> dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya
> kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan
> dilaknat oleh sekalian makhluk '.
> Dari Abdullah bin 'Amru ra, RasulAllah S.A.W bersabda: ' Sampaikanlah pesanku
> walaupun hanya satu ayat'.
> Semoga Allah Ta'ala membalas 'amal Ibadah kita.
>
> Jangan lupa senyuman itupun juga sedekah, walaupun cabaran dan dugaan banyak
> ketika kita berpuasa
>
> Wassalam

No comments: