cinta itu buta?
memang cinta itu tidak bermata,
tapi tidak pula buta,kerana kitalah mata itu
mata yg letaknya d hati,hati yg seharusnya berjalankan pertunjuknya
bukannya yg d suluh dari cahaya duniawi
seharusnya janganlah biar ia dikaburi nafsu,kelak ketajaman mata itu kian
hilang bisanya lalu terus tumpul.
Asahlah ia dengan zikrullah
siramilah ia dengan basah lidah surakan selawat buat rasullah
suburilah ia dengan muhasabah
kerana d katakan cinta itu buta
kerana bila tidurnya tidak lena
mandinya tidak basah
makannya tidak kenyang
hilang tumpuan sibuk & asyik terkenangkan org tersyg
ingatn persis layang2 terbang d awan terapung bersama angan2
bila nasihat org tua d katakan penghalang,
bila yg haram menjadi halal
berjalan beriringan sambil berpegang tangan
naik motor berpelukan takut tercicir d jalanan
lama2 kelamaan kesucian menjadi korban
kononnya sebagai tanda cinta sejati tidak berbelah bahagi.
yang paling diendahkan..
bilamana tanggungjawab sebagai hambanya mula d abaikan
bilamana kitabNya sudah tidak betah ditangan
..dek kerana mata hati yg mula kabur terjerumus d dalam cinta dunia
Ya allah,jangan kiranya hati itu milikku,
ya allah,jangan juga kiranya anak itu adalah aku,
ya allah,jauhkanlah dari dimiliki mahupun memiliki cinta seperti itu
ya allah,ku takut kiranya akulah hambaMu yg tidak bertanggungjawab itu
ku pohon padaMu payungilah aku dari panahan nafsu syaitan
ku harapkan teduhan d bawah lembayung rahmatMu,
ku tagih redup dari rimbunan pohon kasih sayangMu,
ku tahu ya Allah,ku tak layak menghungi syurgaMu,
tapi tidak pula ku ingin ke Nerakamu..Amin
namun begitu ya Allah,layakkah aku utk CINTA AGUNGMU??
No comments:
Post a Comment