Bagaimana anda menambat hati
lelaki, terutama kekasih atau
suami sendiri? Manusia memang
tidak mampu meneroka hati dan
jiwa manusia. Namun anda boleh
belajar mengenal mereka supaya kebahagian dapat dinikmati
bersama. Apa sebenarnya yang
harus anda lakukan untuk
menambat hati lelaki?
Terima lelaki agar dia menerima
andaMungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk
menyatakan ini selain ” Terimalah lelaki sebagai
sediakala”. Terimalah dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda
tahu ialah mengenai lelaki, dan
bukan mengubah lelaki. Jika anda
mahu mengubah personaliti lelaki
yang menjadi kekasih atau suami
anda, dia mungkin akan menjadi insan lain, yang mungkin tidak
anda sukai dan tidak menyukai
andaFahamilah lelaki agar dia
memahami andaCuba memahami
perangai sedia ada pada seseorang lelaki yang
menyesuaikan perangai itu
dengan diri anda. Ianya adalah
lebih baik dari cuba
mengubahnya dan beranggapan
bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai
itu tidak bertentangan dengan
kehendak agama dan kesopanan
budaya. Dengan cara itu lelaki
akan cuba memahami anda dan
menyesuaikan dirinya dengan diri anda.Berubah untuk menikmati
perubahanSekiranya anda mahu
mengubah perangai lelaki, malah
perangai sesiapa pun, anda tidak
akan mampu berbuat demikian
kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika
dia mahu. Anda cuma boleh
memujuk dan mempengaruhinya
agar berpihak kepada anda.
Anda sendiri perlulah sanggup
berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan
seseorang lelaki berubah
memperbaiki dirinya.
Sanggup memberi untuk
menerimaDi atas segala-galanya,
apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi
lebih banyak berbanding apa
yang anda terima daripada lelaki.
Dengan itu, anda mungkin akan
menerima lebih banyak daripada
yang sanggup anda beri.Percaya untuk
dipercayaiSekiranya anda tidak
mempercayai lelaki, jangan anda
mengharapkan lelaki itu
mempercayai anda. Hidup ini
meminta pada yang ada, memujuk pada yang sayang.
Untuk membuat orang lain
percaya kepada anda bukanlah
perkara yang mudah. Bagi
menyebabkan orang lain tidak
percaya pada anda, bukan lah payah. Apabila lelaki sudah tidak
percayakan anda, amat sukar
pula untuk dia mengubah
pendiriannya.Menangkan lelaki untuk
menangMengenal lelaki bukanlah
untuk mengalahkan lelaki. Dalam
sebuah perkahwinan, sepatutnya
sama-sama menang dalam semua
aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa,
pertama kuasa suami dan kedua
kuasa isteri. Kuasa suami adalah
memulakan dan menyuarakan.
Kuasa isteri pula adalah sama
ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya
menyalahgunakan kuasa,
perkahwinan itu akan menjadi
porak-peranda.Sifat negatif akan membuah
kesan negatifRamai wanita yang
mencabar dan celupar terhadap
lelaki atau suami sendiri. Ramai
juga yang bersifat pendesak,
terlalu banyak meminta, merendah- rendahkan suami,
membandingkan suaminya dengan
lelaki lain dan memaki hamun
suaminya. Sekiranya anda
bersifat demikian, walau
bagaimana kenal pun anda kepada suami anda, anda
bukanlah seorang wanita yang
bijak. Andalah yang mungkin
menjadi penyebab mengapa
suami anda merasa tertekan,
tidak selesa, banyak berdiam diri, bermasam muka dan
sebagainya lagi yang tidak
menyenangkan anda. Andalah
yang sepatutnya berubah.Bertanggung jawab dan
menikmati kesan tanggung
jawabSebenarnya tanggung
jawab wanita terhadap suaminya
tidak akan berubah walaupun
dunia ini makin maju. Begitu juga dengan tanggung jawab suami
kepada isteri. Selagi anda
menjalankan tanggung jawab
anda dengan sempurna
sebagaimana yang digariskan
oleh agama, anda tidak perlu risau apa pun.Kritikan akan membuahkan
kritikanKritikan merbahaya
kerana ia menjadikan lelaki
defensif dan sedaya upaya ingin
mempertahankan dirinya. Ia juga
bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki. Menjejaskan rasa
kepentingan diri. Dan
menyebabkan lelaki merasa
kecewa kepada anda dan
mungkin akan mengkritik anda
pula. Beri kepada lelaki apa yang dia
mahuDia akan melakukan apa
saja untuk anda dan memberi
apa yang anda mahu. Ada dua
perkara besar yang dimahukan
oleh lelaki (i) kehendak seks, dan (ii) kehendak untuk menjadi
penting. Setiap orang dewasa
mahukan kesihatan, makan,
tidur, wang, kepuasan seks,
anak-anak yang terjaga, rasa
dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia dan akhirat.
Berilah lelaki apa yang dia mahu
dan apa yang boleh anda
berikan.Tunjuk minat tulin terhadap
lelakiDia akan menunjukkan minat
terhadap anda. Dengar apa yang
ingin dikatakannya, walaupun
ianya tentang dirinya sendiri,
juga mengenai kerjanya ataupun kesukaannya. Lebih berminat
anda padanya, maka lebih
berminatlah dia pada anda. Senyum itu tanda kasih yang
tak perlu dibayarAnda tidak
perlu membayar apa-apa untuk
senyum pada lelaki yang anda
kasihi. Dia akan senyum kembali
pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan
pada anda itu, begitulah juga
nikmat yang dirasanya apabila
anda senyum padanya. Senyum
menyebabkan lelaki suka pada
anda.Panggillah lelaki dengan panggilan
manjaSebagaimana anda
mahukan lelaki memanggil anda
dengan nama yang baik dan
nada lembut, begitu pula lelaki.
Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan
manja, sesuai dengan sifat anda
sebagai wanita. Hormati dia sebagai lelakiDia
akan menghormati anda sebagai
wanita. Jika anda berusaha
untuk memahami sikapnya, dan
bertolak ansur dengannya, dia
juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda.
Wanita patut menghormati lelaki
yang menjadi suaminya, dan
memberi penghormatan tidak
akan merendahkan kehormatan
diri sendiri, malah menjadi diri lebih terhormat.
No comments:
Post a Comment