1. Sayangi dia dengan hati,
bukan dengan perasaan. Jika
anda
meletakkan sesuatu
perhubungan berdasarkan
perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa
berubah dari masa ke semasa. 2. Sayangi dia seadanya. Dia
sememangnya seorang yang
istimewa dan biarkan ianya kekal
begitu. Jangan sesekali terfikir
untuk mengubah apa-apa
tentang dia, kerana sekali anda
mengubah, selamanya anda akan
terus
mengubah dirinya. Anda terpikat
padanya kerana dia adalah dia.
Oleh itu, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi
seseorang yang lain. 3. Sayangi dia sepenuh hati.
Sesungguhnya dia telah banyak
berkorban untuk anda. Dengan
kelebihan yang ada padanya, dia
berpeluang untuk menjalin
hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna. Tetapi demi
cinta, dia telah memilih diri anda.
Maka, jangan sesekali cuba
untuk mempermain-mainkan
keluhuran cintanya.4. Hormati pendirian dan
keputusan dia. Jangan anda
merayu dan mencipta alasan
supaya dia menerima cinta anda.
Kerana kelak, yang anda akan
dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta
setulus
hati. 5. Yakinkan diri anda akan
keistimewaan dia. Dia adalah
satu-
satunya di dunia ini dan jangan
mengharapkan kesempurnaan
dari dia, kerana dia telahpun cukup
sempurna semenjak anda mula
terpikat padanya. 6. Percaya akan dirinya. Sentiasa
bersangka baik padanya jika kita
juga mahukan sebegitu darinya.
Pastikan anda akan sentiasa
meletakkan diri anda di
tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak
dapat menerimanya, apatah lagi
dia.7. Jangan berjanji menyayangi
dia untuk selama-lamanya
kerana
selama-lamanya bagi anda
mungkin akan berakhir
keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi
dirinya seolah-olah setiap hari
itu adalah hari yang terakhir
untuk anda berdua. 8. BERCINTA dengannya adalah
seperti memberi hati anda
kepadanya untuk dilukai tapi
kepercayaan itu penting.
Percayalah kepadanya, nescaya
dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
9. Jangan sesekali meninggalkan
dia tanpa sebarang alasan. Dia
bukan hanya akan setakat
menangis kecewa dan
kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa,
ketahuilah bahawa jiwanya akan
mati secara perlahan.10. Jangan cepat berbangga
dengan diri anda, memenangi
hatinya bukanlah satu kejayaan
yang mutlak tetapi anugerah itu
hanya layak anda perolehi
setelah anda berjaya menyayanginya
sehingga ke akhir hayat.
Ketahuilah, dia memilih anda
adalah
kerana dia percaya bahawa
anda adalah seorang yang jujur dan
akan menepati janji. Anda telah
bersusah payah dan berusaha
sedaya upaya untuk memenangi
cintanya, maka dengan itu
haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya
dengan apa jua keadaan
sekalipun.
No comments:
Post a Comment