1)Perempuan inginkan perhatian
dan kasih sayang, terutamanya
dari orang yang disayangi. Oleh
itu
tunjukkan sifat keperihatinan
dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa
terhibur dan bahagia mereka
akan
menjadi seorang pasangan yang
amat setia dan cinta sepenuh
hati. Sekiranya kasih sayang yang
mutlak telah didambakan kepada
orang yang disayanginya, segala
pengorbanan akan dilakukan
tanpa
memberi sebarang nilai-itulah perempuan. 2)Gunakan sepenuhnya teknologi
yang ada di zaman sekarang.
Seringlah menelefon atau
menghantar e-mail untuk
bertanyakan khabar atau paling
minima mengucapkan 'Hai' untuk menunjukkan bahawa dia sering
di
hati kamu. Bagi mereka walaupun
satu ungkapan atau satu ayat,
ia
merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia
menerimanya. 3)Berkongsilah masalah dengan
mereka, cuba dengar pendapat
mereka, sekurang-kurangnya
mereka akan berasa yang
mereka
itu penting dalam diri kamu dan diperlukan
4)Jangan kamu ambil remeh-
temeh
pada perkara yang amat penting
bagi mereka. Mereka sangat
kuat
ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang
tahun. Apa salahnya buat
'surprise' sekali sekala kepada
orang yang
kita sayangi. Mereka akan dapat
rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya. 5)Perempuan terkenal dengan
sifat manjanya. Mereka sering
ingin
melakukan sesuatu bersama
orang
yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun
mereka mampu melakukannya.
Jangan menolak sekiranya kamu
tiada halangan ketika itu.Inilah
masanya untuk kamu
menonjolkan ke'macho'an kamu!. 6)Pujuklah mereka dan
tenangkan
mereka sekiranya mereka dalam
kesusahan. Ketika ini mereka
benar-benar inginkan kamu disisi
mereka. 7)Jangan kedekut memberi
pujian
kepada mereka kerana mereka
berhak mendapat pujian.8)Berbincanglah kamu selagi
kamu
boleh berbincang dan
berbincanglah bersama-sama
dalam
menyelesaikan sesuatu masalah. 9)Jangankamu menggunakan
kuasa
veto kamu dalam membuat
keputusan. Cuba memahami
keinginannya dan kemahuannya.
Sesetengah perempuan tidaksuka
menyatakan secara terus terang
tentang apa yang mereka
inginkan, kadang-kadang mereka
suka berkias dan memberi
contoh 'cerita orang lain' kepada kamu.
Jadi kamu kenalah peka dan
gunakan kepakaran kamu untuk
memenangi hati mereka.10)Jangan lupa, mereka juga ada
ego yang terselit di celah-celah
kelembutan mereka. Apabila
mereka terancam atau tercabar..
lahirlah sifat amarah, cemburu
dan cepat merajuk. Masalah akan
timbul bagi mereka yang suka
memendam terhadap sesuatu
yang
mereka tidak puas hati. Mereka
akan 'meletup' pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama
meletup. Kamu juga jangan lupa
dalam diri kamu wujud satu sifat
kepimpinan untuk menyelesaikan
masalah yang timbul dalam
keadaan yang terkawal .Cari sebab
mengapa ia terjadi dan bawa
berbincang. Ditahap ini
kesabaran, toleransi dan
komunikasi amat
penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah 'sejuk'.
Mungkin kamu juga boleh
'cool'kan
diri kamu dengan berfikir secara
positif contohnya mengapa
mereka cemburu. Itu kerana mereka
SAYANGkan kamu!
No comments:
Post a Comment