"WANITA : Siapa yang paling kamu
cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini
siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).
Kamu, adalah tulang rusukku!
(Kerana Allah melihat bahawa
Adam kesepian. Saat Adam
sedang lena tidur, Allah
mengambil rusuk Adam dan
menciptakan Hawa). Semua LELAKI
mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan
wanita untuknya, tidak lagi
merasakan sakit di hatinya... Setelah berkahwin, pasangan itu
mengalami masa yang indah dan
manis untuk sementara. Setelah
itu, pasangan muda ini mulai
tenggelam dalam kesibukan
masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka
menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam
membuat mereka mulai
menyisihkan impian dan cinta
satu sama lain. Mereka mulai
bertengkar dan pertengkaran
itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari
pada akhir sebuah pertengkaran
WANITA lari keluar dari rumah.Saat tiba di seberang jalan, dia
berteriak "Kamu tidak cintakan
saya lagi!!!". LELAKI sangat
membenci ketidak dewasaan
WANITA dan secara spontan juga
berteriak "Saya menyesali dengan perkahwinan ini! Kamu
ternyata bukan tulang
rusukku!!!" Tiba-tiba WANITA terdiam, dan
berdiri kaku untuk beberapa
saat. LELAKI menyesali akan apa
yang sudah dia lafazkan, tetapi
seperti air yang telah tertumpah
tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air
mata, WANITA kembali ke rumah
dan mengambil barang-
barangnya, bertekad untuk
berpisah. "Kalau saya bukan tulang
rusukmu, biarkan saya pergi.
Biarkan kita berpisah dan
mencari pasangan sejati masing-
masing". Lima tahun berlalu. LELAKI masih
belum lagi berkahwin, tetapi
berusaha mencari khabar akan
kehidupan WANITA. WANITA pernah
ke luar negeri tetapi sudah
kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan
bercerai. LELAKI agak kecewa bila
mengetahui WANITA tidak
enunggun,sepertinya.Dan di tengah malam yang sunyi,
dia meminum kopinya dan
merasakan sakit dihatinya.
Tetapi LELAKI tidak sanggup
mengakui bahawa dia merindukan
WANITA. Suatu hari, mereka akhirnya
bertemu kembali. Di airport,
tempat di mana banyak terjadi
pertemuan dan perpisahan,
mereka dipisahkan hanya oleh
sebuah dinding pembatas.LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik... kamu sudah
menemui tulang rusukmu yang
hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan
berikut. Saya akan kembali 2
minggu lagi. Telefon saya kalau
kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telepon saya kan ?Tidak
ada yang berubah. WANITA tersenyum manis, berlalu
di hujung lafaz "Selamat
tinggal..." Satu minggu kemudian, LELAKI
menerima khabar WANITA adalah
salah seorang korban Menara
WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI
meneguk kopinya dan kembali
merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit
itu adalah kerana WANITA, tulang
rusuknya sendiri yang telah
dengan bodohnya dia patahkan.Kita menempiaskan 99%
kemarahan walau kepada orang
yang paling kita cintai. Dan
akibatnya adalah penyesalan.
Seringkali penyesalan itu datang
di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan
kita, semua sudah terlambat.... Kerana itu, jagalah dan
sayangilah orang yang dicintai
dengan sepenuh hati... Sebelum
mengucapkan sesuatu berfikirlah
dahulu, apakah kata kata yang
kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira
merasakan akan menyakitinya,
sebaiknya jangan pernah
dilafazkan. Kerana semakin besar
risiko untuk kehilangan orang
yang dicintai. Jadi berfikirlah, apakah kata-
kata yang akan dilafazkan
sebanding dengan akibat yang
akan diterima???
No comments:
Post a Comment