Wednesday, May 13, 2009

30 kesilapan bercinta

1. Hampir setiap masa kamu akan cuba menghubungi si dia.Dalam sejam blh dikatakan empat lima kali kamu akan menghubunginya.Bayangkanlah kalau dalam 24 jam??Emm..Tentu si dia akan bosan dan rimas denganmu..

2.Kamu selalu merengek-mrengek supaya si dia memenuhi permintaanmu.Misalnya di hujung minggu,sesekali si dia ingin jua beristirehat di rumah,tetapi kamu tetap mahu si dia menemanimu pergi membeli-belah

3.Kamu menegur masakannya tidak sedap dan tidak setanding dgn masakan ibumu di kampung.Apa saja yang di masaknya pasti tidak kena dengan seleramu.Sudahlah penat kerana mahu memenuhi permintaan kamu,sudahpnya dikritik pula.

4.Kamu sering mengkritik setiap perkara yg si dia buat dan tidak yakin dgn kemampuan dirinya.Bagi kamu si dia tidak mampu untuk melaksanakan sesuatu hingga berjaya.Apa saja yang di lakukannya serba tidak kena di matamu.

5.Kamu terlalu mengongkong pergerakan si dia.Hinggakan aktiviti yg ingin dilakukannya bersama teman-temannya sekalipun kamu tidak membenarkannya turut serta.Kamu juga sentiasa mahu si dia melaporkan apa yg di lakuka sepanjang hari.

6.Kamu tidak bersetuju dgn pilihan si dia.Bagi kamu pilihannya itu agak ketinggalan dan tidak bersesuaian.Tetapi apabila si dia meminta kamu memilih sendiri,kamu hanya buat tidak tahu saja,Buat dek jelah tuh!

7.Cita rasa kamu berdua tidak sama.Ini membuatkan kamu sering bertekak semata2 ingin mendahulukan cita rasa masing2.Malah disebabkan perkara ini juga,berlakunya PERANG dingin antara kamu.

8.Kamu tidak pernah mahu menyertai si dia bersama teman2nya.Baginya,kamu perlu berkenalan dengan teman2nya utk menyesuaikan diri dgn keadaan,tetapi kamu pula tidak berminat utk mengenali teman2nya

9.Kamu sering melarangnya memakai sesuatu yg dia suka kerana bimbang ada org lain yg akan tertarik.Misalnya,melarang si dia memakai pakaian yg dirasakan cantik dan memnbuatkannya tampak kacak dan menawan

10.Kamu perasan bagus.Bagi kamu apa saja yg kamu buat,semuanya yg terbaik dan tiada siapa mampu menandingi kebolehanmu.Bukan itu sahaja,tidak cukup dgn membanggakan diri,kamu sering merendah2kan si dia dan membanding2kan dirimu dengannya

11.Kamu mashu semua perkara yg dilakukan oleh si dia mesti sempurna.Kalau ada sedikit yang cacat,pasti kamu memarahinya seperti dia buat satu kesilapan yg tidak blh dimaafkan sampai bila2

12.Kamu sering berperangai kebudak2kan.Walaupun umur bakal meginjak dewasa,namun sikap keanak2kan mu sukar dikikis hingga membuatkan si dia ada kalanya berasa agak rimas.

13.Kamu lebih mementingkan kawan2 daripada si dia.Kamu sering memberi alasan shopping ataupun keluar bersama teman2 apabila di dia meminta kamu menemaninya.

14.Kamu terlalu mengikut kata ibu,walaupun tidak salah,tetapi apa saja yg ibu kamu kata,semuanya diikuti tanpa sebarang batahan.Sehinggakan ada kalanya membelangkan si dia.Sekiranya si dia menegur kamu akan kata si dia tidak menghormati ibu kamu.serba salah si dia buatnya.

15.Kamu suka membanding2kan si dia dengan org lain terutama teman lelakimu sebelum ini.Apa sahaja kekurangan yg ada pada si dia dijadikan alasan utk kamu memperkecilkan2nya.Apa perasan kamu apabila si dia membandingkan kamu dgn kekasih lamanya??

16.Kamu sering berasa curiga dgn kejujurannya.Walaupun si dia tlah melakukan yg terbaik demi kepentingan bersama dgn sejujur2nya,namun kamu tetap tidak mempercayainya,Bagimu,apa yang si dia lakukan pasti ada muslihat tertentu.

17.Kamu sering memandang ke arah jejaka lain walaupun ketika keluar bersama.Bukan setakat pandang sahaja,tetapi siap dgn pujian lagi tu.Peh! Terbakar jiwa1

18.Kamu cepat naik angin.Pantang tersilap sikit,mulalah api kemarahan kamu menggelegak.Hinggakan sampai 'naik tangan'dan 'terbang'apa saja.Mahu berbirat satu badan.Kes dera ni!

19.Kamu terlalu berkira dgn alasan mahu berjimat cermat.Contohnya kalau keluar makan bersama,kamu mesti berkata,"Makan asing-asing,bayar sendirian berhad!".Betapa kedekutnya kamu.

20.Kamu tidak reti bahasa.Masih tidak faham2 dgn apa yg si dia tidak suka.Sudah puas si dia menegurnya,tetapi kamu tetap melakukannya.Sikap keras kepala dan degil kamu sering mencabr dirinya,Awas! Takut nanti bila si dia hilang sabar,kamu pula yg sengsara.

21.Kamu tidak menghormati org tua.Bagi kamu semua orang sama sahaja,kalau buat silap tidak tidak kiralah tua atau muda,kamu herdik tanpa memikirkan perasan orang tersebut.

22.Tidak tahu malu.Kamu berkelakuan tidak senonoh seperti ketawa sekuat hati dan bercakap seperti menggunakan pembesar suara.Org keliling sudah jeling2pun,kamu tetap buat tidak tahu.

23.Tidak pernah mengakui kesilapan.Walaupun sudah terang lagikan bersuluh kesilapan itu dtg daripada kamu.Berbuih mulut org cakap sekalipun,kamu tetap dgn pendirian kamu mengatakan kamu tidak bersalah.

24.Pengotor dan pemalas.Lebih jijik lagi kamu sanggup memakai pakaian yg berbau busuk
kerana tidak ada lagi pakaian bersih utk dipakai.Sekiranya si dia berkunjung ke rumah kamu,si dia tidak tahu di mana tmpat yg blh diduduiki kerana semua tmpat dipenuhi dgn barang2 yang berselerak.

25.Kamu suka ambil kesempatan di atas kekayuan si dia.Ke mana shaaja kamu pergi,kamu mesti inginnkan si dia membelikan sesuatu.Kalau murah bolehlah diterima.Ini apa yg di minta ada kalanya tidak masuk akal.Jadi,agak2lah bila meminta.Kamu belum lagi jadi milik si dia sepenuhnya.

26.Kamu terlalu peramah.Pantang jumpa kawan2 mesti berhenti berjam2 berbual.Lebih membosankan lagi apabila bertemua di restorant.Niat asalnya kamu dan si dia mahu berdua,tetapi abapila kamu bertemua sahaja kawan terus ajak duduk semeja dgn kamu.

27.Tidak ada langsung sifat keibuan.Kalau dgn kanak2 kamu sikitpun tidak mahu beralah.Apatah lagi melayan mereka baik2.Bagi kamu kanak2 tidak blh diberi muka.Sedangkan si dia sukakan kanak2.ke mana2 sahaja kamu dan pergi,si dia selalu teringat ingin membelikan sesuatu utk anak saudaranya sedangkan kamu pula sering melarangnya

28.Kamu kaki shopping.Tidak fikir lain ada sahaja duit dan masa terluang,semuanya akan di habiskan utk shopping.Sedanglkan barang2 tersebut bukannya kamu gunakan sangat.Pakai sekali dua sudah bosan dan kamu akan cari yg lain.Lama2 botaklah si dia kerana sikapmu itu...

29.Kamu terlaliu bergantung padanya dan tidak tahu berdikari.Kemana2 kamu ingin pergi,semuanya kamu harapkan si dia yg menghantarnya.Kamu sedikitpun tidak ada usaha utk menyelesaikan masalah sendiri.Hal yg kecil2 sekalipun,kamu mengharapkan si dia yg selesaikan.

30.Kamu dan si dia berbeza hobi.Si dia sukakan aktivit yang relaxs dan santai sedangkan kamu sukakan aktivirti yang lasak.Kamu sanggup tinggalkan si dia berhari2 utk mengikuti aktiviti lasak yg di anjurkan oleh persatuan yg kamu sertai.Sedangkan si dia sentiasa perlu menunggu kamu utk melakukan aktiviti yg di sukainya bersama

No comments: