Sunday, May 24, 2009

Tips Apa yg perlu dan Tidak perlu dalam menghangatkan kembali persahabatan yg telah hambar

Perlu
1) Jangan berhenti utk memujuknya agar memaafkan kamu.

2)Hantarkan SMS yg manis2 tentang persahabatan agar dia tahu kamu masih menanggapnya sahabat terbaik kamu.

3)Sentiasa mengikuti perkembangannya supaya dia tahu kamu masih mengambil berat tentangnya.

4)Sekiranya dia sakit kamu wajib melawatnya biarpun mungkin kehadiran kamu membuatkan dia kurang senang.Namun kamu perlu buktikan kamu tidak pernah sesekali mengabaikan sahabatnya.

5)Lakukan sesuatu yg sebelum ini tidak pernah kamu lakukan.Misalnya kalau sebelum ini kamu tidak pernah memberikan dia hadiah pada hari ulang tahunnya,kamu belikan hadiah utknya.

6)Menawarkan dia bercuti bersama2 kamu dan teman2 lain mungkin itu blh membantu utk merapatkan kembali persahabatan kamu.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Tidak perlu!

1)Elakkan daripada bercerita atau menjaja masalah kamu dan dia sana sini kerana kamu hanya mengeruhkan lagi keadaan.Cerita2 tersebut pasti akan menjadi pelbagai versi.

2) Bagaimana kamu marah sekalipun sikapnya yg dingin tapi jgn sesekali kamu menengking ataupun berkasar dengannya.Masalah tidak akan dapat di selesaikan dgn berkasar.

3)Jgn mendesak atau memaksanya utk memaafkan kamu dengan setiap saat menelefon atau berada di hadapan rumahnya.

4)Tidak ikhlas dalam meminta maaf.Mulut sahaja meminta maaf sedangkan hati kamu tetap mengatakan kamu sebenarnya tidak salah sebaliknya dia yg bersalah.Jangan sangka org tidak dpt membaca hati kamu...

5)Biarpun mungkin kamu punya teman lain selain dia tetapi jgn terlalu angkuh menujukkan pada dia bahawa kamu masih ada ramai lagi teman dan tidak pernah kisahpun kalau dia tidak mahu berkawan denganmu.Sikap kamu ini bkn sahaja tidak blh menjernihkan keadaan malah akan membuatkan dia bertambah benci pada kamu

No comments: