Wednesday, August 11, 2010

hanya allah ja yg tahu :) di saat ku ditalikinkan

di saat ku ditalkinkan

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti
> mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu
> mengapa aku di tempatkan di sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang
> memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak.
>
> Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat
> ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa
> dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa
> lagi.Derita sngguh.nafasku sesak.
>
> Tiba-tiba tanganku di pegang kuat.'Mengucap
> sayang,,mengucap........Asyhaduallailahaillallah.........'ucapan
> itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.Itu suara
> ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang
> pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi
> susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.
>
> 'Bagaimana dengan keadaannya doktor?'Aku amati suara itu.Pasti itu
> suara abang.Mungkin abang baru sampai. 'Tenat',jawab doktor dengan
> ringkas. 'Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita
> perlu usaha'. Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru
> sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara
> denganmu. datanglah..... Tapi mataku.......semakin gelap.Adakah aku
> sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia
> ini. 'Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah.'Abangkah yang
> bersuaraitu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang
> kaulafazkan,abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.
>
> 'Tekanan darahnya amat rendah'. sayup sayap kedengaran
> suara doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya
> mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan
> berpisah.Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah
> ibu,selamatkan lah daku. 'Yassin......'.bacaan yassin terngiyang-ngiyang
> di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan
> dengan suara itu???
>
> Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi
> sakaratul maut datang.Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat
> maut datang.Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan
> semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku
> tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku
> berdepan dengan sakaratul maut.
>
> 'Tolong ibu,tolonglah aku,
> aku takut'.Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka
> semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan
> dan rintihan 'Panas,dahaga,haus,panas........'.tapi tiada siapa pun yang
> peduli.Nenekku datang,'Nenek...........'. 'Kau dahaga cu,kau lapar
> cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum
> air ini'.
>
> 'Ibu......'.
> Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.
> ' Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan
> islam, matilah dalam agama yahudi.....'.
> Ayah.......kau datang ayah.......'.
> 'Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah
> agama yang membantu kau masuk ke syurga'.
> 'Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi??Kenapa kau
> berubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku?? 'Mengucap
> sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah......'.Ucapan
> itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah
> menjadi kelu.
>
> Manusia-manusia berjubah hitam datang.'Mari ikut kami'. manusia-manusia
> berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya'Mari ikut
> kami'.cahaya putih datang.datang hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya
> merah datang .'Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut.......!!!!!!'.
> Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung
> rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah
> malaikat maut di hujung kepalaku. 'Hai jiwa yang keji,keluarlah dari
> kemurkaan Allah.......'.Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam
> tubuhku.Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun.... Malaikat-malaikat yang
> menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang
> sebusuk-busuknya.
>
> Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah
> yang amat busuk. 'Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat
> sampah ni?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......'.
>
> 'Assalamualaikum......'.
> 'Siapa yang memberi salam itu?'.
> 'Aku'.
> 'Kau siapa wahai pemuda???'.
> Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak
> pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia
> ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut
> hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang
> hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat
> keluar.Tanpa di pedulikannya......jijik,loya,aku rasa........teramat
> loya melihatnya.
>
> 'Kau tak kenal aku?'.
> 'Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh
> dan sejijik ini'.
> 'Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari'.
> 'Bohong!'.Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad
> ini mendengarnya.
> 'Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini'.
> 'Akulah amalanmu yang keji..........'.
>
> Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini,semuanya
> telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan
> yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk
> yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh!Tuhan,aku
> banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang
> telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana
> Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua
> telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.Apa yang aku harus
> lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas
> dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata
> abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini?????
>
> 'Tolong....sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan
> tekan perutku dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku
> malu.....malu.....malu......!!!!!!'.
> Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan.Lalu
> diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah
> badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu.
> 'Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam
> ini?Tolong rimas....panas........'. Kemudian aku di letakkan di suatu
> sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah
> dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?
>
> Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri?
> Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.
> 'Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan'.Dan kini
> baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat
> takbir,ruku',sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian
> di letakkan di dalam kotak kayu.
>
> Kotak apa ini?'Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah
> dan abang.Aku diusung setapak demi setapak'. 'Al-Fatihah!'Keengaran
> suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori
> di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?'. Nun jauh di sana,kelihatan
> tanah perkuburan kampungku. 'Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan
> aku,aku takut!!!!!!'. Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang
> yang besaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di
> turunkan ke dalam liang itu. 'Perlahan-lahan',aku terdengar suara tok
> imam memberitahu.'Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!'.Kini aku
> berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan
> tanah menutupiku.
>
> 'Tanah apa ini?'.
> 'Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah'.
> 'Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan
> kepada Allah jualah kita kembali'. Kedengaran bacaan talkin dari tok
> imam.'Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul
> mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar........'.Sayup sayap
> aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin
> hilang.Pandanganku makin ,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku
> terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di
> lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku kini
> keseorangan.

No comments: