Tuesday, August 10, 2010

seorang anak malu dengan ibunya yg cacat


Seorang anak malu dengan ibunya. Ibunya cacat.. hanya kerana hilang sebelah mata. Tapi kasih sayang ibu tak pernah cacat. Ibunya menjaga anak itu penuh kasih dan sayang. Bapa anak itu telah lama tiada. Ibu itulah bapanya, yang menyara dan mencari nafkah.

Bila anak itu mula bersekolah, dia malu diejek dek kerana kecacatan ibunya itu. Kadangkala dia lari dari ibunya kerana malu dilihat rakan-rakan. Dia masih kecil untuk memahami kasih ibunya. Ibunya redha..

Kemudian anak itu belajar di Universiti, berkat doa dan usaha ibu itu. Namun perasaan anak itu kekal sama. Malu dengan ibunya sendiri. Malang sungguh ibu itu.. Anaknya meninggalkannya bila sudah berjaya. Anak itu tinggal di negara jiran bersama isteri yang dikahwini tanpa pengetahuan ibunya.

Ibu tidak patah hati. Rajuk ibu tidak lama kerana kasih pada anaknya. Dia menjejaki anaknya. Jumpa. Di depan pintu rumah anak itu, ibu memanggil nama anaknya. Anaknya yang tahu ibunya datang, tidak mengendahkan ibunya di luar. Akhirnya ibu sedar, apalah yang hendak di tunggu lagi. Ibunya pulang...dengan hati yang sangat hiba...

Masa berlalu pantas.. Tiada bezanya bagi si anak ini. Ibunya menanti hingga ke akhir hayatnya.. Anak itu sedar akhirnya, tetapi segalanya sudah terlambat.

Anak itu kembali ke tempat asalnya, ingin berjumpa dengan ibunya buat kali terakhir. Ibu sudah tidak boleh memeluk anak itu.. Tiada lagi suara ibu.. Tiada lagi ciuman untuk anak itu seperti tahun-tahun dahulu. Yang tinggal hanya sekeping surat..

"Anakku.. Ibu sangat sayangkanmu. Ibu sangat bangga dengan apa yang kau kecapi..kejayaanmu adalah kejayaan ibu.. Mengenangkan itu, ibu sentiasa saja tersenyum..Anakku..ibu hanya mahu kau tahu. Sebenarnya semasa kau terlalu kecil dan tidak mengerti apa-apa, kemalangan telah menimpamu. Ibu bersyukur kau selamat, namun matamu sebelah buta. Ibu kasihankan mu anakku.. Ibu hadiahkan mata ibu untukmu. Supaya kau sempurna.. Supaya kau tak perlu malu akan kekuranganmu dengan kawan-kawan yang lain.. Ibu mahu yang terbaik untukmu.. "

No comments: