Wednesday, August 11, 2010

tentang lelaki for the women only :)


Bagi sesetengah wanita, agak janggal apabila bercakap mengenai hati dan perasaan insan bernama lelaki. Namun harus diingat lelaki juga manusia biasa yang diberi perasaan sama seperti mereka, cuma sikap lelaki itu sendiri yang sering mempertahankan egonya, sebab itulah perasaan tersebut tidak ditunjukkan secara langsung. Ini mungkin kerana sikap lelaki itu sendiri yang sentiasa mengambil mudah sesuatu perkara dan lebih senang menganggap apa yang berlaku itu berlalu begitu sahaja.

Sebagai wanita, pastinya kamu akan berasa gembira dan bahagia apabila bertemu dengan lelaki yang memiliki sifat yang baik. Kamu juga mungkin mengharapkan lelaki tersebut akan mengakhiri perhubungan itu dengan sebuah ikatan. Sifat yang dimiliki oleh lelaki baik adalah jujur, sensitif, baik hati, penuh kasih sayang, tulus dan sabar. Paling penting adalah si dia selalu berada di samping kamu di saat kamu memerlukannya.

Bukan sedikit lelaki yang tidak pernah terikat pada perempuan. Tetapi mereka ini hanya akan membuat komitmen jika merasa sudah menemui apa yang mereka cari. Hanya kamu sahaja yang tahu adakah si dia itu benar-benar sesuai untukmu dan sudah bersedia untuk membina hubungan yang serius denganmu. Kamu boleh mempertimbangkannya jika si dia pernah menjalinkan hubungan jangka panjang sebelum ini. Si dia bertanggungjawab terhadap ekonominya dan mempunyai kerjaya tetap. Selain itu, pastikan si dia tidak mempunyai sebarang hubungan dengan bekas kekasihnya.

Di samping itu, pastikan si dia mempunyai sikap yang sihat dan positif terhadap perempuan serta boleh mengendalikan kemarahannya. Jika si dia yang menjadi pilihan kamu itu mempunyai sifat-sifat tersebut, sebaiknya jangan dilepaskan dan usahakan sedaya yang mungkin untuk mempertahankan hubungan tersebut. Jangan sesekali biarkan lelaki berhidung belang mengaburi mata kamu kerana kesempatan itu hanya datang sekali dalam seumur hidup.

Selidik sikap buruknya
Kamu yang sudah mabuk cinta pastinya tidak peduli walaupun si kekasih berlaku tidak jujur. Sebenarnya kamu mempunyai naluri untuk mengetahui perkara tersebut, tetapi kamu tidak pernah mendengar kata hati kamu. Ada beberapa ciri lelaki yang tidak layak untuk kamu dekati yang boleh kamu lihat dan pelajari.

Pertama, apakah si dia sering menghabiskan waktunya untuk meraih perhatian perempuan, meskipun kamu ada bersamanya. Lelaki ini termasuk dalam golongan si perayu fanatik dan terus menerus memerlukan keyakinan tentang kejantanannya.

Ada juga lelaki ideal yang fobia komitmen. Biasanya, si dia akan berterus-terang bahawa dia tidak mahu terikat, tetapi tetap ingin berfoya - foya bersamamu. Paling menghairankan, kamu akan selalu dilimpahi dengan pelbagai hadiah dan si dia tetap mempunyai banyak alasan mengapa tidak mahu menjalinkan hubungan yang lebih serius.

Apabila ada lelaki yang termasuk dalam kategori ‘kuat berangan’, dia akan berusaha untuk tampil tenang dan baik, walaupun dia sebenarnya berasa ragu terhadap dirinya sendiri. Dia mempunyai semua jawapan, tetapi tidak pernah menjurus seiring dengan tujuan hidupnya, termasuk hubungan cintanya dengan kamu. Berbeza dengan lelaki yang mempunyai sifat seperti gunung berapi, dia sedang memendam kemarahannya sehingga boleh meledak pada bila-bila masa sahaja. Si dia memang kuat dan tenang, tetapi selalu menyalahkan kamu sebagai orang yang sering menaikkan api kemarahannya, meskipun kamu tidak tahu apa alasannya.

Sumber inspirasi
Lelaki yang mempunyai sifat serba-serbi sempurna memiliki penampilannya yang rapi dan sentiasa menepati waktu. Kamu mungkin mengira si dia adalah lelaki yang senang diajak ke rumah untuk diperkenalkan kepada keluarga besar kamu. Tetapi, jangan tersilap langkah, dia akan mencari sehingga ke akar umbi untuk membuatkan kamu berubah. Kritikannya yang terus menerus akan membuatkan kamu tidak tahan untuk terus bersamanya.

Jika kamu menemui lelaki yang genius, artistik mungkin kamu adalah inspirasinya serta menjadi sumber idea-ideanya. Hidupnya penuh dengan kekecewaan sehinggalah kamu hadir. Biasanya, hubungan kamu berdua akan menemui banyak halangan serta kekecewaan. Dan kamu harus sabar mengatasinya. Mungkin sukar untuk menolak daya tarikan seorang lelaki yang mempunyai sikap buruk, tetapi kamu boleh membebaskan diri dan tidak terjebak dengan cara mendengarkan naluri kamu.

Mengimpikan lelaki idea yang begitu mencintaimu adalah lumrah, tetapi janganlah hanya kamu sahaja yang lebih-lebih sedangkan si dia biasa-biasa sahaja kerana jika kamu mengabaikan kenyataan dari perilakunya yang cukup menyakitkan itu, ini bermakna kamu akan berisiko untuk disingkirkan dan terus disakiti pada bila-bila masa sahaja.

No comments: