Tuesday, August 10, 2010

tip memiliki keperibadian menarik

Saya ada beberapa cara untuk dikongsikan bersama pembaca agar sentiasa kelihatan menarik . Awali dan akhiri hari dengan senyuman. Usahakan untuk tersenyum, walaupun ia agak sukar. Pada awalnya mungkin kamu terasa terpaksa, namun jangan menyerah. Lambat laun, senyuman itu akan membuatkan hidupmu lebih indah, seterusnya meningkatkan semangatmu.

Kuasai Emosi dan Kontrol Diri
Orang lain menilai kamu dari ekspresi wajah yang ditampilkan. Saat kamu sedang marah atau tertekan, usahakan agar mimik wajah kamu tampak neutral. Jangan
biarkan dahi berkerut ketika emosi kamu sedang memuncak, kerana kerutan tersebut akan membuat kamu nampak lebih tua. Kawal emosi kamu dengan berfikiran positif dan jauhkan dari prasangka buruk pada orang lain.

Jaga Jalinan Komunikasi
Mengasing dan menghindarkan diri dari berkomunikasi dengan sesiapapun tak kiralah ahli keluarga, kawan-kawan mahupun orang yang disayangi adalah sesuatu yang tidak baik. Usah biarkan dirimu dibelenggu kegelisahan dan ketegangan,
kerana ia akan membuatkan jiwa kamu tersiksa dan menjadikan keadaan lebih tegang. Berkongsi emosi dengan sahabat atau teman sekerja yang boleh dipercayai, sedikit sebanyak dapat membantu kamu menjadi lebih rileks dan tenang.

Rasakan Perasaan Orang Lain
Sebelum kamu mengekspresikan perasaan kesal atau marah pada orang lain, fikirkan kesannya apabila ada orang lain yang melakukan hal demikian pada kamu. Tak ada seorangpun disekeliling kamu yang ingin menjadi mangsa kemarahan kamu itu. Apabila melihat raut wajah kamu mula menjadi serius, percayalah mereka akan segera angkat kaki. Jika tidak ingin disakiti, jangan menyakiti, itu formula mudah saya.

Ceriakan Hari dengan Tawa
Seberat manapun hari yang kamu lalui, cubalah untuk selalu memiliki 'sense of humor'. Tertawa membantu untuk mengubati jiwa dan membuatkan orang di sekitar kamu berasa lebih baik. Dengan berkongsi ketawa, orang lain akan menilai kamu sebagai seseorang yang menyenangkan dan berkeperibadian menarik. Kesimpulannya, apabila kamu mula merasa tegang dan marah, fikirkan perkara yang saya sebutkan di atas tadi. Insyallah kamu tidak akan mengeluh dan bertafakur seketika, apalah gunanya membuat orang lain marah sedangkan jiwa kamu semakin parah. Jadilah remaja yang berfikiran matang dan berkeperibadian menarik...

No comments: