Tuesday, August 10, 2010

petua dr fazley (part 1) renungan bersama



01- Hidup ini adalah warna-warna yang dilukiskan pada kanvas, walaupun tidak kelihatan cantik ia tetap mempunyai berjuta makna. Sumber: www.familiazam.com

02- Kehidupan bukanlah kesenangan yang berterusan, tapi masalah yang menghasilkan kekuatan, keazaman dan kerja keras.

03- Prinsip kematangan hidup yang paling kuat terselindung disebalik pilihan-pilihan yang dibuat.Sumber: www.familiazam.com

04- Tujuan saya dalam hidup ialah berpegang pada diri sendiri walau apapun yang berlaku, dan bukan mementangnya.

05- Takdir yang tertinggi seorang individu ialah untuk memberi khidmat daripada memberi arahan.

06- Ujian keberanian yang paling mencabar dalam hidup ialah bukan menghadapi kematian sebaliknya menilai kehidupan itu.

07- Keadaan anda sekarang bukan penentu arah mana yang anda boleh tuju tetapi menentukan dimana anda bermula.

08- Sikap tidak memaafkan merupakan racun yang kita minum sementara kita harapkan orang lain akan mati dengannya.

09- Sahabat yang paling setia kepada sesaorang ialah sepluh batang jarinya.

10- Kegembiraan bukanlah satu destinasi, tetapi merupakan satu kaedah kepada kehidupan.

11- Hormatilah pandangan orang lain jika kamu mahu pandangan anda dihormati dan diingati oleh orang lain.

12- Bangkitlah dari kisah semalam. Jangan jadikan ia sebagai jalan perhentian, seharusnya tinggalkan dan bina semula landasan kehidupan untuk menuju cita-cita yang lebih besar.

13- Manusia yang berjudi dengan kehidupan adalah manusia yang sering meletakkan posisinya dalam risiko yang tinggi. Begitulah juga sebaliknya bagi mereka yang membuat percaturan kehidupan.

14- Sembilan bulan sepuluh hari adalah waktu kita berada dalam rahim ibu, katahuilah tiada jalan kesyurga seandai keredaan ibu tiada diperolehi.

15- Pilihlah persahabatan itu erlandaskan kejujuran dan setiakawan bukan kerana kekayaan atau kemegahan kerana itu tidak kekal lama, seperti usia manusia akhirnya tua dan mati.

16- Apabila anda bermusafir atau mengembara ke negeri orang, jadikan gurau senda sebagai perkara yang menyenangkan hati, kerana ia menghilangkan kebosanan.

17- Orang yang berilmu sering diam dari berkata-kata yang tidak berfaedah sedangkan orang tidakberilmu sering berbicara tanpa fakta dan hanya menampakkan kebodohannya sendiri.

18- Manusia yang sering meletakkan kesalahan dibahu orang lain tanpa menyiasat atau meneliti. Manusia itu sebenarnya menjadi musuh dengan apa yang dia tidak ketahui.

19- Akal dan nafsu sering bersaing, jangan biarkan nafsu menunggang akal kelak binasa diri. Hendaklah akal menumpang nafsu supaya terpelihara dari perbuatan yang buruk.

20- Adalkala kita perlu menjadi sombong kepada manusia yang sombong dan ada kalanya kita perlu mengalah biarpun kita yang benar. Kebenaran akan terserlah melalui kejujuran setiap tindakkan.

21- Seorang lelaki yang budiman memelihara agamanya, maruah dirinya, kehormatan keluarganya dan menjadikan seorang wanita sebagai teman dan melindunginya dari segala ancaman.

22- Kita sering mengagung-agungkan orang lain dan bangga dengan apa yang ada pada mereka, pada hal kita mampu menjadi seperti itu kalau kita bergerak dari tempat kita banggakan sebelum ini.

23- Ilmu dan amal bagaikan jiwa yang bersatu, tercicir salah satu ibarat busur tanpa anak panah. Begitulah hubungan seorang ayah dan anaknya. Air dicincang tak akan pupus.

24- Cinta itu bagaikan matahari tersembuyi dibalik awan namun masih memberi cahaya. Begitu jugalah ilmu, tidak akan hilang selagi memberi pelajaran dan pengetahuan kepada orang lain.

25- Berbudi kepada tanah hasilnya lumayan, berbudi kepada tanahair jasanya dikenang. Berbudi kepada ibu-bapa tanda kasih seorang anak, berbudi kepada agama hanya Tuhan yang layak membalasnya

No comments: