Sunday, November 20, 2011

kisah benar - PENYESALAN SEORANG SUAMI

Assalamualaikum…. Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak
tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi
saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya
hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan
rasa berdosa…saya selama ini…ustaz mungkin tidak
kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun…. Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang
mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup
menyedihkan…harap ustaz tidak bosan
mendengarnya….Saya merupakan seorang
suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan
setia….namun ustaz ..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada
saya….kerana pada waktu itu …mata hati saya
terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca
dan permata. Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita
yang pada asalnya tidak saya cintai….dia seorang
yang sederhana pada segi paras rupanya….seorang
yang tidak pandai bergaya …tetapi kuat pegangan
agamanya…. bertudung labuh…bersopan santun..
baik budi bahasanya…. Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini.. segala-galanya….diaturkan
oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum
bersedia… Ustaz terus terang saya katakan yang saya
sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih
cantik daripada isteri saya dan kami amat
menyintai antara satu sama lain….cumanya saya
akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan
tidak menutup aurat……Ustaz selepas berkahwin dengan isteri saya itu…jiwa saya menjadi kacau dan
keliru…..saya amat marah kepada isteri saya…
kerana pada anggapan saya kerana dialah saya
tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya
cintai itu. Ustaz sepanjang kehidupan kami…saya selalu
sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya…
dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak
tahan dengan kerenah saya….namun rupanya
ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang
penyabar….pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci
saya…tetapi selama mana lambat sekalipun saya
balik ..dia akan tunggu saya dan bila saya masuk
ke dalam rumah…dia menyambutnya dengan
mesra dan bertanya: “Abang dah makan…?Nak
saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?” Ustaz…pernah suatu hari saya menampar
mukanya….apabila dia bertanya pada
saya…”Abang dah solat?…abang tak pernah solat
ke?…..Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan
di pipinya….perasaan geram..marah dan rasa
terhina….bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya…dia menangis terisak-isak……saya ingatkan
mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-
rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai
suaminya. Ustaz pernah suatu hari…dia ingin bermanja
dengan saya…..membawa sepinggan nasi goreng
yang digoreng…untuk saya …pada masa itu saya
sedang berbual mesra dengan kekasih saya di
dalam handphone……ketika dia ingin menyuapkan
nasi kemulut saya….saya tolak pinggan …sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng
khas untuk saya…..dengan linangan air mata….dia
mengutip setiap butiran nasi goreng yang
berhamburan ke lantai… Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan
masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan
di luar..dengan harapan isteri saya akan lebih sakit
hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap
tabah dan bersabar…..pernah juga saya
menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang
dimurkai Allah. Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya
datang bertanyakan khabar dia kata dia amat
bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya
saya yang tahu dia berbohong. Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh
Allah…dan saya kira itu adalah balasan…apabila
saya terlibat dengan kemalangan….tulang paha
saya patah dan dan sememangnya saya tidak
berdaya utk bangun….hampir lima bulan saya
terbaring tidak berdaya….ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali…..berak kencing
saya… dia tadahkan… dia basuhkan tanpa ada
rungutan atau perasaan genyi mahupun geli
….dialah yang memandikan saya…menggosok
badan saya dan memakaikan pakaian utk
saya….bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam…berdenyut-denyut
sakitnya…dialah yang bangun …..dalam keadaan
mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak
cukup tidur..dia datang kepada saya dan
menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat
penahan sakit…sehingga saya rasa lega dan tertidur….tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke
pagi…….risau saya mengerang kesakitan lagi. Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya
makan…dia sendiri tidak akan makan…melainkan
setelah saya kenyang….dia akan membuatkan
makanan dan minuman mengikut kehendak dan
selera saya. Bila saya kenangkan kembali….sewaktu
saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman- teman yang setia berjoli dengan saya dahulu…
datang menghulurkan bantuan apatah lagi
melawat…kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu
saya kemalangan dan tidak boleh bangun…dia
tidak mahu lagi..menghubungi saya malah meminta
hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami
orang..dulu….dialah yang menghasut dan
memberikan harapan pada saya untuk membenci
isteri saya… ketika itu barulah saya sedar betapa
besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya
lakukan…Ustaz…..saya …kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya….besarnya dosa
saya…..amat menyesal rasanya. Ustaz….ketika saya boleh berjalan ..sedikit demi
sedikit…dan saya beransur pulih….isteri saya jatuh
sakit…..badannya menjadi kurus kering….tiada
selera makan…terbaring..tak bermaya…..kata
doktor yang merawatnya….isteri saya jadi begitu
kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak..kerana saya tahu sayalah
puncanya…. Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk…..mukanya
makin pucat….tetapi dia tetap senyum….saya
menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan
maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan
terhadapnya….dia hanya tenang dan menjawab dia
telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”……
berderai airmata saya hancur hati saya….pilu
bercampur sebak yang amat sangat…diikuti dengan
perasaan menyesal. Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam
wad kecemasan…..saya menjaganya setiap
hari….saya belai rambutnya saya kucup dahinya…
sambil airmata ini tidak berhenti—henti
mengalir…”Jangan menangis bang….bukan salah
abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah
hati saya disambar halilintar…saya menangis
lagi….sehingga keluarga yang datang melawat
terpaksa menenangkan saya…..malah ada yang
memuji saya ….kerana beranggapan saya suami
yang amat menyayangi isteri…..ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya. Ustaz…..isteri saya ada berkata…dia meminta maaf
kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk
saya..kerana masanya utk menghadap ilahi
semakin hampir….saya meraung….merayu
kepadanya agar tidak meninggalkan saya…tapi
katanya…setiap yang hidup pasti akan mati…dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik….kerana
dia tidak boleh lagi menjaga saya….ustaz..saya
menangis …sehingga saya menjadi lemah….apabila
dia mengucapkan kata kata terakhir itu. Ustaz…tepat jam 3.00 ptg…setelah dua minggu
berada di hospital…isteri saya telah pergi
meninggalkan saya selama-lamanya….dengan
bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah
hati ini…saya meraung semahu-
mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan. Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan
mengampunkan dosa saya ini…..apakah kekasaran
dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada
isteri ….akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz
saya amat menderita…..jiwa saya
terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima. Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri
saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa
tunaikan solat….berbuat baik… takutlah kepada
Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama
isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah
dirinya.” Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas
terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan
sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati….lagu
itu adalah harapan yang dia impikan dari saya
tetapi tidak sempat dia nikmati….kasih sayang yang
terkandung dalam lagu itu…dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis
“Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya
selalu…Dahulu…saya senantiasa menanti abang
pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan
bersama abang…..mendengar cerita
abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan
abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi
semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga
diri…..sayang abang….selamanya. Ustaz ….saya harap ustaz tak marah saya
meluahkan perasaan begini panjang pada
ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya
saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz
dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang……
Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereeka yg bergelar suami….sayangilah isteri
anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat
begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg
saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak
sudah…..
Terima kasih ustaz….doakan saya……. Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba
Allah ini….memang saya banyak beri ceramah
motivasi dan mendengar banyak masalah
masyarakat yg dihantar pada saya dan inilah yang
paling sedih.yg pernah saya baca… tambahan pula
lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar bertambah sebak…..dengarkanlah
senikatanya…….tapi tak boleh upload lagu tu
dibawah copyright….tajuknya now and forever…

No comments: