Friday, July 22, 2011

Kisah 25 Rasul salah satu nya adalah Nabi Adam dengan Siti Hawa sama2 lah kita hayati bersama dan renugan bersama :)

NABI ADAM A.S BAPA SEGALA MANUSIA



Sewaktu Allah mahu menciptakan Nabi Adam a.s Dalam surah Al-Baqarah ayat 30,Allah berfirman kepada para Malaikat,”Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah d muka bumi,yakni Adam”



Jawab mereka.”Adakah patut Engkau menjadikan seorang khalifah d atas muka bumi yg akan berbuat binasa dan menumpahkan darah(berbunuh-bunuhan),sedangkan kami sentiasa bertasbih memuji Engkau dan mensucikan Engkau,”Allah berfirman,”Sesungguhnya Aku mengetahui apa-apa yg tidak kamu mengetahui.”



Kebimbangan para Malaikat yg d nyatakan Allah kepada kita,bahawa Malaikat itu takut kalau-kalau mereka(manusia) nantinya menjadi hamba Allah yg suka berbuat maksiat.Setelah mendapat penjelasan dari Allah kegusaran para Malaikat itu hilang,bahawa Allah lebih mengetahui apa yg tidak d ketahui oleh hambanya.



Sebelum mencipta Nabi Adam a.s. Allah s.w.t telah mencipta bangsa Jin dan Iblis



ADAM MANUSIA PERTAMA



Nabi Adam a.s. merupakan manusia pertama d ciptakan oleh Allah s.w.t daripada tanah liat.Setelah Nabi Adam a.s d jadikan Allah,Allah s.w.t telah memerintah semua penghuni Syurga sujud kepada Adam.Semua mereka sujud kecuali Iblis.Iblis telah ingkar dengan perintah Allah s.w.t itu kerana menganggap dirinya lebih mulia dari Nabi Adam a.s. kerana Adam d cipta dari tanah liat yg kering ,sedangkan Iblis di cipta dari api yg panas.Hal ini telah d terangkan oleh Allah s.w.t dalam surah Al-Hijr ayat 26 bermaksud,”Sesungguhnya Kami jadikan manusia dari tanah yg kering,dari tanah hitam yg busuk.”Dan dalam surah yg sama ayat 27”Kami jadikan Jin sebelum manusia,daripada api yg sangat panas.”



Firman Allah s.w.t dalam surah al Baqarah ayat 34 bermaksud,”Ingatlah ketika Allah berfirman kepada para Malaikat,sujudlah kamu kepada Adam,maka sujudlah mereka semua, kecuali Iblis,dia enggan dan sombong,maka dia termasuk golongan yg kafir,”



Oleh kerana Iblis tidak mahu sujud kepada Adam,maka Allah berfirman dalam surah Al-Hjr ayat 32-35,



Bermaksud “Hai Iblis! mengapa kamu tidak mahu sujud bersama mereka yg sujud itu,”Sahutya,”Tiada patut aku bersujud kepada manusia yg Engkau jadikan dari tanah kering,tanah hitam yg busuk”Allah berfirman:”Nyahlah engkau dari sini!Sesungguhnya engkau terusir.Sesungguhnya Engkau mendapat kutuk Ku sampai hari kemudian.”



Semenjak itu bangsa jin tidak boleh tinggal lagi d syurga.



IBLIS MOHON PANJANG UMUR



Bagaimanapun mereka memohon kepada Allah agar d panjangkan usia hingga ke kiamat bagi memperdayakan umat manusia utk membalas dendam d atas terkeluarnya mereka dari Syurga dan menggangapnya kerana Adam a.s Allah memperkenakan doa mereka seperti dalam firman Allah dalam surah Al-Hijr ayat 36-40 bermaksud berkata Syaitan,”Ya Tuhanku,berilah saya janji sampai hari manusia d bangkitkan”



Allah berfirman ,”Sesungguhnya Engkau d beri waktu ,sampai hari yg d tentukan,”



Sahut Iblis itu:”Ya Tuhanku! Di sebabkan Engkau telah menyesatkan daku,akan ku hiasi mereka(manusia)dengan kejahatan yg ada d muka bumi ini,dan aku sesatlan mereka semua kecuali hamba Engkau yg ikhlas”



Allah s.w.t telah memperkenakan permintaan Iblis itu,sebagaimana FirmanNYa dalam surah Al-Hijr ayat 41-44 bermaksud”Inilah janjiKu yg betul”



Sesungguhnya terhadap hambaku,tiada berhak engkau menguasinya,kecuali org yg mahu mengikut engkau,di antara orang-orang yg sesat,Sesungguhnya neraka jahanan itulah tmpat siksaan mereka semuanya.Bagi neraka itu ada tujuh pintu.Bagi tiap-tiap pintu itu ada bahagian yg d tentukan utk orang-orang yang berdosa,”

Dengan keterangan ayat tersebut jelaslah menujukan kepada kita syaitan adalah musuh yg nyata bagi manusia,maka sentiasalah berwaspada terhadap goadaan syaitan.



ADAM DIAJAR BERBAGAI PENGETAHUAN



Kepada Nabi Adam a.s. Allah s.w.t member berbagai pertunjuk dan pengetahuan sehingga menjadikan dirina seorang yg pandai dan pintar.



Dalam Surah Al-Baqarah ayat 31-32 Allah berfirman”Allah mengajar kepada Adam segala benda,kemudian d bawalah benda-benda itu kepada Malaikat seraya berfirman,”Ceritakanlah kepada KU nama barang-barang ini,jika memang kamu yang benar.”



Jawab mereka,”Maha suci Engkau ya Allah,tidaklah kami mengetahui melainkan apa-apa yang Engkau ajarkan kepada kami,Sesungguhnya Enkgau ajarkan kepada kami,sesungguhnya Engkau mengetahui, lagi bijaksana.”Bagaimanapun ilmu Allah itu amat luas d bandingkan dengan ilmu manusia hanya bagaikan setitis air d lautan sahaja.



Sebagaimana FirmanNYA dalam Surah Al-Isra’ayat 85 bermaksud”Tidaklah Aku beri ilmu kepada kamu(manusia) kecuali sangat sedikit sekali’.





SITI HAWA DI CIPTA



Untuk di jadikan pasangan hidup Nabi Adam a.s. Allah s.w.t kemudiannya mencipta Siti Hawa.

Sebagaimana firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat 21,bermaksud ,”Dan di antara ayat-ayat Nya juga bahawa Allah menjadikan isteri bagimu yg sebangsa denganmu supaya boleh kamu diam bersama-sama dengan dia,berkasih-sayang cinta mencintai sesungguh itu menjadi keterangan bagi mereka yg mahu berfikir”



Adam dan Hawa tinggal bersenang-senangan d dlam syurga dan menikmati segala yang ada di situ.Cuma mereka d larang dari mendekati pohon Khuldi dan mengambil buahnya.Dan itu merupakan larangan pertama dari Allah s.w.t



Larangan dari Allah itu d ketahui oleh Syaitan yg kemudiannya menyamar masuk ke dalam Syurga menemui Adam a.s. dan Siti Hawa.Berpura-pura menjadi orang yg baik Syaitan ,memujuk Adam supaya mendekati pohon Khuldi itu dan mengambil buahnya utk d makan.Menurut Iblis,dengan memakan buah tersebut mereka berdua akan kekal selamanya d dalam syurga.



TERGODA PUJUKAN SYAITAN



Mereka berdua akhirnya tergoda dengan pujukan Syaitan.Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa mendekati pohon Khuldi dan memetik buahnya kemudian di makan.



Syaitan begitu gembiranya janji utk menggoda manusia tercapai.Kerana pujukan dan tipu muslihat Syaitan,mereka berdua melanggar perintah Allah.Adam dan Hawa kemudiannya terusir dari syurga.

Dalam Surah Al-A’Rat ayat 20-22 Allah berfirman bermaksud”Iblis memperdayakan keduanya,supaya terbuka keduanya kemaluan yg tersembunyi olehnya masing-masing,seraya berkata “Tiadalah Tuhan engkau melarang memakan buah buah kayu itu,melainkan supaya engkau jangan menjadi Malaikat atau tetap tinggal d dalam syurga”



Ia bersumpah atas nama Allah:”Sesungguhnya saya ini seorang yang memberi nasihat kepada engkau berdua”Maka d pujuklah keduanya supaya memakan buah kayu itu dengan segala tipu daya.

Setelah keduanya memakan buah kayu itu,maka terbukalah ‘auratnya sehingga mereka menutupi dengan daun kayu Syurga.Kemudian Tuhan memanggil keduanya”Tiadakah aku telah melarang kamu berdua memakan buah kayu itu,dan Aku katakan pula kepada kamu,bahawa syaitan itu seteru yang terang bagimu?”



ADAM BERPINDAH KE DUNIA



Nabi Adam a.s memohon ampun dan bertaubat kepada Allah,Taubatnya itu d terima oleh Allah s.w.t tetapi semenjak itu Adam dan Hawa tidak boleh tinggal lagi d Syurga.



Adam dan Hawa d perintahkan tinggal d bumi secara berasingan.Setelah sekian lama tinggal berasingan ,akhirnya mereka d ketemukan kembali d satu tempat bernama”Padang Arafah”artinya”Tempat kenal mengenal antara Adam dan Hawa.



“Tempat tersebut terletak dalam negeri Makkah dan kemudiannya telah d jadikan salah satu rukun haji”



PERKAHWINAN DI ZAMAN ADAM



Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa kemudian bersatu kembali dan mereka d kurniakan dengan ramai anak.Setiap kali melahirkan anak mereka mendapat anak kembar lelaki dan perempuan.Tujuan Allah berbuat demikian bagi meramaikan umat manusia d muka bumi ini.



Dan perkahwinan anak-anak Adam a.s. d lakukan dengan saudara kandung mereka sendiri tetapi bukan dengan pasangan kembarnya.Contohnya Qabil d lahirkan dengan saudara kembarnya Iqlima,seorang wanita yg tercantik.Manakala Habil d lahirkan dengan Labuda.



Mengikut hokum Qabil mesti d kahwinkan dengan Labuda dan Habil dengan Iqlima tetapi Qabil membantah perkahwinan tersebut dan berkeras mahu berkahwin dengan saudara kembarnya tersendiri.

Perkara tersebut telah dbawa kepada pengetrahuan ayahanda mereka.Nabi Adam a.s dan baginda tetap mempertahan hokum Allah supaya Iqlima d kahwin dengan habil.



Qabil tetap menolak keputusan tersebut bagaimanapun perkara tersebut d serahkan kepada Allah dengan melakukan korban.Mana-mana korban yang d terima oleh Allah ,itulah yang harus mengahwini Iqlima hal ini telah d terang oleh Allah dalam surah Al-Madiah ayat 27-30

“Ceritalah hai Muhammad kepada mereka itu dengan sebenarnya akan riwayatnya dua orang anak Nabi Adam (yang bernama Habil dan Qabil),iaitu ketika keduanya berkorban kepada Allah,Maka Allah menerima korban salah seorang antara keduanya iatu(Habil) Allah tiada menerima daripada lainnya(Qabil).(Sebab itulah Qabil marah kepada Habil),seraya katanya:”Demi Allah ,aku akan membunuh engkau,”



Maka jawap Habil:”Sesungguhnya Allah menerima korban dari orang-orang yg takut.Demi Allah,Jika engkau memukul saya dengan tangan engkau,kerana hendak membunuh saya,maka syaa tidak akan membalas pukulan engkau itu,kerana saya takut akan Allah,yang memelihara semesta alamini.Saya menghendaki supaya engkau kembali membawa dosa membunuh saya,berserta dosa engkau sendiri.Maka engkau adalah golongan yang masuk neraka.Demikianlah balasan orang-orang yang aniaya”Tetapi hawa nafsu Qabil selalu hendak membunuh saudaranya itu.



QABIL MEMBUNUH HABIL



Habil kemudian d bunuh oleh Qabil.Dan Habil d katakana manusia pertama yang meninggal dunia.Nabi Adam a.s. wafat dalam usia seribu tahun dan setahun selepas itu d ikuti oleh isteri baginda Isteri baginda Siti Hawa.



Setengah riwayat mengatakan Adam a.s. d kembuikan d Hindustan,dan sebahagian lagi mengatakan baginda d kembuikan d makkah atau jedah berdekatan dengan kubur Siti Hawa.Apa2 pun wallahualam yg buruk daripada hamba yg baik daripada Allah .

No comments: