Monday, July 25, 2011

sekuntum bunga plastik nice one i love it :)

Boy menyintai Girl dengan sepenuh hati. Mereka telah bercinta sejak menuntut di salah sebuah pusat pengajian tinggi. Hubungan mereka hampir mencecah 5 tahun.
Suatu hari, Girl bertanya kepada Boy tentang perasaan Boy terhadap Girl.
“Sedalam manakah awak menyintai saya?’ ujar Girl dengan penuh perasaan.
“Saya menyintai awak lebih daripada Jurang Mariana di Filipina,” balas Boy dengan lembut.
Hubungan mereka berterusan sehinggalah Boy menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Girl pula bekerja di salah sebuah syarikat terkemuka.
Suatu hari, muncul orang ke-3 dalam hidup Boy dan Girl. ‘Dia’ adalah rakan sekerja Girl dan sama-sama keluar jika ada masa lapang. ‘Dia’ mengetahui tentang perhubungan di antara Girl dan Boy tetapi kerana hasad dengki, ‘Dia’ berusaha untuk memutuskan hubungan di antara mereka berdua. Akhirnya, setelah lama memujuk dan termakan dengan pujukan ‘Dia’, Girl berjumpa dengan Boy dan menyatakan hasrat untuk memutuskan hubungan di antara mereka berdua.
Apabila Boy mendapat tahu tentang hasrat Girl, Boy mendapatkan penjelasan daripada Girl.
“Awak terlalu sibuk dengan pengajian awak sampai tidak ada masa untuk saya. Saya amat kecewa dengan perhubungan kita,” keras nada Girl menuturkan ungkapan itu.
“Nampaknya, awak memang sudah melupakan sedalam mana perasan saya terhadap awak. Namun, apakan daya saya jika itu kemahuan awak. Saya terpaksa melepaskan awak, balas Boy dengan lemah.
“Sebelum itu,saya ingin memaklumkan kepada awak, 3 bulan lagi saya akan ke luar negara untuk menyambung pengajian saya lagi, saya harap awak terimalah sejambak bunga ini sebagai kenangan cinta saya terhadap awak”, sambung Boy.
Jambangan bunga pemberian Boy telah diletakkan di atas meja. Kerana Girl terlalu sibuk dengan kerjanya dan kini telah dinaikkan pangkat sebagai eksekutif dan ‘Dia’ masih tetap memujuk Girl untuk menjadi teman wanita nya. Setalah sekian lama dan Boy sudah ke luar negara, jambangan bunga dibiarkan kering di atas meja tetapi ada sekuntum bunga yang tidak kering dan masih kekal dengan warna asalnya.
Girl hairan melihat bunga tersebut dan mencabutnya dari jambangan bunga lain yang telah kering.
“Oh, bunga plastik rupanya, patutlah tidak kering”, getus hatinya.
Di batang bunga tersebut terdapat secebis kertas dan Girl membukanya perlahan-lahan.
Kekasih yang ku cintai.
Bagaikan sejambak bunga pemberianku ini, cinta kita akan pudar tetapi hatiku masih menyimpan sekuntum bunga yang tidak akan mati, sebagaimana matinya bunga yang lain. Itu adalah cintaku terhadapmu biarpun ianya tidak wangi tetapi masih mekar seperti masa dahulu..
Biarpun tidak harum tetapi masih mekar dan cantik seperti dahulu. Hargailah cinta yang telah terjalin dan tidak usah dipersoalkan sedalam mana cinta seseorang terhadap kita kerana ianya tidak dapat diungkapkan melainkan dapat dirasai.

No comments: