Monday, July 25, 2011

Anak sepak jenazah ayah sebelum d kebumikan renungan bersama petikan sebuah majalah

Kisah yg saya hendak ceritakan ini bukanlah untukmengaibkan sesiapa mahupun si mati.Tetapi saya ingin berkongsi pengalaman inibersama pembaca supaya tidak mencontohi perangai si mati

Peristiwa sedih ini berlaku d selatan Thailand padatahun 1999.Semasa hidup si mati memang seorang yg sangat kuat dan gagah.Nama simati juga tersohor d segenap kampong d daerah itu.

Biarlah saya perkenalkan nama si mat itu dengan namaSamad atau nama gelarannya,Samad King kong.Namanya sahaja telah menunjukkankegagahannya.

Sebut sahaja namanya,ramai org kampong yg takut dangentar.Tubuh Samad King Kong sangat sasadan kudratnya juga cukup kuat.Setakat lima org bertempur dengannya,senang2sahaja d tewaskannya.

Sebenarnya saya tidak mahu ceritakan tentangkegagahan Samad.Tetapi apa yg mahu saya ceritakan ialah perangai burukSamad.Seumur hidup,saya kenal sejak kecil,Samad tidak pernah sembhyang danberpuasa.

Bukan kata sembhyang,sekali ucapan bismillah punsaya tidak pernah dengar terkeluar dari mulut Samad.Perkataan yg selalu keluardari mulutnya ialah maki-hamun dan juga perkataan mencarut.

Setiap malam pula,aktiviti Samad ialah lepak d diskodan juga minum arak.Setiap malam Samad akan lepak d disko bersamakonco-konconya utk berhibur.

Selain minum arak,Samad juga kaki judi dan kakiperempuan.Tidak kira anak siapa,asal berkenan ,Samad akan sapu.Perbuatanmaksiat itu sudah sebati dengan diri Samad dari muda sehinggalah mencecah umur40-an.Sayang,kegagahan Samad d gunakan ke jalan yg salah!

Walaupun berperangai sedemikian,Samad seorang kawanatau jiran yg baik ,mudah memberikan kerjasama ataupun pertolongan kepadakawan2nya yg memerlukan bantuan.

Sesiapa sahaja yg berani menggangu kawan2nya,nahasdi kerjakannya,Samad juga orang yg tidaklokek.Bantuan dari segi wang ringgit juga senang2 sahaja d hulurkan keranaSamad juga org yg berduit.Tetapi tidak seorang pun tahu apa kerja Samad.Tetapiwangnya tidak pernah putus.

Suatu hari,saya terdengar berita Samad King Kongjatuh sakit.Saya bergegas ke rumahnya ygberada tidak jauh dari rumah saya.Sewaktu sampai d rumahnya,saya lihat telahramai jiran2 yg menzirainya.Saya terus masuk.

"Kenapa dengan Samad?"soal saya kepada Limah,isteriSamad."Tak tahulah Din! Tiba-tiba sahaja dia rebah,tak sedarkan diri,"balasLimah.

Saya duduk d sisi Samad.Saya lihat mukanyapucat.Bibirnya putih.Dahinya juga berkerut2 .Saya memerhatikan jiran2 yg beradad sekelilingnya.Tidak ada seorang pun yg membacakan surah Yasin.Saya punmengeluarkan surah Yasin d dlm poket lalu membacanya.Baru sahaja saya mulakanbacaan,tiba2 anak lelaki Samad menerpa kea rah saya dan menarik surah Yasindari tangan saya.

"Apa pak cik buat ni? Abah belum lagi mati.Buat apa baca Quran,"jerkah anak lelakinya.

Saya terkejut dan menggeleng2kan kepala.Sayaberitahu kepada anak lelakinya,surah Yasin ini bukan sahaja d baca ketika orangsudah meninggal,org sakit juga dsunatkan membaca surah Yasin.Anak Samad King Kong tetap berkeras tidak membenarkan saya membacaYasin.Dia tetap dengan pendiriannya.

Saya biarkan sahaja.Anak Samad terus berlalu dankeluar dari rumah.Saya masih berada d sisi Samad.Samad sedikit pun tidakbergerak.Saya meminta jiran2 yg datang supaya membaca surah2 hafazan dansedekahkan kepada Samad.Tetapi bacaan jangan kuat.Cukup d dlm hati saja.

Sedang mulut masing2 terkumat –kamit menyedahkanayat2 suci Al-Quran kepada Samad,tiba2 mata Samad terbuka.Matanya merenungtajam siling rumahnya.Matanya terbeliak.Nafasnya tersekat2.Dadanya berombakkuat.Limah terus menerpa ke arah suaminya."Abang! Abang!" laung Limah lalumenggoncangkan tubuh Samad beberapa kali.

"Limahj!Ajar Samad mengucap,Cepat!"kata saya kepada Limah.Limah masih lagimenggoncang tubuh Samad.Mata Samad makin terbeliak.Dia seolah2 nampak sesuatuyg menakutkan.Bibirnya terketar2.

Anak lelaki Samad yg berada di luar rumah berlarimasuk mendapatkan ayahnya.Saya meminta anak Samad supaya mengajar ayahnyamengucap.Anak Samad menggeleng2kan kepala.Dia mengatakan kepada saya tidakpandai mengucap dua kalimah syahadah.Terkedu daya mendengarnya.Saya punmerapatkan mulut saya ke telinga Samad.

"Lailahaillallah..."bila sahaja saya membaca kalimahitu d telinganya,Samad menggelupur seperti ayam kena sembelih .Saya terusmemegang erat tubuh Samad.Seminit kemudian,Samad menghembuskan nafasnya ygterakhir dengan matanya yg terbeliak,mulutnya ternganga,serta mimik muka org ygdalam keadaan ketakutan.

Saya segera menundung muka Samad dengan sehelaikain.Saya tidak mahu mayat itu d abikan dan menjadi buah mulut org kampong.Olehkerana anak Samad tidak berapa arif mengenai pengurusan jenazah,akhirnya sayamemninta izin anaknya utk menguruskan jenazah ayahnya.

Setelah memandikan dan mengapankan jenazah,sayameminta beberapa org jiran mengangkat mayat utk d masukkan ke dalam vanjenazah.Saya dan beberapa org jiran mengangkat mayat Samad.Tetapi tidakbergerak.Jenazahnya sangat berat seperti batu maha besar.Mula2 kami angkatempat orang,lepas tu lapan org dan akhirnya sepuluh org.

Tetapi mayat Samad tidak bergerak seinci pun.Sayaberasa sangat pelik.Badan Samad tidaklah besar sangat.Tetapi kenapa mayatnyasangat berat.Kami semua keletihan,Anak Samad hanya memerhatikan dari jauh.

Saya duduk d sisi jenazah sambil mengelap peluhkerana terlalu penat.Tiba2 anak Samad datang dan mencuit bahu saya.

"Pak cik Din!Apa kata kalau kita tarik sahaja mayatni,"kata anak SamadSaya membantah.Sayatidak benarkannya.Saya katakana perbuatan itu tidak baik dan menyeksajenazah.Wajah anak Samad bertukar menjadi muram.Dia menundukkan mukannya kelantai.Saya bertanya kepada anak Samad apa sebenarnya yg berlaku.

"Sebenarnya...ayah ada pesan.."balas anak Samad KingKong dengan nada yg tersekat2 lantas bercerita pesanan itu...

Apa pesan Samad king kong?

Suatu petang,sedang Samad dan anak lelakinya,duduk dserambi,Samad berpesan kepada anak lelakinya:"Man!Kalau aku mati nanti,kau takpayahlah nak usung2 mayat aku.Dah tentu berat.Kau tarik saja mayat aku sampaike kubur,"kata Samad sambil ketawa besar d sambut ketawa oleh anaknya itu.

"Kenapa abah !"soal anak Samad King Kong."Aku kangagah dan kuat.Tak ada siapa yg boleh angkat aku.Tapi kalau aku,sepuluh org akuboleh angkat serentak.Ha! Ha! Ha!"balas Samad lagi d tambah dengan hilai ketawayg lebih kuat.Anak Samad juga ketawa mendengar kata2 ayahnya itu.Selepas ituSamad berpesan lagi kepada anaknya."Bila dah sampai ke kubur ,masa nak masukkanke dalam liang lahad,tak perlu pangku mayat aku.Sepak saja,biar mayat akumenggelongsor ke lubang kubur!"pesan Samad lagi.

Anak Samad mengalirkan air mata selepas berceritakepada saya.Saya menyatakan kepada anak lelakinya,itu mungkin hanya gurauansahaja.Kita tidak blh buat begitu kepada jenazah ayah kita.Kita mestimemuliakannya,walaupun jasadnya tidak bernyawa.Anaknya hanya diam.

Hari itu,saya bersama beberapa org jiran yg lainmeneruskan usaha mengangkat jenazah Samad.Tetapi tetap sama,tidak terangkatwalaupun sedikit.Saya pun memandang anak Samad yg sedari tadi hanya melihatdari jauh.Saya memanggil anaknya.

"Jalankanlah pesan Samad'"kata saya kepada anakSamad.Anak Samad diam.Matanya berair .Dia kemudian mengambil segulung tali danmengikat tali itu d sebelah kepala ayahnya.Dengan linangan air mata,anak arwahSamad menarik mayat ayahnya dengan tali tersebut.

Pelik!Bila mayat Samad d tarik anak lelakinya,mudahsahaj bergerak,tidak lagi berat tetapi seperti ringan sahaja.Saya mengucappanjang melihat peristiwa itu.Semua jiran juga buntang mata melihat anak Samadmenarik jenazah ayahnya ke kubur yg terletak hanya 200 meter dari rumahnya.Setelahsampai sahaja d tepi lubang,saya bersama beberapa org jiran cuba hendakmenurunkan jenazah Samad ke dalam liang lahad.Tetapi perkara sama berlakusekali lagi.Mayat Samad tidak bergerak.Mayatnya sangat berat.

Saya memnggil lebih ramai lagi jiran2 utk menurunkanjenazah Samad ke dalam liang lahad.Tetapi tetap tidak berhasil.Semua jiransemakin hairan.Kenapa mayat Samad menjadi berat semula.Sedangkan semasa d tarikanaknya sebentar tadi,mayatnya kelihatan sangat ringan seolah2 mempunyai roda dbawahnya.Saya memandang wajah anak Samad.Saya kemudiannya memberikan isyarat menggunakan anak mata supaya menjalankan pesanan arwah Samad.Kali ini,anakarwah Samad menangis.

"Ke tepi semua,"laung anak Samad berundur daribelakang beberapa langkah..Apabila semua jiran ke tepi,anak Samad terus berlaridan menyepak jenazah arwah ayahnya.Sebaik terkena sepakan kaki anaknya,mayatSamad terus bergolek ke dalam kubur.

Ajaib betul.Saya menangis apabila melihat kejadianpelik itu.Begitu seksa dan azab sekali mayat Samad hendak d kebumikan.Setelahjenazah Samad masuk ke dalam lubang ,saya dan dua org jiran hendak turun kedalam lubang utk memperbetulkan kedudukan jenazah d dlm liang lahad.Tapi barusahaja hendak masuk,tiba2 kami tercium bauk yg sangat busuk keluar dari lubanglahad.

Bau itu sangat busuk seolah2 seperti baubangkai.Semua yg ada bersama menutup hidung.Ada yg termuntah.Saya segeramemerintahkan jiran2 supaya mengambus mayat Samad dengan cepat.BersemadilahSamad King Kong menepati pesanan yg d beritahu kepada anak lelakinya.

Sudah hamper 19 tahun berlalu,tetapi perisitwa itucukup menginsafkan saya.Benarlah seperti peringatan Allah dan hadis NabiMuhammad s.a.w.,barang siapa ingkar dan suka melanggar larangan dan tegahanagama,terimalah azab pedih yg d janjikan.

Mungkin itulah juga balasan Azab Allah kepada SamadKing Kong d dunia lagi.Di akhirat?

Astaghfirullah hal azim...marilah kita bertaubat!

No comments: