Wednesday, July 20, 2011

tips menghadapi pasangan yg lebih muda.

1.Bercerita sesuatu yg matang

Lelaki muda biasanya di lihat tidak matang.Lebih ketara lagi kalau si wanita berusia 30-an dan pasangan masih di usia 20-an.Sebenarnya menjallin hubungan dengan lelaki muda ada kalanya mendatangkan beberapa masalah kerana mereka biasanya masih keanak2an.Justeru itu,kalau berbicara dengannya,berbicaralah dengan matang.Bincangkan topik yg boleh membuatnya mengutarakan pendapatnya dan bukan dia hanya mendengar sahaja

2.Biasa berlaku perbezaan pendapat

Wanita sering kali mendambakan lelaki yg mampu memberikan mereka perlindungan dan kasih sayang.Ini yang mereka cari dalam sebuah perhubungan.Wanita mencari sebuah perhentian yg mana mereka berasa selamat utk d dudukinya,bukan yg mudah karam atau tenggelam.Namun lelaki muda biasanya jarang membincangkan soal perkahwinan kerana belum bersedia menamatkan bujang.Malah anda juga mungkin sering berbalah pendapat khususnya dari cara pemikiran,pakaian,hobi dan sebagainya.Sebagai wanita anda perlu matang dalam menghadapi perkara ini sekiranya mahu menyelemakatkan sebuah perhubungan.Tetapi kalau sudah asyik berbalah pendapat,fikirlah sebaiknya kerana anda bukan mahu hidup sehari dua dengannya tetapi selamanya.

3.Buktikan kemampuan

Soal cinta,jodoh pertemuan adalah urusan Allah.Tidak salah jika pasangan anda lebih muda asalkan anda tahu cara utk mengemudi sebuah perhubungan.Memang ada akan menjadi bahan bualan masyarakat yg mungkin mempertikaikan kemampuan anda utk melayari sebuah perhubungan.Sebagai wanita anda perlu buktikan bahawa anda adalah yg terbaik.Umur sekadar angka yg paling penting ialah bagaimana pemikiran anda.

4. Lupakan kisah lama
,
Apabila anda memilih pasangan yg lebih muda,bermakna anda bukan bererti anda harus memutuskan semua perhubungan dgn rakan dan jgn pula terikut dgn cara pemikiran mereka yg masih muda.Pilihan sebenarnya di tangan anda,kalau anda bersedia utk hidup dgn dia yg anda sayangi,bermakna anda harus berkorban sebahagian perkara dalam hidup.Ini kerana alam perkahwinan adalah perkara seumur hidup dan bukan main2

Sebenarnya bila menyentuh tentang soal kasih sayang,ia tidak mengenal batas.Sebab itulah kita melihat ada suami yg berusia 60-an dan isterinya 20-an.Walaupun orang mungkin berkata,ia berkaitan soal harta tetapi inilah d namakan jodoh.

Begitu jugalah halnya dengan lelaki muda dan pasangan lebih berusia.Hidup ini umpama maraton,ia sebuah perjuangan utk menang.Sama ada anda berlari laju atau perlahan matlamatnya adalah ukt sampai ke penghujung.Begitu jugalah dengan sebuah penghidupan.Suka atau tidak anda yg menentukan hala tuju anda sendiri.Tidak kisah soal usia asal anda pandai mencaturnya

No comments: