Friday, July 22, 2011

romantik bercinta i teringat my dad bagi surprise with mom ngeh ngeh :S

Saya cintakan awak. Awak cinta saya?”

“Saya pun cintakan awak. Awaklah lelaki pertama yang berjaya mengetuk pintu hati saya,”

“Awak janji akan sehidup semati dengan saya?”

“Ya, saya janji.”

“Betul?”

“Ya, saya janji awak. Saya akan sehidup semati dengan awak.”

Muda-mudi yang biasa bercinta, ramaja-ramaja yang selalu putus, kemudian sambung balik cinta memang dah biasa dengan benda-benda macam ni. Bahkan mereka yang sudah berusia itu lebih-lebih lagi berpengalaman dari kita dalam erti kata cinta ni.

Semua orang yang sudah berumahtangga memang pernah bercinta. Bukan awak seorang aje. Jadi, dalam bercinta ni bukan sahaja soal janji dan kepercayaan yang diperlukan. Bahkan terlalu banyak aspek yang perlu juga diambil kira untuk menjaga hati pasangan masing-masing.

Sekadar berjanji untuk hidup bersama itu mungkin dah biasa sangat orang buat. Esok lusa putus juga kalau tak ada kejujuran. Namun sejauh mana usaha untuk mengekalkan hubungan itu adalah yang jauh lebih utama dalam hubungan percintaan.

Satu tip untuk menghangatkan kembali aroma percintaan ialah lakukanlah kejutan kepada pasangan anda. Buat suatu kejutan dalam bentuk temu janji, special dinner, hadiah istimewa atau sebagainya. Lakukannya secara kreatif. Yang ini ramai yang tak buat lagi. Atau tahu sebenarnya tapi buat-buat tak tahu.

Ingat tarikh-tarikh penting dalam hidup pasangan anda. Tarikh ulang tahunnya, tarikh pertemuan pertama barang kali atau apa sahaja. Kejutan dan tarik-tarikh istimewa ini sebenarnya amat diperlukan dalam alam percintaan. Dengan itu seseorang itu akan merasa seolah dihargai, diberi perhatian dan mereka tidak diabaikan.

“Abang ingat tak hari ni hari apa?”

“Emm… abang tak ingatlah, sayang.”

“Alah, cuba abang ingat betul-betul, hari ni hari apa?”

“Hari apa ya?” (menggaru-garu kepala yang tidak gatal)

“Hee… abang tahu kan. Saje je abang buat-buat lupa. Nakal ya dia.”

“Ooh ya.”

“Ha, ingat pun.” (sambil tersenyum)

“Hari ni hari Jumaat!”

“Abang!!!!”

Aduhai bang, bila teman wanita atau isteri awak tanya macam tu maknanya adalah tu tarikh-tarikh istimewa yang perlu diingat. Jangan buat-buat lupa. Benda-benda ni nampak macam remeh, namun perkara inilah yang akan mengekalkan keharmonian dan kerukunan dalam hubungan percintaan. Barulah dikata romantik!

No comments: