Friday, July 22, 2011

evergreen cinta alangkah kalau kita mcm ibu bapa kita memerhatilah diaorang bercinta bagaimana :)

SELALU tak kita tengok budaya berpimpin-pimpin tangan ini diamalkan di negara kita? Biasa jumpa?

Yang selalu kita lihat, yang senang sangat kita nak terserempak ialah pasangan muda-mudi, remaja-remaja, budak-budak sekolah atau pun isteri orang dengan suami orang. Betul?

Yang dah kahwin-kahwin ni, jarang kita nampak macam ni. Kenapa? Tak boleh ke nak evergreenkan cinta itu seperti mana zaman hangatnya dulu sampailah ke anak cucu cicit. Bukan ke itu yang lebih elok?

Ini, bila nak pimpin tangan isteri, tengok dulu kanan dan kiri, tak ada orang kenal, ha barulah nak pegang. Jumpa aje tempat ramai orang siket, dah gelabah, lepas semula. Macam ni ke cinta namanya, bang?

Jadi, buat anda semua yang sudah beristeri, yang sudah bersuami pun sama, hargailah pasangan anda. Kalau masa bercinta dulu ber ling, ayang, hubby, jadikan selepas kahwin pun macam itu.

Hangatkan cinta, hargailah ia, simbolikkanlah ia. Dengan itu, anda akan kenal apakah sebenarnya maksud Tuhan kurniakan rasa cinta kepada setiap makhluknya.

No comments: