Friday, July 22, 2011

tips bercinta

#1 Bercinta Kerana Harta

Cinta sejati tidak dapat dibeli dengan harta. Harta datang dan pergi setiap saat. Hari ini berharta, minggu depan belum tentu masih ada lagi harta itu. Tetapi hidup dengan kekayaan harta tanpa cinta juga tidak lengkap. Cinta yang sesat boleh dibeli dengan harta, CINTA yang sejati tidak dapat dibeli dengan harta.



#2 Bercinta Kerana Desakan Asmara

Asmara itu bukan cinta dan sering kali disalah erti. Asmara boleh berubah mengikut rupa, tempat dan keadaan. Cinta pula perlu diuji dengan suka dan duka dengan mata yang terbuka. Asmara itu buta, tidak tahan lama dan tidak tahan diuji.



#3 Bercinta Kerana Desakan Usia

Apabila usia sudah meningkat dan ramai kenalan kamu sudah berkeluarga menjadi satu desakan untuk kamu mencari pasangan. Hindarilah dari berbuat demikian kerana Yakinlah dengan Tuhan. Sesungguhnya Tuhan telah merancang yang terbaik untuk kamu. Berusahalah untuk mencarinya. Pasti harinya akan tiba.



#4 Bercinta Untuk Membalas Jasa

Orang berbudi, kita berbahasa. Orang memberi, kita merasa. Janganlah kita membalas budi seseorang dengan cinta. Kerana cinta yang tidak ikhlas dan berpura-pura akan menyakiti hati kamu dikemudian hari. Kamu perlu elakkan dari bercinta sedemikian rupa untuk mengelakkan derita. Banyak lagi cara lain untum membalas budi, tidak perlu menerima seseorang yang bukan pilihan kita.



#5 Jangan Bernikah Untuk Kepuasan Seks Sahaja

Seks itu hanya sebahagian dari pernikahan. Orang yang hanya memikirkan kenikmatan seks akan kecewa dan terjeart dengan kesusahan yang dicari sendiri.



#6 Jangan Bernikah Kerana Desakan Keluarga

Menghormati kedua ibu-bapa itu perlu. Tetapi jika mereka memilih calon yang bukan pilihan kamu, tolaklah dengan cara yang penuh hikmah. Beri penjelasan kepada mereka, jangan gunakan kekerasan.



#7 Jangan Bernikah Kerana Desakan Usia

Bersabarlah dalam mencari pasangan hidup anda. Yakin dan percaya pada Tuhan bahawa akan tiba masanya jodoh yang baik untuk kamu. Teruskan berusaha. Perkahwinan bukanlah untuk sehari dua, tetapi perlu disemai dan dibajai kesuburanya sehinggalah akhir hayat kamu

No comments: