Tuesday, July 19, 2011

Apa yang isteri benci tapi suami sukaa??

1)membandingkan isteri dengan wanita lain-Adakalanya suami menyebut kebaikan isteri kawannya seolah2 mahu menyindir.Walaupu tujuan suami mahu isteri berubah lebih baik lagi,tapi cara membanding2kan itu sungguh amat tidak bijak bagi isteri yang merasa dirinya sudah berusaha sekuat dayanya selama ini.Isteri anda hanya perlukan nasehat dan sedikit pujian kemudian pujukan utk berubah.Wahai suami,tidak perlu jatuhkan naruah isteri anda,meremehkan usahanya,memandang sempurna wanita lain kecuali anda sendiri yang bermasalah.Wanita yang anda pandang hebat itu sebenarnya baru satu sifa yang anda tahu,beribu sifat buruknya tentu disimpan oleh suaminya sendiri.Ada suami yang memuji isteri kawannya yang pandai mengumpul harta,padahal dia tak tahu suami wanita itu sungguh terseksa dengan kesibukan isterinya berniaga hingga makan zahir dan batin suami tak terjaga.Ada pula yang memuji rumah kawannnya kemas,cantik dan terawat dengan sentuhan seni isterinya.Padahal kerana terlampau menggilai seni hiasan,rumah anak-anak tak di jga dan tercicir pelajarannya.Bahkan ada suami yang memuji isteri kawannya mengurus semua keperluan suami ,padahal wanita itu pun pandai memegang semua harta suami,sampai suami takut meminta duitnya sendiri.Semua yang kita tahu tentang isteri orang atau suami orang sebenarnya hanya satu segmen kecil dari sejuta lagi yang misteri .Bagi isteri yang benci dengan suami yang suka membandingkan ini jangan sedih,pujuk hati anda dan katakan kalau wanita itu hebat adalah wajar kerana suaminya hebat ,sedangkan saya tak hebat mungkin kerana suami saya pun taklah sehebat mana.Jadi dua2 mesti diperhebat lagi hati,sikap dan cara berfikir yang mesti di ubah



2)Melemahkan jiwa isteri dengan menafikan kebaikannya-Penyakit suami yang kedua ini lebih menjurus kepada sikap tidak bersyukur.Bukan isteri saja yang selalu di sebut ramai menjadi penghuni neraka kerana tidak bersyukur pada suami,padahal suami2 pun tak kalah ramai yang berperangai sebegini.Sudahlah baik isterinya menjaga anak2 tetap sihat,cerdik pandai dan beriman.Tak meminta kecuali yang di beri,tak menuntut apa yang suami tak mampu.Suami pula mengata isteri pemalas,kerja duduk saja tak mampu hasilkan apa2 dan suka menyusahkan suami.Dia tak rasa lagi menjadi suami yang pening terpaksa uruskan anak2 sebab isteri bekerja,tak dapat layanan kerana isteri sibuk melayan pelanggan.Belum lagi masala perkembangan anak2 pendidikan,keimanan dan akhlaknya yang mesti d awasi 24 jam .Kalau isteri duduk leka depan sinetron indonesia atau drama korea memang layak d marah.Tapi tak pernah dia lalai dengan tanggungjawabnya menjaga keluarga dan hasil usahanya itu telah melahirkan anak2 yang bijak,soleh dan beradab tidakkah patut anda syukuri?



3)Kuasa mutlak wajib d taat tak boleh runding- Antara yang paling benci isteri apabila suami tak boleh d runding,semua keputusan berada d tangannya.Padahal Allah SWT menyindir suami dalam firman-NYA:"Jika mereka(isteri) mentaatimu janganlah kamu mencari2 jalan utk menyusahkan mereka."(Surah Al-nisa:ayat 34) Kemudian anda telah peringati dalam ayat lain yang bermaksud:"Apabila keduanya ingin menyapih(sebelum dua tahun)dengan kerelaan keduanya dan bermusyawarah maka tidak ada dosa at

as keduanya.(Surah Al-Baqarah ayat:233)Jika pilihan utk menyapih bayi pun mesti di musyawarahkan bersama,inikan lagi berkenan dengan urusan2 rumah tangga yang lain.iada dalil dalam Al-Quran dan hadis yang menyokong sikap suami yang diktator,bahkan agama kita memberi secara hak secara adil kepada setiap insan tak kira suami atau isteri.Demikian tiga perkara sering d lakukan suami yang membuat isteri benci,jika tak di uruskan dengan sikap yang betul boleh jadi konflik akan sentiasa timbul.

No comments: