Monday, July 4, 2011

asmara org pencen lawak2 cali hahaahah

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, diatas katil...
Sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur...

Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu....

Si isteri bersuara,
"Dulu-dulukan..... abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido."

Suaminya yang separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu tidur semula...

Beberapa minit lepas tu, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian.... abang selalu cium saya."

Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri.
Lepas tu sambung tido balik...

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi,

"Lepas tu kan.... abang selalu gigit-gigit leher saya......."

Dengan perasaan marah dan geram, si suami membuang selimutnya dan bangun dari katil...

Si isteri bertanya, "Abang ke mana tu?"

Dengan marah suaminya menjawab,
"KAN AMBIL GIGI LAH NE!!!" URANG KAN TIDO PUN NDA SANANG!!!

No comments: