Thursday, July 14, 2011

baca buang stress seketika okkk

Lawak #1:
sosej dan lembu...
Ada kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan degree, tapi selepas 15 tahun, tak pernah lulus, akhirnya bapak dia dah tak sanggup lagi tanggung beban wang untuk anaknya itu, terpaksalah dia bawak balik ke Malaysia.

Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, bapaknya diam aje (marah la tu).

Si anak dah rasa tak best, so dia pun cari la idea untuk berbual & tunjuk pada bapak dia yang dia kat Amerika ada gain something la dgn pekembangan teknologi. So dia cakap dgn bapak dia:

Anak: Bapak tau tak, kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler. Sekarang nak buat sosej tak payah nak sembelih lembu, buang kulit, masuk je lembu dalam machine, dah jadi sosej....

Bapak: Itu teknologi dah lapuk. Kat Malaysia lagi advance. Aku 32 tahun dulu, masukkan sosej aje dah keluar lembu sekor... menyusahkan plak tu...

Lawak #2:
seluar guni......
Di sebuah kampung yang terpencil tinggallah seorang lelaki miskin bersama-sama dengan ibunya. Lelaki miskin tersebut ingin melangsungkan pekahwinannya tetapi malang, kesemua
seluar dalamnya telah berlubang-lubang kerana terlalu lusuh.
Kasihan melihatkan keadaan anaknya, si ibu membuatkan seluar dalam lelaki tersebut dengan menggunakan guni beras. Di malam pertamanya, isteri lelaki tersebut telah mati
terkejut. Cubateka kenapa?
Jeng… jeng… jeng….
sebab kat seluar dalam tu ada tulis
“Berat Bersih: 50kg”

Lawak #3:
lelaki yang sengau...
Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu bas
“Vang.. vas nih fegi hamfang ke…? ” (bang, bas ni pergi ampang ke?).
Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas.
Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu.
“kenapa awak diam tadi? kesian dia…”
Pemandu itu pun menjawab: “Masham mana haya nak hawab…. haya hun hengau hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!……..”
(macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak!!!)…

Lawak #4:
berhenti merokok....
“Bolehkah saya minta rokokmu sebatang?” tanya John pada George. “Laa.. saya sangka kamu sudah berhenti merokok. Kamu kan sudah tahu bahawa merokok itu merosak tubuh badan! Kamu kan sekarang berpenyakit?” kata George. “Saya memang sedang dalam proses berhenti merokok. Dan sekarang saya sedang dalam tahap pertama.” “Apa tahap pertama itu?” “Berhenti membeli rokok!

Lawak #5:
harta pak pandir..
Pak Pandir adalah seorang anak yang baru saja mendapatkan harta warisan setelah ayahnya meninggal. Tetapi ia bingung di manakah ia perlu simpan wang tersebut. Hendak simpan di bank takut kalau-kalau banknya bangkrup. Diletak dibawah bantal, nanti diambil pencuri.

Setelah berfikir cukup lama, akhirnya ia mendapat ide, ia menanam wang itu dibelakang rumahnya, lalu memasang papan peringatan dengan tulisan yang sangat besar "TIDAK ADA WANG DISINI!". Ternyata temannya Pak Pandir yang bernama Si Luncai melihat apa yang dilakukan Pandir.

Setelah lewat tengah malam, Luncai pun menggali tanah itu untuk mengambil wang tesebut. Setelah ia mendapatkan wang itu dan supaya tidak dicurigai, maka Luncai mengganti tulisan yang ditulis Pandir dengan ayat "BUKAN LUNCAI YANG AMBIL!"

No comments: