Friday, July 8, 2011

bukan susah nak susah,bukan senang nak senang yeah that true

Sebagai manusia biasa, aku juga mempunyai kelemahan dan kekurangan. aku perlu terus menikmati usia dan menjalani kehidupan dengan ujian dan dugaan yang berliku.

"bukan susah nak susah, bukan senang nak senang"

kata-kata ini aku tak tau la dari siapa, tapi pertama kali aku dengar dari cikgu muzik sekolah dulu, Cikgu Azli Yaacob. Masih segar diingatanku.

Sungguhnya, Allah itu Maha Adil, lagi Maha Berahsia.
Kepercayaan Kepada Tuhan (Allah) bukan sahaja salah satu dari rukun negara. malah, Kepercayaan ( Beriman) kepada Allah itu adalah Rukun Iman yang pertama. Kepercayaan itu hendaklah seperti menanam tumbuhan. Ditanam benihnya, disemai dengan baja, disiram air, dijaga pertumbuhan sehinggalah tumbuhan itu membesar. Dan fitrah dunia, semua akan ada penghujungnya dan harapan penghujung adalah dengan meninggalkan benih yang baik untuk meneruskan generasi yang baik.

Allah Maha Adil.
Mencipta mencipta semua berpasangan. bumi dan langit,siang dan malam,lelaki dan perempuan,syurga dan neraka.
Sesungguhnya keadilan itu harus diselami sedalam-dalamnya.

Contoh, Siang hari, matahari yang panas terik itu memancar menerangi bumi. Terang dan panas sehingga kita manusia tidak mampu melihat terus dengan mata kasar walaupun ditapis dengan awan-awan yang berarak. (boleh, tapi berbahaya)
Lalu Allah ciptakan bulan pada malam hari, cahaya dari bulan itu masih mampu menerangi kegelapan malam. Keindahan bulan itu menunjukkan kebesaran Allah. Kita mampu melihatnya tanpa rasa kesakitan.
Dan apakah maknanya gerhana matahari dan bulan itu?




"bukan susah nak susah"
bukan nak buka pekong sendiri, tapi aku sedar dan waras. dulu aku bukan seorang yang baik.
bukan seorang yang diharapkan oleh mak ayah aku. seorang abid. pernah kena lempang dengan ayah sebab tipu solat. terus aku membesar dalam penentangan dalam diri dan berlaku terus perkara-perkara yang tidak mencerminkan seorang pelajar Islam. memang susah nak susah. lantas Keadilan Allah itu menguji diri aku. Aku hanyalah manusia di bumi. Aku beragama Islam. Aku penyembah Tuhan. kesusahan terus menimpa diri aku. Peringatan dari tuhan. Aku manusia yang lemah. Janji pada diri dimungkiri. Janji pada Allah dikhianati.

"bukan senang nak senang"
Kejadian itu aku tafsirkan bukan hasutan syaitan semata-mata, ianya juga adalah ujian dari Tuhan. Perlakuan itu memalukan diri aku. Kalian tidak perlu tahu. Cukuplah aku, dia dan Dia mengetahuinya. Itu bukanlah sesuatu yang aku harapkan. Syukur Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Aku berhenti dan memagari diri sendiri. Ternyata ianya bukan senang dari kata-kata.

Aku masih muda. Masih jauh perjalanan untuk jadi Muslim yang berjaya. Aku juga meminta kawan-kawan Melayuku, buangkan hasad dengki yang menebal dalam diri Melayu itu kerana aku meyakini hasad dengki itu membawa kepada kejatuhan Islam itu sendiri. Aku juga meminta kawan-kawan dari pelbagai bangsa di seluruh dunia, berhentilah kita dari berpura-pura kerana semangat ke-Bangsa-an itu tiada dalam kamus Islam. Kepura-puraanmu itu juga bukanlah keperibadian Islam. Jadi, sementara kita masih dikurniakan nikmat kehidupan di dunia ini, marilah kita hidup saling berpesan-pesan kerana fitrah manusia itu tidak sempurna. Aku mengambil dari kata-kata seorang ulamak,

"Jika sekiranya setiap tentera lebah dan semut itu saling bekerjasama dan membantu, maka tidak munasabah bagi manusia yang Allah swt kurniakan kelebihan yang banyak dari mahkluk lain, terkurung dari dua kerajaan ini ( lebah dan semut), mereka amat teristimewa di dalam bab kerjasama dan bermesyuarat sesama mereka"




Jadi, marilah kita zahirkan kelebihan manusia itu dengan saling bekerjasama dalam membentuk akhlak dan peribadi yang dituntut dalam Islam. Moga-moga Allah berikan petunjuk kepada kita.

kehidupan dunia ini sementara,
akhirat nanti adalah kekal abadi;
takuti balasan neraka yang membara,
mari kita hidup sentiasa berbudi.

bukan payah menjadi susah,
tiada tenang memiliki senang;
mencari arah pantang mengalah,
menghuni syurga seorang pemenang.

semenjak dua menjak ni. aku asyik suka berpantunlah.
ingin menyuburkan bunga agar menjadi sebuah taman yang mengindahi hati.

No comments: