Monday, July 18, 2011

cerita lawak:enjoy it

Cerita Lawak 1 : kentut 1

eorang wanita tua pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Doktor bertanyakan kepada wanita tersebut apa masalahnya.

Wanita tua menjawab dia menghadapi masalah kentut yang tidak berbunyi dan tidak berbau, sedangkan dia telah kentut sehingga sepuluh kali banyaknya ketika berada di pejabat. Memandangkan kentutnya tidak berbunyi dan berbau dia langsung tidak menyedari ianya berlaku. Doktor mendengar dengan teliti dan memberi wanita tua tersebut senarai beberapa jenis pil yang perlu di ambil. Doktor mengarahkan wanita tua itu mengambil pil-pil tersebut selama seminggu dan selepas itu datang berjumpa dengannya semula.

Selepas seminggu wanita tua itu datang semula ke klinik untuk menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada doktor.

"Saya tak tau apa yang doktor berikan kepada saya, tapi bau udara di sekitar saya sangat busuk, tak dengar bunyi apa-apa pun tapi busuknya sangat dahsyat", kata wanita itu.

"Bagus, sekarang deria bau awak dah pulih, kita akan usaha untuk pulihkan deria pendengaran awak pula", kata doktor.


Cerita Lawak 2 : Kentut 2

Akhirnya Pak Ali yang sudah tua dimasukkan anak-anaknya ke rumah orang-orang tua. Baru saja dia masuk ke sana, seorang jururawat yang ayu sudah datang menemaninya duduk-duduk di anjung.

Begitulah, mereka berdua duduk bersebelahan sambil menatap matahari yang hendak terbenam. Tiba-tiba Pak Ali mencondongkan badannya ke kanan.

Si Jururawat dengan cekap menangkapnya agar tidak terjatuh dan menegakkan badannya kembali.

Beberapa saat kemudian kembali Pak Ali mencondongkan badannya, kali ini ke kiri. Kembali dengan tangkas si jururawat menegakkannya kembali. Begitulah terjadi selama beberapa menit.

Akhirnya si jururawat membawa Pak Ali kembali ke biliknya.

Keesokan harinya anaknya datang melawat.

“Bagaimana keadaan ayah di sini?” tanya anaknya.

“Menyenangkan . Tilamnya empuk, makanannya enak, jururawatnya manis-manis. Tapi ada satu masalah”

“Masalah apa ayah?”

“Mereka tidak mengizinkan ayah kentut di sini”


Cerita Lawak 3 : Kentut Tak Berbau Dan Berbunyi

Seorang apek telah berjumpa dengan doktor.

Apek : Doktor aaa..Wa ada masalah la, bila wa kentut tadak bau dan tadak bunyi. Wa sulah kentut lebih 20 kali hari ni dan 3 kali dalam ini bilik.

Doktor: Ok saya bagi awak makan ubat ni, cuba habiskan dan jumpa lagi jika masih ada problem

Seminggu kemudian apek tadi datang lagi ke klinik dengan marah-marah

Apek : Haiya doktor lu bagi ubat arr? Masih belum baik lagi ooo.. tapi sikalang sudah ada bau tapi itu bunyi masih wa tak dengar lorr..

Doktor : Ok apek, tu hari saya bagi ubat hidung, lepas ni saya bagi ubat telinga pulak...

...sebenarnya apek tersebut ada masalah hidung dan telinga sebab tu takde bau dan tak dengar kentutnya.

No comments: