Monday, July 18, 2011

dosa

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum. Marilah kita sama2 memuji dan memuja Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw serta keluarga dan para sahabat yang mulia dan orang2 yang istiqamah mengikuti Baginda.

Ibnu al-Jauzi yang nama lengkapnya Syeikh Imam al-Alamah al-Hafiz al-Mufassir al-Muhaddits Jamal al-Din Abu al Faraj Abd al-Rahman ibn Muhamad al-Bakri al-Tamyi adalah keturunan Saidina Abu Bakar as-Siddik. Lahir pada tahun 509 atau 510 H tetapi menurut saudara lelakinya beliau dilahirkan pada tahun 508 H. Ibnu al-Jauzi menguasai pelbagai disiplin ilmu dan beliau mengarang lebih daripada 300 buku. Beliau seorang yang warak dan zuhud. Mula berceramah sejak berumur 10 tahun. Tidak diragukan bahawa beliau amat pandai menyampaikan nasihat dan peringatan.

Di bawah ini ditulis nasihatnya tentang dosa.

Wahai tawanan dunia,
Wahai hamba nafsu,
Wahai wadah bencana,
Ingatlah apa yang telah engkau perbuat dan takutlah kepada Allah!
Jangan sampai DIA melihat kesalahan dan kederhakaanmu sehingga Dia halangi engkau dari pintuNya, dan DIA cegah engkau untuk akrab dengan para kekasihNya.
Bila demikian, engkau terjatuh dalam jurang kerugian.
Setiap kali engkau ingin membebaskan diri daripada kesesatan suaraNYA akan kedengaran;

Jauhlah dari Kami
engkau tidak mendekati Kami
Wahai pengkhianat yang alpa dan
lalai mengingati Kami
engkau berpaling daripada Kami dan tidak taat kepada Kami
engkau hendak mencari redha pada hal hubunganmu dengan Kami terlerai
Bagaimana engkau sekarang mahu hampiri Kami
sedangkan sejak lama engkau melupakan Kami
Wahai yang mungkir janji
tidak ada yang tersambung dengan Kami
kecuali MUJTAHID yang bersungguh-sungguh.

Berbahagialah insan yang pada waktu malam,
kedua matanya berjaga
Ia lewati malam dengan risau kerana cinta kepada Tuhannya
Ia bangkit sendirian menatap bintang-bintang kerana rindu padaNYA
manakala mata Allah memandang dirinya dengan mesra.

Ia mengingati pesanan Rasulullah saw; "Kebaikan tidak lenyap dan dosa tidak terlupa. DIA Tuhan yang Maha Kuasa tidak fana. Berbuatlah sesukamu, sebab engkau akan mendapat balasan sesuai dengan perbuatanmu".

Wahai saudaraku, tahukah apa yang telah kamu perbuat? Engkau telah membeli yang jauh dengan menjual yang dekat, membeli hawa nafsu dengan menjual aqal, membeli dunia dan menjual agama.

Bangkitlah dan ratapilah dirimu
Selalulah tangisi dia
Bila seorang pemuda bertakwa kepada Allah dalam segala keinginan, sempurnalah ia.

Petikan daripada "Air Mata Penghapus Dosa oleh Ibnu Al-Jauzi".

No comments: