Friday, July 8, 2011

kebahagaiaan berpanjangan bukan sekadar impian

1 Utamakan kejujuran

Ini adalah sesuatu yg pasti utk memastikan kelangsungan sesebuah perkahwinan.Jujurlah tentang perasaan anda terhadap pasangan,sekiranya ada sikap atau tingkah laku pasangan yg anda tidak berkenan,terus terang saja,jangan simpan lama d dlm hati kerana kelak boleh menjadi dendam dan rasa sakit hati

Cari masa utk membicarakannya,sebaiknya sewaktu anda sedang berdua2an dgn dirinya.Memang blh jadi pasangan akan menarik muka atau tersentap bila anda bersikap jujur,tapi percayalah rasa sakit hati seperti ini hanya seketika.Daripada anda sindir menyindir dari pasangan eloklah jujur saja dgn dirinya

2. Jadi diri sendiri

Pasangan mencintai kerana diri anda.Oleh itu tidak perlu mengubah diri anda menjadi urg lain.Walaupun pasangan berkata dia amat menyukai insan yg peramah tapi tidaklah perlulah anda menukar karakter yg sememangnya pendiam hanya kerana mahu menyesuaikan dgn kemahuannya.

Jadilah diri anda sendiri dan bukan bersikap hiporkit.Melakukan sesuatu yg bkn diri anda juga hanya akan menimbulkan tekanan.Sehari dua anda boleh menanganinya tapi haruskah anda perlu berlakon menjadi urg lain selama berpuluh tahun hidup bersama dgnnya.

3 Tulus

Bila anda mencintai pasangan,kuncinya adalah ketulusan.Jgn mengharapkan balasan cinta anda itu.Begitu juga dalam setiap tingkah laku dan bantuan yg anda hulurkan pada pasangan.Tak perlu dihitung apa yg telah anda berikan pada dirinya dan usah sesekali mengungkitnya dan meminta pembalasan.Itulah adalah petanda ketulusan

4.Bersikap terbuka
Jgn biasakan diri berbohong dgn pasangan anda.Sebabnya sekali anda berasa begitu mudah membohonginya maka tidak mustahil anda mengulanginya.Bersikap terbuka dgn pasangan anda tentang apa yg anda lakukan ke mana anda pergi siapa teman anda.

Sikap berterus terang ini juga adalah salah satu cara utk memperoleh kepercayaan daripada pasangan anda.Selain pasangan tidak wawas,anda juga selesa tidak perlu bersembunyi2

5.jangan lupa mengucapkan maaf
Manusia memang tidak lari daripada melakukan kesalahan,tapi ramai yg ego utk mengucapkan kata maaf bila berbuat kesilapan walapun dgn pasangan sendiri.Sikap inilah yg harus d hindarkan utk memperolehi keharmonian rumah tangga.

Tak perlu memendam rasa menahan ego dan membiarkan hubungan semakin dingin semata2 kerana enggan melafazkan kata maaf.Apatah lagi jika anda mengendurkan ego mengucapkan kata keramat ini demi kebahagian rumah tangga.Mengalah bukan bererti anda kalah.

6.Hadiahkan dirnya sesuatu
Tak perlu menunggu hari istimewa seperti hari lahir atau ulang tahun perkahwinan utk memberikan pasangan uhadiah,Berikan pada masa anda mahu terasa mahu menghadiahkan sesuatu buat dirinya.Ini satu lagi petanda ketulusan,Hadiah yg berupa sesuatu yg cukup dinginkan pasti menggembirakan suami atau isteri malah merasakan dirinya cukup d hargai.

7.Berikan perhatian
Isteri terutamanya memang sentiasa mahukan perhatian daripada suaminya.Namun tak bermakna suami tidak mengingingkannya.Tanyakan pasangan tentang bagaimana harinya,walaupun anda tahu saban hari rutinnya sama saja,Berikan layanan tatkala dirinya sakit dan bila bantuan d perlukan.Peruntukan juga masa berkualiti bersama dengannya tanda akan memberikan perhatian buat dirinya.Semua ini akan membuatkan easa sayang jadi semakin mendalam.Percayalah.

8.Hubungan baik dengan keluarga
Selalulah ingat bahawa sebaik anda apabila anda membuat keputusan utk berkahwin bukan bermakna anda berhubungan dengan pasangan anda saja tapi juga dgn seluruh keluarganya sekali.

Hubungan baik dgn keluarga sendiri dan juga keluarga mentua memang memberi pengaruh dlm keharmoninan sesebuah perkahwinan.Justeru binalah hubungan yg baik dgn mereka.Pandai2lah mengambil hati keluarga mentua tapi dalam masa yg sama jgn lupakan ibu bapa dan adik beradik sendiri

9.Jangan terlalu mengongkong

Tiada sapa yg suka diri mereka d kongkong walaupun kanak2 kecil.Walaupn rasa curiga itu perlu tapi tidak bermakna anda harus mengawal perasaan selama 24 jam.Pasti rimas jika pasangan asyik berhubungi sejam sekali dan memantau setiap pergerakkan.

Walau sudah berumah tangga namun setiap insan ada dunianya sendiri jadi berikan pasangan sedikit kebebsan peribadi.Tidak perlu kecoh2 asalkan kebebasan yg di beri tidak di khianati dan melampaui batas.

10.Hargai ruang peribadi

Walaupun anda dan pasangan mengamalkan sikap terbuka dalam segala hal tapi tidak semua perkara boleh anda d bicarakan bersama.Ini perkara yg harus anda tahu.Hargai privasi pasangan dan jgan campuri urusan yg tidak sepatutnya

No comments: