Tuesday, July 19, 2011

kenapa hati manusia berubah..bahagian 2 fikir2kanlah renung2kanlah

?
“(Mereka berdoa), Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk. Kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (kurnia)"...(ali imran:8)

Persoalan 'kenapa hati manusia cepat berubah?' sentiasa membelengu di fikiran saya. Setiap hari berjumpa dengan rakan-rakan dan berjumpa dengan pelbagai ragam manusia menyebabkan saya sedar yang manusia sememangnya cepat berubah..Berubah bagaimana? manusia boleh berubah melalui perbuatan seperti dari jahat kepada baik, kedekut kepada pemurah dan sebagainya..sama ada perubahan itu kerana “terpaksa” (berubah atau rebah) atau kerana “rela” (berubah kerana Allah)..tetapi bagaimana pula dengan perubahan hati manusia?Hati manusia boleh berubah mengikut keadaan. Apabila kita menjumpai sesuatu yang lebih baik di depan mata,yang jauh kita akan lupakan. Perubahan hati tidak boleh di paksa tetapi bergantung kepercayaan dan teguhnya hati kita pada seseorang.

Allah mengurniakan kita akal untuk berfikir. Berfikir dan membuat pilihan yang mana satu intan, mana satu berlian, mana satu emas, mana satu kaca...kita sering lupa apa yang kita miliki,tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain miliki. Sesuatu yang baik belum tentu benar dan sesuatu yang benar belum tentu baik.Sesuatu yang bagus belum tentu berharga dan sesuatu yang berharga belum tentu bagus..Renung-renungkan lah..Dan sebagai manusia biasa, kita mungkin terjebak dengan berbagai-bagai pilihan..hati dan akal lah yang akan membantu kita membuat keputusan. Pengalaman yang lepas mengajar saya bagaimana mengenali hati manusia.Kadang-kadang kita lihat manusia itu dari luaran cukup sempurna,cukup baik,cukup sifat,dimulutnya sentiasa menyebut-yebut nama Allah..tetapi apabila kita mengenalinya lebih mendalam,dia bukanlah seperti apa yang kita lihat,malahan melanggar perintah dan larangan Allah...Adakah manusia seperti ini hipokrit atau disebabkan hatinya mempunyai dua pilihan (kepada jalan baik atau kepada jalan yang salah).

Semasa menulis blog ini, saya telah terbaca mengenai 'keajaiban hati manusia oleh haere mai':
Kerana baik jahatnya seseorang manusia sangat bergantung kepada pengurusan yang ada di dalam diri manusia itu. Siapa yang mengabaikan hati, ertinya dia membiarkan dirinya berjalan di dalam keadaan yang gelap dan meraba-raba hingga menyebabkan banyak benda yang dilanggarnya. Kalau di dunia pun nasibnya belum tentu selamat apalagi kalau di Akhirat nanti.

Sebagai manusia biasa yang banyak khilaf, kita tidak mampu mengawal hati dari berubah. Apa yang kita boleh buat agar sentiasa memastikan hati kita teguh kepada perintahNya adalah dengan memanjatkan doa dan meminta kepadaNya supaya dilembutkan hati dan ditetapkan iman. Panjatkan kesyukuran di atas nikmat yang telah dianugerahkan dan muhasabah lah diri kita. InsyaAllah, Allah akan membuka jalan seluas-luasnya..


Mutiara Kata:
Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

No comments: