Friday, July 8, 2011

Nabi ibrahim A.s. menziarahi rumah anaknya Nabi Ismail A.s.

Ketika baginda sampai d rumah anaknya,kebetulan anaknya Nabi Ismail A.S tiada d rumahnya yg ada hanyalah isterinya lalu bertanyakan Nabi Ibrahim a.s. kepada isterinya .Lalu bertanyalah Nabi Ibrahim a.s. kepada isteri Nabi Ismail A.S yg belum d kenalinya itu,"Siapakah kamu?"Maka jawab wanita itu,"Aku isteri ismail."

Kemudian Nabi Ibrahim A.S. bertanya lagi "di manakah suamimu,ismail?" Isteri Nabi ismail A.S memberitahu yg suaminya sedang pergi berburu.Lantaran itu Nabi Ibrahim bertanyakan pula keadaan kehidupan mereka sekarang,lalu di jawab terus oleh menantunya dgn keluhan "Kami semua dalam kesempitan dan tidak pernah senang dan lapang."

Mendengar jawpan tersebut maka Nabi Ibrahim pun meminta utk d sampaikan salamnya kepada Nabi Ismail "Jika suamimu balik,sampaikan salamku padanya.Katakan padanya,tukar tiang pintu rumahnya.

Sekembalinya Nabi Ismail A.S. dari berburu,dia terus sahaja di beritahu akan kedatangan org tua itu ada bertanyakan baginda.Nabi Ismail bertanya kepada isterinya sama ada org tua itu ada bertanyakan sesuatu kepadanya dan isterinya menceritakan tentang pertanyaan perihal kehidupan mereka berdua dan dia menjawab dgn memberitahu akan kesusahan yg mereka hadapi.Nabi Ismail kemudian bertanya lagi kepada isterinya seandainya setelah itu ada pesanan yang ditinggalkan oleh org tua tersebut.

Kata isterinya "Dia meminta aku menyampaikan salam kepadamu dan meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu"Melihat jawapan itu lalu Nabi Ismail memberitahu isterinya yg sebenarnya org tua itu adalah ayahnya dan kemudian Nabi Ismail berkata"sekarang kembalilah kau kepada keluargamu."

Selain itu bercerailah baginda dgn isteri yg suka merungut dan tidak bersyukur bersuamikan seorang kekasih Allah S.W.T setelah sekian lama,maka datanglah hasrat baginda utk berkahwin kembali,dan setelah berkahwin dgn Nabi Ibrahim dtg kembali utk menziarai keluarga baru anaknya biarpun belum d kenali menantunya yg baru.Lalu terjadi diaolg seperti mana dahulu cuma kali ini yg membezakannya adalah jawpan isteri baru anaknya.Ketika di tanya bagaimana keadaan mereka sekeluarga,menantunya menjawab"Syukurlah kepada Tuhan,Kami semua dalam keadaan sejahtera,tiada apa yg kurang.Kemudian Nabi Ibrahim di hidangkan sedikit makanan.Nabi Ibrahim kemudiannya terus berdoa"Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum mereka."Sebelum pulang dia meminta supaya d sampaikan salam kepadanya yg sedang berburu dan katakan kepadanya supaya mengekalkan tiang pintu rumahnya.

Setelah Nabi Ismail pulang ke rumah,Isterinya menceritakan apa yg berlaku serta pesanan.Mendengar cerita itu Nabi ismail menjawab "Sebenarnya dialah ayahku dan tiang pintu yg d maksudkannya ialah dirimu yg di mintakan utk aku kekalkan".

Jika kita renung kembali cerita ini,motifnya amat ringkas iatu jgan mengungkit walaupun d dlm kesusahan apatah lagi jika kita bermewahan.

No comments: