Friday, July 8, 2011

pasang surut badai gelora true

BILA kita jatuh, biasanya kita akan rasa sedih. Kita selalu beranggapan bahawa kita akan terus jatuh selama-lamanya. Tak bangun-bangun lagi.

Ini pemikiran orang yang salah. Pandangan manusia yang memang tak mahu berjaya.

Selagi mana kita diberi peluang oleh Allah untuk menyedut udara di atas muka bumi ini, maknanya segala peluang untuk mengejar kejayaan di dunia dan akhirat belum tertutup. Tak pernah pun dikecualikan daripada genggaman kita.

Jadi, salah kalau kata aku ni memang seorang yang gagal. Buat apa pun mesti tak jadi. Bisnes itu tak jadi. Berniaga ini lingkup. Salah tu, bang.

Dalam hidup ni memang ada pasang surutnya. Kalau kita lihat betul-betul dengan mata kreatif kita ni, setiap yang berlaku mesti ada adilnya. Bila diberi siang, dimana peluang untuk manusia bekerja mencari rezeki, Tuhan sertakan sama malam untuk kita semua berehat pula.

Bila ada panas-panas teriknya matahari, Allah adakan juga hujan, supaya tanah-tanah di atas bumi ni jadi sejuk kembali. Kadang-kadang lepas hujan tu, ada hadiah lagi. Pelangi yang indah.

Air kat laut pun sama. Kejap pasang kejap surut. Kejap tenang kejap dilanda gelora.

Jadi hidup macam nilah. Sama aje. Macam putaran roda gitu. Kejap kita kat atas, kejap kat bawah pula.

Berusaha, berusaha, dan terus berusaha. Itulah kuncinya.

Salam kejayaan

No comments: