Tuesday, July 19, 2011

pelbagai karenah mentua ketahui cara menanganinya

mentua cerewet-Menghadapi mentua cerewet pasti membuatkan menantu pening kepala kerana ada saja yang tidak kena.Daripada soal kebersihan,cara menguruskan rumah,mengasuh anak hinggalah kewangan anda suami isteri.Komplein mentua ini tidak berhenti selagi anda tidak melakukan perkara mengikut caranya.Tips-Sebenarnya tip paling berkesan menghadapi mentua sebegini adalah dengan menghadapinya dirinya bersama fikiran dan hati yang tenang.Kawal emosi anda tatkala mentua memberi komen dalam segala hal kerana jika tidak ia pasti menyebabkan pertengkaran dengannya.Ia sudah tentu akan mengeruhkan hubungan.Jadi semasa mentua memberi kritikan,diam dan dengarkan saja.Masuk telinga kanan keluar telinga kiri tanpa perlu menyimpan dalam hati.Setelah dirinya selesai mengkritik dan memberikan pandangannya maka barulah anda membalas atau memberi penerangan dengan kata yang paling lembut,berlapik dan tidak akan menyakitkan hatinya.Tapi jika apa yang d katakan itu sebenarnya tidak betul,dan tidak kena dengan hati anda maka anda boleh meluahkannya.Sekali lagi mestilah dengan kata2 yg lembut dan tidak menyinggung perasaannya.



mentua pentingkan kesempurnan-Mentua yang serta sempurna atau perfectionist selalu menginginkan segala2nya sempurna.Walhal sudah di ketahui bahawa tidak ada manusia yang sempurna d dunia ini,pasti akan ada kekurangan d mana2.Biasanya individu begini memiliki sifat ego kerana hanya mementingkan kehendaknya tanpa memikirkan perasaan orang lain.Satu saja cara utk berhadapan dengan mentua sedemikian iaitu dengan cara bersabar dan tidak beremosi.Tips-carilah waktu dan suasana yang santai sebelum anda meluahkan isi hati anda padanya.Lihat juga bagaimana perasaannya ketika itu,adakah dia sedang gembira atau sedih.Sekiranya mentua sedang gembira,itulah waktu yang tepat utk anda berbicara dari hati ke hati.Katakan bahawa anda sudah berusaha melakukan yang terbaik dalam kehidupan berumah tangga dengan anaknyal.Tetapi jelaskan bahawa anda sememangnya kurang sempurna dan mintalah bantuan nasihat daripadanya utk memperbaiki keadaan rumah tangga.Perkara ini akan membuat hati mentua lebih lembut dan lebih terbuka.Ia pastinya akan membawa perubahan yang positif pada perhubungan anda berdua.



Mentua sering menilai-Mentua sebegini pasti akan membuatkan anda berasa serba salah untuk melakukan sesuatu kerana segala apa yang anda lakukan itu akan d amatinya.Bermula dari penampilan hingga cara kerja anda.Tips-Utk menghadapinya mentua ini,sebaiknya anda bersikap lebih waras.Lebih baik anda menjadi diri anda sendiri daripada anda berpura2 menjadi urg lain hanya utk menyenangkan hatinya.Cubalah berfikiran positif dan tidak menggangap dirinya sebagai suatu beban apalagi jika sikap mentua anda itu tidak pun menggangu keselesaan anda.



Mentua cemburu- Mentua jenis cemburu biasanya berasa dia memiliki hak yang sama ke atas diri anda seperti hak terhadap diri anaknya.Alasannya kerana anda telah menjadi pasangan anaknya.Dia akan merasa cemburu bila anaknya memberikan perhatian yang lebih kepada anda melebihi perhatian yang di perolehnya.Biasanya org yang memiliki perasaan cemburu juga akan berfikiran negati dan selalu berasa curiga.Tips-Jika ditakdirkan anda memiliki mentua dengan sikap ini maka yang d perlukan adalah kesabaran dan keupayaan mengendalikan emosi.Cubalah memberi kefahaman kepada mentua bahawa kasih sayang yang di berikan oleh anaknya pada anda dan dirinya adalah sama dan tidak ada bezanya.Namun dalam situasi ini,pasangan atau anaknya sendiri harus memainkan peranan memberikan penjelasan.Jika perkara ini tidak d lakukan atau d biarkan berlarutan maka mentua akan terus dihimpit perasaan cemburu dan curiga.Dalam pada itu cubalah juga utk mencipta aktiviti keluarga yang turut melibatkan dirinya agar si mentua tidak merasa dirinya di bezakan.



Mentua mahu perhatian-Mentua yang manja, sifatnya hampir seperti anak kecil yg selalu d inginkan perhatian.Jika ada anggota keluarga yang kurang memberi perhatian pada dirinya maka mentua jenis ini akan mudah merajuk dan berkecil hati.Mulalah dirinya akan menjauhkan diri ataupun tidak mahu berbicara dengan anak menantunya.Keadaan seperti ini sudah pasti akan membuat semua pihak panik dan bingung menghadapinya.Tips-cara mengatasi bagaimanapun mudah saja.Menantu baik lelaki mahupun perempuan harus sentiasa memberi perhatian,bertanya kan khabar dan memanjakan dirinya.Tapi memanjakan diri mentua ini pula haruslah tidak berlebihan kerana kelak ia kan merugikan diri anda sendiri.



Mentua Tak banyak cakap- Pasti sukar menghadapi mentua yang jarang membuka mulut atau meluahkan isi hatinya .Biasanya dia akan tertutup dan selalu memendam perasaan seorang diri.Kalaupun dia berbicara maka yang d sampaikan hanyalah terhad kepada hal yang memang perlu saja.Mentua pendiam biasanya serius,jadi anda harus berhati2 dalam berbicara dengannya.Ini kerana perkara yang mungkin anda anggap sebagai gurauan boleh d anggap sebagai hal serius dan boleh membuatnya sakit hati.Tips-Cara menghadapi mentua sebegini memang tidak mudah kerana anda harus aktif bertanya dan peka dengan keadaan dirinya.Dalam pada itu anda juga perlu prihatin terhadap bahasa tubuhnya kerana cara itu juga akan membolehkan adan membaca respons dan juga perasannya.



Paling Best Mentua tidak kisah-Mentua jenis ini memberikan kebebasan pada anda dan juga anaknya baik dalam sikap mahupun urusan rumah tangga.Dia juga adalah seorang yg senang utk d bawa berbicara.Biasanya mentua jenis tidak kisah ini akan sentiasa berfikiran positif dan tidak akan mencari kesalahan org lain.Anda mungkin akan merasa akrab dengan mentua seperti ini tetapi anda jangan sampai terleka.Anda harus tetap menjaga sikap dan tutur kata anda agar tidak menyinggung perasannya.Bersikap hormat dan santunlah kepada mentua sama seperti anda menghormati ibu bapa anda.

No comments: