01- Hidup ini adalah warna-warna yang dilukiskan pada kanvas, walaupun  tidak kelihatan cantik ia tetap mempunyai berjuta makna. Sumber:  www.familiazam.com
02- Kehidupan bukanlah kesenangan yang berterusan, tapi masalah yang menghasilkan kekuatan, keazaman dan kerja keras.
03- Prinsip kematangan hidup yang paling kuat terselindung disebalik pilihan-pilihan yang dibuat.Sumber: www.familiazam.com
04- Tujuan saya dalam hidup ialah berpegang pada diri sendiri walau apapun yang berlaku, dan bukan mementangnya.
05- Takdir yang tertinggi seorang individu ialah untuk memberi khidmat daripada memberi arahan.
06- Ujian keberanian yang paling mencabar dalam hidup ialah bukan menghadapi kematian sebaliknya menilai kehidupan itu.
07- Keadaan anda sekarang bukan penentu arah mana yang anda boleh tuju tetapi menentukan dimana anda bermula.
08- Sikap tidak memaafkan merupakan racun yang kita minum sementara kita harapkan orang lain akan mati dengannya.
09- Sahabat yang paling setia kepada sesaorang ialah sepluh batang jarinya.
10- Kegembiraan bukanlah satu destinasi, tetapi merupakan satu kaedah kepada kehidupan.
11- Hormatilah pandangan orang lain jika kamu mahu pandangan anda dihormati dan diingati oleh orang lain.
12-  Bangkitlah dari kisah semalam. Jangan jadikan ia sebagai jalan  perhentian, seharusnya tinggalkan dan bina semula landasan kehidupan  untuk menuju cita-cita yang lebih besar.
13- Manusia yang berjudi  dengan kehidupan adalah manusia yang sering meletakkan posisinya dalam  risiko yang tinggi. Begitulah juga sebaliknya bagi mereka yang membuat  percaturan kehidupan.
14- Sembilan bulan sepuluh hari adalah  waktu kita berada dalam rahim ibu, katahuilah tiada jalan kesyurga  seandai keredaan ibu tiada diperolehi.
15- Pilihlah persahabatan  itu erlandaskan kejujuran dan setiakawan bukan kerana kekayaan atau  kemegahan kerana itu tidak kekal lama, seperti usia manusia akhirnya tua  dan mati.
16- Apabila anda bermusafir atau mengembara ke negeri  orang, jadikan gurau senda sebagai perkara yang menyenangkan hati,  kerana ia menghilangkan kebosanan.
17- Orang yang berilmu sering  diam dari berkata-kata yang tidak berfaedah sedangkan orang tidakberilmu  sering berbicara tanpa fakta dan hanya menampakkan kebodohannya  sendiri.
18- Manusia yang sering meletakkan kesalahan dibahu  orang lain tanpa menyiasat atau meneliti. Manusia itu sebenarnya menjadi  musuh dengan apa yang dia tidak ketahui.
19- Akal dan nafsu  sering bersaing, jangan biarkan nafsu menunggang akal kelak binasa diri.  Hendaklah akal menumpang nafsu supaya terpelihara dari perbuatan yang  buruk.
20- Adalkala kita perlu menjadi sombong kepada manusia  yang sombong dan ada kalanya kita perlu mengalah biarpun kita yang  benar. Kebenaran akan terserlah melalui kejujuran setiap tindakkan.
21-  Seorang lelaki yang budiman memelihara agamanya, maruah dirinya,  kehormatan keluarganya dan menjadikan seorang wanita sebagai teman dan  melindunginya dari segala ancaman.
22- Kita sering  mengagung-agungkan orang lain dan bangga dengan apa yang ada pada  mereka, pada hal kita mampu menjadi seperti itu kalau kita bergerak dari  tempat kita banggakan sebelum ini.
23- Ilmu dan amal bagaikan  jiwa yang bersatu, tercicir salah satu ibarat busur tanpa anak panah.  Begitulah hubungan seorang ayah dan anaknya. Air dicincang tak akan  pupus.
24- Cinta itu bagaikan matahari tersembuyi dibalik awan  namun masih memberi cahaya. Begitu jugalah ilmu, tidak akan hilang  selagi memberi pelajaran dan pengetahuan kepada orang lain.
25-  Berbudi kepada tanah hasilnya lumayan, berbudi kepada tanahair jasanya  dikenang. Berbudi kepada ibu-bapa tanda kasih seorang anak, berbudi  kepada agama hanya Tuhan yang layak membalasnya
No comments:
Post a Comment