Tuesday, July 19, 2011

read this baca ah its hmm baca sajalahhhh :) inda tahu topic apa renung2kanlah fikirkanlah

Teringat suatu masa ketika aku sedang berjalan ke KTM Subang dan menyaksikan “drama live action” dua hamba Allah di sebelah padang. Dari jauh lagi, kelihatan lelaki sedang tunduk di seberang jalan dan hanya terdiam. Di tepi longkang pula seorang perempuan sedang duduk dan mulutnye terkumat-kamit berkata sesuatu kepada lelaki tersebut dengan pandangan yang tajam. Dalam hati aku hanya berkata “unik betol cara diorang dating”.. Makin aku menghampiri laluan itu, tiba-tiba kedengaran perempuan itu berkata dengan suara yang lantang “Ini anak kau lah! Kau menyusahkan aku!!!” Huh..aku tersentak, terdiam dan nafas seakan-akan terhenti ketika melintas di hadapan mereka.

Sempat juga aku mencuri pandang ke arah perut perempuan dan aku hanya mengandaikan mungkin baru 2 bulan. Lelaki itu pula menjawab dengan nada yang marah dan kecewa “Kau jangan pandai-pandai!” Ketika itu, aku sudah berada lebih kurang 5 meter jauh dari mereka. Fikiran kosong dan sisa-sisa perbualan mereka sudah tidak kedengaran. Hati kecil aku hanya merayu “tolonglah jangan bunuh anak itu". Sepanjang perjalanan ke KTM, macam-macam bermain di fikiran waras aku.

Mungkinkah mereka akan berbaik? Atau anak itu hanya dijaga oleh ibunya? Atau mungkin digugurkan sebelum cukup sifat? Ya Allah... Ataukah mereka hanya akan membuang saja bayi itu kelak..! Setiap kali mata aku meliar ke merata tempat, terbayang sekujur tubuh bayi yg cukup sifat dibuang. Dengan warna kebiruan, tali pusat yang masih berdarah, rambut hitam yang lebat..Astaghfirullahhalazim... Entah kenapa mata aku sudah berair.Aku terlalu menghayati “watak pelakon” dalam “drama” yg baru disiarkan tadi.


Bayi tetap suci walaupun dilahirkan tanpa “taraf yang sah”. Sudah terhantuk baru tengadah. Itulah hakikat kesalan manusia selepas membenarkan nafsu menguasai diri. Punca diri sendiri, malangnya bayi yang suci menanggung akibat. Sekurang-kurangnya, berilah peluang untuk janin yang bakal lahir itu mendapat permulaan kehidupan baru. Janganlah sesekali membunuh atau membuang bayi kecil tanpa sebarang perasaan kemanusiaan . Setidak-tidaknya, berikanlah kepada pihak yang tertentu atau tinggal sahajalah anak itu di tempat yang mudah dijumpai orang. Anak itu mahu hidup.. Kepada yang terlanjur, bersyukur dan bertaubatlah jika ada benih yang tumbuh. Kerana itulah tandanya Allah ingin menegur kesilapan anda. Kembalilah ke pangkal jalan kerana Allah masih menunggu rintihan taubat dari hamba-hambaNya. Kepada diri saya sendiri dan sahabat-sahabat sekalian, jika bergetar naluri di hati ingin berzina, ingatlah “Inni Akhafullah”! "Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar" 67:12

\

No comments: