Monday, July 4, 2011

renung2kanlah seketika :) hayati dan renungkanlah

Ibadat Iktikaf didalam masjid, Makan supaya badan kuat untuk beribadat, Berkahwin kerana sunnah&menjauhi maksiat, Bertudung lantaran akur dengan perintah Allah, Berwudhuk sudah mampu mempamerkan cahaya&kecantikan asli pada wajah :)

Manusia suka harta tetapi lupa pada amalan, Manusia suka rumah tetapi lupa pada kubur, Manusia suka bercinta tetapi lupa pada neraka, Manusia suka berbalah tetapi lupa pada syurga, Manusia suka manusia tetapi lupa pada Pencipta..

Biar kamu tidak cantik di mata penghuni bumi tetapi namamu menjadi perbualan penghuni langit.

Sesungguhnya iblis itu berdiri di hadapanmu, nafsu di sebelah kananmu, dunia di belakangmu, anggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu. Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama. Nafsu menyuruhmu berbuat maksiat. Keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah syahwat. Dunia menyeru supaya memilihnya daripada Akhi...rat. Anggotamu menyerumu berbuat dosa. Allah menyerumu ke Syurga dan keampunan-Nya.

jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan,itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.

Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan..

Ilmu itu sebaik-baik pusaka. Adab itu sebaik-baik sifat. Taqwa itu sebaik-baik bekalan. Ibadah itu sebaik-baik barang perniagaan.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah

Hadiah Terbaik : Kepada kawan - Kesetiaan Kepada musuh - Kemaafan Kepada ketua - Khidmat Kepada yang muda - Contoh terbaik Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan. Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan Kepada manusia - Kebebasan
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
bahagian 2

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya

Dan aku juga pernah tertawa saat berpisah dengannya,kerana sekali lagi “cinta tak harus memiliki” dan aku yakin Allah telah menyiapkan cinta yang lain untukku..

Ingatlah! Kita manusia semuanya adalah sama Yang membezakan kita Hanyalah AMAL dan TAQWA Biarlah kita kurang dimata manusia Tetapi tinggi disisi ALLAH..


Peliharalah dirimu Agar tidak dinodai dengan suasana Sesungguhnya dirimu Ada harga diri Yang tidak ternilai mahalnya…

Padi yang semakin berisi akan semakin menunduk, manusia yang berhemah tinggi ialah orang yang sentiasa merendahkan diri

No comments: