Tuesday, July 19, 2011

sekapurh sirih

Sekapur Sireh

Mama, itu apa?
Itu ialah sang rembulan sayang
Cantik bukan?

Itu pula apa ya?
Oh, itu bintang-bintang sayang
Ia akan berbakti pada semua musafr
Petunjuk jalan buat mereka

Itu pula apa mama?
Itu langit meluas sayang
Hamparan putih persih
Sebersih hati mama tika membesarkanmu

Kalau yang membiru itu pula apa?
Oh, Itu lautan sayang
Siapa yang leka akan karam di tengah sana
Mereka itu adalah insan-insan yang rugi

Itu pula apa mama?
Itukan garit-garit tua papamu
Dia akan kelihatan muda sentiasa
Walau sejuta kedut ada di wajahnya
Demi membahagiakanmu

Oh, yang itu pula apa mama?
Itu adalah sang mentari sayang
Dialah yang paling banyak berjasa demi manusia sejagat
Tidak jemu berkorban untuk kita semua
Aku hendak kau tahu yang kasih dan sayangku terhadapmu adalah lebih besar nilanya daripada semua itu

Terima kasih mentari kerana memberi ilham buatku
Juga semangat buat mamaku…

Ya ALLAH, Aku berlindung daripada-MU daripada perbuatan yang akan mempalingkanku daripada sentiasa mengingati-MU. Tanamkanlah rasa cintaku kepada-MU melebihi segalanya. Melebihi kasihku kepada mama dan papaku juga. Engkau jugalah cinta, rindu dan muhabat hakiki.

No comments: