Tuesday, July 19, 2011

sifat lelaki yg mesti bini mahu ketahui

~ MEMAHAMI SIFAT LELAKI ~



1. Hidupnya " simple "

Sebab itulah lelaki susah sangat nak faham perkara2x yg perempuan cuba sampaikan sbb selalunya perempuan sampaikan dalam bentuk kiasan.... =.="" [ maafkan kami ]. Jadi berterus terang sahajalah dengan kami .

2. Lelaki Suka " simpan & berahsia "

Perempuan boleh berkongsi perkara2x yg sensitif yg sedih dengan lelaki or kawan karib tapi ianya tidak bagi lelaki walaupun sesama lelaki terutama tentang hal hal peribadinya [ tak nak menyusahkan org kot....malu nk kongsi kot hmmm mungkin sbb ego ] .



3. " Tak suka dipaksa "

Kalau ia dipaksa kemungkinan apa yg diharapkan dari apa yg kita paksa tu akan bertukar pada perkara yg sebaliknya yg tak sedap didengar .Jika lelaki itu terlalu berahsia dan anda mahu menyelidik apakah yg dirahsiakan itu lebih baik jangan ditanya ke akar umbi [ ala mcm soal siasat polis tu ].Lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada ketika itu fikirannya sedang kacau.





4. Lelaki juga " mahukan sokongan "



Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia

masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan, sokongan serta kata-kata "Saya cintakan abang..."

dan "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang .....". [ so sweet ]



5. Lelaki " tidak kompleks "



Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya,

mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan sentiasa disisinya, wanita harus percaya babawa itulah yang lelaki tersebut mahu. [ senang tak ...? nk contoh lagi? ok kalau lelaki kata jangan , mmg dia maksudkan jangan...kalau dia kata diam....diamlah jangan membebel lagi.... , contoh lain kalau lelaki cakap macam ni so macam tu lah jgn suka2x tambah....kalau pandai2x tambah dia suka ok kalau tak mungkin anda akan dikritik hehe ]




psst : tapikan kesian pd yg terlalu menjaga ego dirinya sbb dia akan selalu berlawan dengan egonya sendri... kalau betul xpe kalau nyesal haizz xde guna =.="""

6. Lelaki " pentingkan kejujuran "

Kejujuran adalah penting bagi lelaki terutama bg org yg dia sayang ataupun org yg dia percaya contoh isterinya .Jika ia tahu perkara yg diceritakannya pada org yg dipercayainya itu telah di sampai2xkan pada org lain maka lepas itu lelaki tidak akan lagi bercerita tentang hal hal peribadi pada org itu kerana kepercayaannya pada org itu .



7. Lelaki " tidak suka dikritik "



Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu

terbuka untuk menerima kritikan lebih2x lagi kritikan itu disampaikan oleh org lain...[ kritik blakang2x la ] Cara yang paling baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan secara terbuka dan diselitkan dengan pujian....



8. Bahasa lelaki adalah berlainan



Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi

antara satu sama lain. Apa yang dari kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza

daripada yang dimaksudkannya. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk

memahami lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding dari apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai

melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.



9. Lelaki " suka sepahkan barang "



Lelaki bersifat suka menyelerakkan barang-barang dan berharap isterinya akan mengemas. Kadangkala lelaki

mahukan isterinya bersifat seperti ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang

memulai atau meneruskan sesuatu, ada kalanya mahu dijaga oleh seorang 'ibu'. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tidak langsung dengan menyelerak.





10. Lelaki dan " ego "

Anggaplah ego nie mcm api...untuk memadamkn api kena siram dengan air.Jadi untuk mengatasi ego lelaki nie perlu la dengan lemah lembut , beralahlah , jika diteruskn semakin lama semakin tinggi egonya.

[ menangkan lelaki untuk menang , jangan menyalahkan...jangan merendahkan dirinya dan elakkan pergaduhan ]

psst : panggil dirinya dengan lembut,merdu dan manja [ bg perempuan sahaja ]

No comments: