Tuesday, July 19, 2011

via jabatan hal ehwal syariahh Cara Menyemak arah Kiblat

Untuk makluman, pada 16 Julai 2011 jam 5: 28 petang setiap tahun, Matahari akan berada di atas Kaabah.

Bagi siapa yang mahu menyemak atau menandakan, arah kiblat di rumah kediaman masing-masing maka bolih berbuat demikian dengan mengunakan benda tegak (seperti tiang, bahagian tepi jendela, dsb, dan tandakan bayang-bayang benda tersebut. Bayang-bayang arah ke barat tersebut adalah arah kiblat. Seperti di tunjukan dalam 2 gambar yang di sertakan.

WAKTU MATAHARI DIATAS KAABAH :

Setiap tahun matahari akan berada di atas Mekah, pada tarikh berikut:

1. 28 Mei jam 12:18 thari waktu Arab Saudi bersamaan 5:18 petang waktu Brunei

2. 16 Julai Jam 12.28 thari waktu Arab Saudi bersamaan 5:28 petang waktu Brunei

Bagi negara yang dapat melihat Matahari ketika itu, arah bayang benda tegak ketika itu adalah merupakan arah kiblat.

Cara ini telah dipraktikkan berabad-abad lamanya sebagai satu cara yang mudah dan tepat. Rujukan : Al-Tudsi

No comments: