Monday, July 18, 2011

agungnya mahar sebuah cinta renung2kanlah fikir2kanlah :)

Hidup berhajat kepada cinta. Kekadang aku sendiri buntu mencari jawapannya. Apakah benar cinta itu suatu wadah pelengkap buat jiwa manusia yang pudar, gelap tanpa andang penyuluh. Benarkah cinta juga adalah medan buat manusia-manusia yang diruntun masalah dan derita?

Mahar sebuah percintaan tidak dapat dihitung nilainya
Sejujurnya, aku sendiri gagal untuk menghitungnya. Jauh sekali untuk mengecapnya. Mungkin sahaja sekadar singgah sejenak buat kumerasa nikmatnya yang sebentar. Mungkin kerana Tuhan berikan cinta itu kepada sesiapa yang Dia kehendakinya sahaja.


Ramai antara kita sering menyalahgunakan keistimewaan yang ada pada mereka. Lihat sahaja dunia hiburan hari ini. Cuba bilang berapa ramai selebriti yang mengenakan kain di atas kepala. Berapa ramai pula yang menutupnya hingga ke paras dada?Tidak perlu rasanya untuk kutunggu jawapan itu.

Mencari cinta sehingga terbarai maruah?
Mengapa sampai terpaksa menggadai agama semata-mata inginkan mencari cinta? Atau adakah mereka itu sekadar mahu menjual body! Maaf jika mulutku terlalu cabul kali ini. Namun, apakah tidak benar segala pertuturanku ini. Atau mungkin aku sahaja yang berfikiran liar sedemikian?

Kukira dunia hari ini telah lari jauh daripada garis mula yang asal. Ya, manusia semakin galak mengejar kehidupan alam maya. Lupa bahawa akhirat sana adalah kekal abadi. Lupa juga bahawa cinta itu sememangnya buta. Ungkapan yang sering dipersoalkan. Benarkah cinta itu buta?

Kesaktian cinta tidak pernah mengenal batas sempadan. Agungnya cinta itu juga sehingga tidak mengira tua atau muda. Emas atau pun kaca. Kerana itu juga kita boleh melihat manusia bertemu jodoh tatkala sudah menjangkau usia emas. Tika kulit sudah menggelambir. Tidakkah ini dikira cinta monyet? Atau perlukah aku mengatakan bahawa mereka itu sedang diamuk badai cinta buta?

Di kala gelora cinta sedang murup menyala, usah pula kita cuba memadamnya.
Jangan terlalu berani meredah lautan api yang sedang dipukul ribut. Pasti sahaja badai itu terlalu ganas untuk didepani. Badai yang akan memukul sesiapa sahaja yang berani menghalangnya. Ramai manusia sanggup lakukan apa sahaja asalkan cinta dapat digapai. Sehingga tidak mengenal keluarga dan sahabat.

Betapa agungnya nilai sebuah percintaan!

No comments: