Monday, July 18, 2011

nota

telah terjadi pada suatu hari, sepasang suami isteri berselisih faham dan tidak bertegur sapa. Pada sebelah malamnya, si suami ingin memberitahu kepada isterinya bahawa suaminya minta dikejutkan pada keesokan paginya tetapi si suami tidak tahu bagaimana caranya. Akhirnya, si suami mendapat satu ilham yang bernas. Dia menulis satu nota ringkas kepada isterinya yang berbunyi;

"TOLONG KEJUTKAN ABANG PUKUL 6:30 PAGI ESOK!"

Keesokan paginya, si suami terlewat bangun. Si suami sangat marah dan mahu ketawa pun ada kerana terjumpa sekeping nota disebalahnya yang bertulis;

"ABANG! ABANG! BANGUN! DAH PUKUL 6:30 PAGI NI."

No comments: