Friday, July 8, 2011

hidup adalah roda yeah that trueee :)

TABAH menghadapi ujian itu selalunya memerlukan kekuatan yang benar-benar kuat. Tak ramai orang yang mampu mendepani situasi seperti ini dengan setabah dan sesempurna yang mungkin. Bagi yang mampu, saya ucapkan syabas!

Kita duduk dan menetap di dalam dunia ini hanyalah sementara. Yang kekal adalah di akhirat sana nanti. Jadi, apa punlah dugaan, cabaran dan halangan yang dihadapi, cubalah untuk depani dengan sekuat yang mungkin.

Saya tahu itu mungkin suatu yang amat sukar untuk dilaksanakan. Ketika anda memang benar-benar sedih kerana kehilangan seseorang, kematian ibu, ayah atau orang terdekat barang kali, memang benar-benar menguji kekuatan mental dan jiwa.

Di kala itu, biasanya kita akan gagal mengawal emosi dan perasaan kita. Sedih, muram, kecewa, hilang pengharapan dan segala rencam perasaan akan terbuang begitu sahaja.

Jadi, cubalah amalkan 3 prinsip ini, di saat anda sedang berduka mungkin ianya amat membantu anda.

1. Belajar memahami hakikat hidup bahawa setiap yang bermula mesti ada akhirnya. Kejayaan dalam hidup, apabila tiba masanya nanti akan disertai pula dengan kegagalan. Kehidupan pun macam tu. Sampai saatnya nanti akan sampai kematian. Setiap yang mula mesti ada penamatnya.

2. Putaran roda dunia memang tak ada hentinya. Selalulah ingat bahawa kita tak selamanya macam ni. Percayalah, esok, lusa, minggu depan atau mungkin tak lama lagi, masa depan kita akan berubah. Kita tak akan selamanya di sini. Allah itu Maha Adil. Dunia memang diciptakan dengan penuh rahsia dan kepelbagaian. Kejap di atas, kejap di bawah.

3. Bukan kita seorang saja yang diuji. Nak tak nak, semua orang perlu berdepan dengan krisis hidup. Ingat macam ni selalu. Lama-lama anda akan belajar untuk memahami rahsia hidup. Hidup ini memang penuh dengan tribulasi dan cabaran. Setiap saat, ada saja orang yang berdepan kesusahan. Bukan anda seorang saja.

Tabah, cekap, kuat, dan sabar itu adalah jalan-jalan menuju kepada salah satu pintu kejayaan hakiki. Kejayaan hakiki itu sentiasa mendekatkan kita kepada Sang Maha Penguasa.

No comments: