Friday, July 8, 2011

tips utk menghidupkan arus berahi kepada pasangan

1.Usik dengan gurauan

Kemesraan lahir dari senyuman pertama yg anda lihat pada pasangan.Kalaulah setiap hari anda berdua suka marah2,masam muka dan minat bergaduh,alamatnya usia kasih sayang anda berdua sudah hampir tamat.

Ketawa dan senyuman itu sebenarnya tanda keredhaan,Redha pada takdir Allah dalam rumah tangga anda,redha pada pasangan hidup anda dan redha pada diri anda sendiri.Hati tetap senang hati walaupun tidak berduit san masalah bertimbun.

Diri tetap santai biar ujian datang silih berganti.Sebenarnya berahi yg sihat itu di pancarkan dari hati yg sehat juga.Hati boleh di ubati dgn hiburan yg wajar selain selepas ia d tenangkan dgn ibadah kepada Allah.

Rasulullah S.A.W sering mengusik isteri2nya dgn memanggil mereka dengan gelaran tertentu seperti Qawarir(botol-botol kaca berharga) yg maksudnya mereka mesti di jga dgn berhati2,sebagai panggilan usikan yg mesra d dengar.

2.Nikmati masa bersama

Anak2 ataupun cucu2 jgn sesekali menjadi penyebab hilangnya kemesraan anda dgn suami.Tetapi yg paling bahaya adalah kegilaan bekerja yg melampau hingga tidak sedar ia mengorbankan sebahagian kehidupan anda,tiada masa utk menikmati wang yg d kumpulan,tidak menghargai msa bersama pasangan kerana terlalu seronok mengejar cita2 sendiri.

Masa amat penting dan mahal bagi org2 yg berjay,kadang2 akibat menghabiskan masa bersama isteri,mereka terpaksa menanggung kerugian berjuta ringgit.Siapakah yg mahu mengorbankan masannya sebentar tetapi kehilangan tender jutaan ringgit?

Tetapi jika kita di beri pilihan di antara wang ringgit atau panjang umur,sudah pasti kita memilih supaya Allah memanjangkan lagi umur kita utk menjalankan amanah sebagai suami dan isteri.Rezeki tetap akan ada.Mahukah kita menukar sejuta ringgit dgn sejuta saat utk meneruskan hidup sebagai hamba Allah yg bertaubat di sisi pasangan kita tersyg?

3.Cepat memaafkan pasangan

Ujian yg sering d hadapi setiap pasangan adalah jika isteri suka merajuk,suami pula cerewet.Kedua2nya mudah berkecil hati,sensitif dan tak mahu mengalah.Ada kalanya suami mengalah tetapi tidak ikhlas pun,dia cuma mahu mengalah kerana malas mendengar leteran isteri.

Selepas itu tidak ada jalan penyelesaian,suami mengulangi kesalahanan yg sama isteri pun menambah 'power'leterannya.Tetapi jika keduanya boleh bertenang dan berbincang sebagaimana cara manusia dewasa yg matang,mencari punca masalah dan berbincang mencari jalan penyelesaiannya,bukankah oitu lebih baik daripada membiarkan masalah itu berlarutan?

4.Hidup utk berkongsi

Sudah lupakah anda dgn tujuan anda mendirikan rumah tangga?Utk berkat jika hati penuh kasih sayang kepada manusia.Bahkan seorang pujangga Rusia,Leo Tolstoy(1828-1910)mengatakan: "Antara sebab manusia tidak bahagia ialah kerana bahagia itu di ambilnya utk diri sendiri bukan utk d kongsi bersama org lain."

Jika suami ego dan isteri degil ,masing2 dengan haluannya sendiri,bagaimana mungkin perasaan kasih dan berahi boleh di rasai jika keduanya tidak sudi berkongsi rasa?

5.Percaya pada cinta dgn kuasa iman.

Cinta yg sejati tumbuh dari iman yg kukuh,berpaksi pada tiga kekuatan yg di sebutkan di dalam hadis Rasulullah S.A.W yg bermaksud :"Tidaklah seseorang dapat merasai manisnya iman kecuali dia memiliki tiga perkara:Dia lebih mencintai Allah dan Rasulnya daripada yg lain,tidak mencintai manusia kerana Allah,tidak suka kepada kekafiran sebagaimana dia tidak suka di campakan ke dalam neraka setelah dia di selamatkan daripadanya."(Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Cinta yg keji melahirkan perbuatan yg keji,merosakkan diri dan org lain,mengundang bencana dan menjadikan hidup seseorang bagai dalam neraka.Cinta berahi kepada suami adalah ibadat seorang isteri yg mahukan keredhaan Allah S.W.T Oleh itu belajarlah membangkitkan kehangatan kasih di sisi suami tanpa mengira batas usia anda

No comments: