Tuesday, July 19, 2011

Sahabat umpama tangan dan mata

Masih adakah sahabat sejati di dunia ini?Barangkali ada yang menjawab YA,ada juga mengatakan TIDAK,kebanyakkan org berkata kawan memang ramai tetapi sahabat belum tentu.Sebab antara kawan dan sahabat ada perbezaan.Kawan senang di cari tetapi tidak sahabat.Kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja yang kita suka dan memiliki seberapa ramai kawan yang kita mahu.Namun sahabat hanyalah utk orang tertentu sahaja.Sahabat lebih akrab hubungannya.Susah senang segalanya boleh dikongsi bersama.



Apa pula kaitan tangan dan mata dengan persahabatan.Jawapannya adalah persahabatan itu seperti tangan dan mata.Ketika tangan terluka,mata menangis,dan saat mata menangis,tangan menghapuskan air mata.Alangkah manis ungkapan ini,terasa benarnya!



Sahabat sejati adalah sahabat yang sama2 mahu menempuh saat suka dan duka.Tidak hairan ada org menjalin persahabtan bertahun2 lama,diikat pula dengan hubungan sesama keluarga yang erat.Sahabat begini sesungguhnya susah d temui tetapi ada d dunia ini.Cuma masa dan keadaan menemukan kita dengan sahabat sejati.



Namun persahabatan iu tidak terjalin atas landasan lurus.Sepanjang perjalanan membina hubungan persahabtan,tidak sedikit dugaan dan ujian melanda.Sebab itu,ada persahabatan tidak kekal lama.Akhirnya inggallah kita sendiri tanpa sahabat.Dunia menjadi sepi dan sunyi,hilang sahabat umpama hilang separuh diri.



Tidak selalu apa yang kita harapkan berjalan lancar.Pengalaman kita bersama sahabat kadang2 membuat kita sangat lelah dan terasa jengkel.Tetapi itulah yang mengikat tali persahabatan semakin mempunyai nilai indah.Setiap persahabtan akan berdepan dengan cabaran tetapi akan sentiasa mengatasi cabaran hingga mengukuhkan perhubungan itu.



Ibarat besi menajamkan besi,begitulah dengan persahabatan.Sahabat akan menajamkan sahabatnya dengan d warnai pelbagai pengalaman suka duka.Kadang2 terhibur,ada kala berjauh hati,di beri perhatian,tidak kurang d kecewakan,di dengar dan diabaikan,di bantu-di tolak,namun semua itu tidak pernah sengaja d lakukan.



Sahabat sejati tidak akan menyembunyikan kesalahan utk menghindari perselisihan.Sebaliknya kasihnya kepada sahabat,dia memberanikan diri menegur dan membetulkan sahabat itu seadanya.



Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati namun tidak semua org beruntung mendapatkannya.Banyak juga orang yg telah menikmati indahnya persahabatan,namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya

No comments: