Friday, July 8, 2011

10 tanda wanita kaki cemburu mun terasa sorry le check this out

1.Dia mahu mengetahui segala2nya

Sebagai pasangan,dia mahu tahu segala2nya tentang.Dia menghubungi banyak kali dalam sehari apa yg anda buat dan segala2nya.Dalam pada masa itu,dia akan memeriksa telefon bimbitnya siapa yg di hubungi atau orang yg menghubunginya.

Malah dia juga biasanya akan memasuki ruang peribadi internetnya utk mengetahui adakah dia ada melayari video lucah,menghubungi wanita lain dalam ruangan chat atau sebagainya.Dia juga akan sentiasa mempertikaikan mengapa anda balik lewat walaupun sudah di beritahu jalan sesak namun dia tidak mempercayainya.

Pasangan anda juga akan memeriksa baju anda sama ada wujud kesan gincu bibir atau wangian milik wanita lain.Lebih teruk lagi,jika dia sanggup membuat lawatan mengejut ke tempat kerja anda.

2.Dia menuduh anda menipunya

Memang pening kalau pasangan menuduh berbuat sesuatu yg tidak anda lakukan.Tetapi biasanya org yg kuat cemburu akan mudah menuduh pasangannya walaupun anda telah meminta maaf berulang kali.

3.Dia tidak mahu mempunyai ramai kawan wanita.

Satu lagi tanda pasangan anda cukup cemburu ialah tidak menyukai anda mempunyai ramai kawan khususnya wanita.Pada fikirannya anda mungkin akan curang dan keluar secara sembunyi d belakangnya.Anda harus selalu berada d sampingnya.

4.Selalu ingin menojol

Terutama sekali di hadapan urg yg anda kenali.Sudah tentu anda pernah membawa pasangan menghadiri majlis yg d anjurkan oleh pihak syarikat.Namun salah satu sikap urg cemburu ialah dia sengaja ingin menujukan di hadapan org bahawa anda adalah kekasih atau pasangannya.

Dia mungkin sengaja bercakap dgn nada yg kuat,senyuman yg sengaja dileretkan atau sengaja menujuk cara manja yg berlebihan hinggakan org memandang dgn perasaan meluat

5.Sering mengesyaki pasangan curang.

Memang pening kalau dituduh di atas apa yg tidak anda lakukan.Namun begitulah penangan org yg kuat cemburu.Setiap hari ada saja pertuduhan utk anda khususnya dia menuduh anda menjalin hubungan dgn wanita lain sedangkan ia mungkin rakan sepejabat atau rakan sekolej anda.Silap hari bulan,dia akan menyerang teman anda itu d tmpat kerja atau sebagainya.Org yg cemburu,bukan kira perasaan malu sebaliknya asal mereka berasa puas hati

6.Berketerampilan berlebihan

Dia selau mahu menojolkan dirinya di hadapan kawan2 anda seolah2 hanya dia saja seorang wanita yg berada d situ.Apa saja perbualan anda dan rakan,dia akan mengikutnya ddgn penuh minat dan kalau berkenaan diri anda pasti akan menyampuknya.

Jangan harpa utk anda duduk berlama2an di majlis kerana dia pasti mengajak anda pulang dgn segera.Perlakuannya di khayalak ,memang akan menyakitkan hati anda saja namun anda yg memilihnya.Tepuk dada tanya selera.

7.Menyiasat melalui kawan2

Mungkin mahu mendapatkan maklumat dgn anda sangat payah,jadi dia mencarinya daripada kawan2 anda pula.Awalnya dia nampak baik dgn rakan sepejabat anda tetapi dalam masa dia sebenarnya mahu mengcungkil rahsia anda d pejabat.

8.Tidak dapat terima hakikat

Salah satu sifat org cemburu juga,mereka biasanya jarang menerima pendapat pasangan walaupun ketika itu anda sudah bercakap jujur dengannya.Baginya,setiap khabar angin yg d dengar,dia mahu anda mengakuinya walaupun anda tidak melakukannya.

9.Tidak suka anda keluar dgn kawan

Satu lagi sifat cemburu pasangan ialah dia tidak suka anda keluar dgn kawan2.Kalau blh berdua saja dengannya.Kalau anda keluar dgn kawan,dia akan menarik muka masam sekali gus membuatkan anda rasa bersalah.

10. Marah jika pandang wanita lain

Inilah paling kronik dalam semua bab cemburu.Dia pasti akan jadi seperti singa kelaparan kalau meliat anda menjeling ke arah wanita lain.Tak mustahil ada yg kena serang kalau dia sudah tidak mampu mengawal diri sendiri.

Renungan bersama kurangkalan sifat cemburu nanti2 bf kamu laki kamu rimas mencari urg lain ato tepuk dada tanya lah iman yg mana baik jadi tauladan yg mana buruk jadi sempadan wallahualammm sekiannn

No comments: